Tuesday, October 19, 2010

Menjenguk sebentar Tan Sri Syed Hamid Albar


Dah lama kita tak dengar khabar berita mengenai Tan Sri Syed Hamid Albar iaitu YB dari Kota Tinggi Johor.

Dahulu TS Syed Hamid Albar adalah sebahagian daripada kabinet kerajaan. Bermula dengan menjawat jawatan Menteri Pertahanan Malaysia, kemudian dilantik pula sebagai Menteri Luar Negeri dan yang terakhir sekali menduduki kerusi paling panas dalam kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri.


Sekarang TS Syed Hamid Albar sudah ada banyak masa lapang. Beliau tidak menjawat apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan persekutuan selain menjadi wakil rakyat kepada masyarakat di Kota Tinggi.


Setelah lama sepi dari kancah politik negara, TS Syed Hamid Albar diberitakan telah diberi tugasan baru iaitu menjadi Pengerusi Forum Antarabangsa sempena dengan berlangsungnya Persidangan Agung UMNO 2010. Forum tersebut menghimpunkan lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada kedutaan asing, wakil parti politik negara luar, pelajar serta lain-lain lagi.


Kejayaan TS Syed Hamid Albar mengemudi forum antarabangsa tersebut sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ini kerana keupayan, kredibiliti serta pengalaman beliau banyak membantu. Tahniah.



Nasionalis1982 : Apa kata DS Najib bawa kembali TS Syed Hamid Albar ke dalam barisan menteri kabinet.

6 comments:

Anonymous said...

Syed Hamid Albar bukan orang lain. Dia banyak membantu ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir.
Boleh dikatakan sebagai Menteri Dalam Negeri paling tegas.

hilbert said...

saya setuju sangat jika TS Syed Hamid Albar dilantik semula masuk dlm kabinet sebagai Menteri KDN..kementerian yg dulu beliau disitu. Beliau cukup tegas dan berani.

Selain itu TS Rafidah Aziz lantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan juga TS Abdul Kadeer Sheikh Fadzil sebagai menteri penerangan dan pelancongan..

baru kabinet DS Najib ada ummmppphhh

Ms Pearl said...

I setuju I setuju nama nama ni back to kabinet. leh jadi mentor kepada
menteri menteri baru yang mem'bohsan'kan

Anonymous said...

lantik ler orang lain asal bukan kera jantan sama menteri botak yg tak boleh dengar perkataan melayu terus dia kata 'rasis'.

bukan apa,takut-takut juga.dulu masa dia menlu,kita ilang pulau batu puteh.karang dia jd menteri lagi,takut ada pulau2 lain lak yg kita ilang nnti.

Wake UP! said...

Kalau cium keris minta maaf, baik tak payah jadi Menteri.

Nak jadi Menteri Dalam Negeri perlukan ketegasan dan keberanian serta tidak takut pada kritikan.

Ms Pearl said...

"cium keris" memang membohsankan. you are rite setakat cium keris duduk rumah pun boleh buat.