Wednesday, September 11, 2013

Kicap 'botol arak'



KUALA LUMPUR 10 Sept. - Kegiatan seorang pengusaha kicap mengeluarkan kicap tiruan dengan jenama ABC terbongkar selepas rumah kedai yang dijadikan kilang untuk memproses barangan itu di Taman Taynton, Cheras di sini diserbu oleh pihak berkuasa hari ini.

Dalam serbuan pukul 1.15 petang itu, sepasukan kakitangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas kira-kira 2,000 botol kicap tiruan.

Turut dirampas 20,000 botol kosong yang telah dibersihkan yang dipercayai akan digunakan semula, bahan-bahan seperti tepung, kacang soya, gula dan karamel selain 10 buah tong gas dan label untuk menghasilkan kicap tiruan berkenaan.

Lebih mengejutkan terdapat sebahagian daripada botol itu merupakan botol arak.

Pengarah PPDNKK cawangan itu, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya telah menemukan sebuah stor simpanan botol kicap yang telah siap dipasarkan dan sebuah stor penyimpanan selain dua mesin memproses kicap yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM150,000.

"Hasil pemeriksaan, kesemua 2,000 botol kicap yang siap dipasarkan itu mempunyai pelekat label jenama ABC berlatarbelakangkan warna putih dan berbeza dengan jenama asli yang berwarna merah.

"Siasatan juga mendapati premis ini telah beroperasi kira-kira tiga bulan lalu. Ketika serbuan terdapat enam pekerja tetapi kesemuanya telah melarikan diri dan disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011. "Jika disabit kesalahan di mahkamah, pemilik kicap tiruan itu boleh didenda RM10,000 untuk setiap botol atau dipenjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama," jelasnya.

Beliau memberitahu, serbuan itu yang diketuai Timbalan Pengarahnya, Kamaruddin Mohd. Yasin serta 10 pegawai dijalankan hasil aduan orang ramai yang mengesyaki botol kicap di premis itu adalah tiruan kerana penutup, label dan pelekat digunakan berbeza dengan yang asli.

"Saya menggesa para pengguna sentiasa berhati-hati apabila mereka hendak membeli sesuatu produk dan segera membuat aduan kepada pihak berkuasa agar mereka tidak terpedaya dengan barang tiruan," ujarnya.

China 2 - 0 Malaysia


Friday, July 19, 2013

Penurunan harga kereta : Menyanggah fakta Rafizi Ramli

Sebelum PRU yang lalu, bukan main sedap lagi Rafizi Ramli cerita pasal penurunan harga kereta. Berbunga-bunga..penuh melankolik. Kita yang dengar ni pun boleh terpesona.

Selepas melihat pendedahan yang dibangkitkan oleh YB Nawawi (Langkawi) dalam Perlimen, mungkin anda pun akan turut bersetuju juga.

Kisah klasik Rafizi hanya untuk tahun pertama saja. Kononnya kerajaan untung RM2 bilion melalui lelongan AP. Setakat itu saja..hanya tahun pertama. Dia tak pulak cerita bagi tahun kedua..ketiga..keempat?

Nak tahu pendedahan lanjut, lihat video dibawah.

p/s : Well done YB Nawawi

Tuesday, June 25, 2013

Kalau dengan polis London, memang dah lama mereka kena..

Ini antara polis kita dengan puak Black505 semalam di pintu masuk parlimen. Masih ada ruang perundingan antara kedua belah pihak...



Tapi kalau di London, kami agak dah lama puak musibat ni akan kena katok(tibai) dengan cota. Buat apa berunding dengan orang yang mereng 3 suku..

Monday, June 24, 2013

Sedang Anwar makan sedap di Parlimen, penyokongnya pula...


Adakah ini Anwar Ibrahim?


Betulkah apa yang kami lihat ini?? Anwar angkat sumpah??

Ohh tidak!! ...ini bukan Anwar yg sebenar..ini klon...ini sandiwara...ini konspirasi...
Anwar tak akan buat macam ni...

Anwar, sila buat sidang media dengan segera untuk MENAFIKAN bahawa anda adalah orang dalam gambar ini...

Tuesday, June 4, 2013

Monday, June 3, 2013

BREAKING NEWS : Filem Tanda Putera masuk panggung mulai 29 Ogos 2013




Setelah sekian lama kita semua menunggu, akhirnya filem TANDA PUTERA akan ditayangkan mulai 29 Ogos 2013.

Alhamdulillah..ini hadiah Hari Kemerdekaan yang bermakna untuk kita semua.



KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek mengesahkan filem kontroversi tentang peristiwa 13 Mei 1969 iaitu Tanda Putera bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos depan.

"Tanda Putera akan ditayangkan kepada umum pada 29 Ogos depan," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini pada Isnin.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969. - MSTAR

Siapa yang naikkan harga rokok? Kerajaan atau TAUKEH rokok?

Harga Rokok Naik 3 Peratus 
KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat-kuasa Isnin.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. - BERNAMA

Harga rokok dah naik. Jadi sekarang bagaimana? 
Apa susah, korang pakat-pakat berhenti merokok.
Biarkan jualan rokok jadi tak laku, kurangkan permintaan rokok, boikot rokok.
Nanti bila taukeh rokok makin rugi, pandai-pandai lah mereka turunkan harga rokok balik.

Saturday, June 1, 2013

Najib oh Najib...kenapa sampai begini??

Kami makin lama makin hairan.
Cadangan BN sebagai parti tunggal diberi perhatian oleh Najib. Malah ditubuh pula makmal khusus bagi memperinci cadangan ini.
Sepatutnya perkara ini tak perlu dilayan. Adakah Najib tak nampak agenda tersirat?
Daripada anda buang masa dan tenaga melayan cadangan BN parti tunggal ini, adalah lebih berfaedah dan bermanfaat sekiranya Najib menubuhkan makmal khusus bagi memperhalusi cadangan sekolah wawasan ( satu aliran ).

Umno Wujudkan Makmal Khusus Lihat Cadangan BN Parti Tunggal - Najib

KUALA LUMPUR: Umno akan mewujudkan makmal khusus untuk memperinci cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata parti juga perlu mengadakan tinjauan pendapat daripada anggotanya sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu. Sebarang perubahan, katanya, perlu berdasarkan penerimaan anggota Umno sendiri.

"Kita faham Umno ini parti yang dekat di hati ahli...jadi sebarang perubahan perlu diperhalusi dengan mendalam supaya nanti tidak timbul isu ketidakterimaan terhadap parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti di sini Jumaat.

Ini merupakan mesyuarat pertama MT Umno selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.

Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.

Wednesday, May 29, 2013

BREAKING NEWS : Ini berita baik kepada warga SHAH ALAM


Sumber berita - BERNAMA  

Negeri berkebajikan katanya...kehkehkeh.
Apapun kami ucap tahniah kepada pengundi Shah Alam kerana akan mendapat hadiah istimewa daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Tuesday, May 28, 2013

Ayuh bangkit...kita sokong barangan bumiputera. Jom like page FB ini.

Page FB lama dah kena remove oleh gerombolan musibat yang sudah takut dan goyang.

Ini page FB yang baru dibuka. KLIK SINI --> 


Ayuh semua, kita LIKE pagi ini dan sebarkan kepada semua muslimin dan muslimat.

Sokong barangan bumiputera!

Pesan kami kepada admin page FB ini, usah putus asa. 

Walaupun page lama anda sudah kena remove, kuatkan semangat dan bangkitlah semula. Ramai yang menyokong usaha dan perjuangan anda.





Saturday, May 25, 2013

Kempen menyokong perniagaan bumiputera!

Ayuh semua saudara seagamaku,
Kita sokong perniagaan bumiputera, 
Kita sokong perniagaan muslim.

AYUH JIHAD EKONOMI!!!

SETIAP LEBIHAN HARGA NIATKAN SEDEKAH!!!

BERBELANJA SAMBIL BERAMAL DAN MENDAPAT PAHALA!!!

BERBELANJA DENGAN NIAT DEMI AGAMA ALLAH!!!

Untuk info lanjut mengenai senarai barangan/ perniagaan muslim, anda boleh ikuti laman facebook ini...





Thursday, May 23, 2013

AirAsia Q1 net profit down 39%

PETALING JAYA (May 23, 2013): AirAsia Bhd, the largest low-cost carrier in Asia, saw its net operating profit for the first quarter ended March 31, 2013 (Q1) grow 3% to RM168.4 million from RM163.5 million a year ago, on higher passenger numbers and increased ancillary income per passenger, average fare and capacity.

The number of passengers carried in Q1 grew 7% to 5.17 million, while ancillary income increased to RM42 per passenger from RM40 a year ago. Its Q1 capacity also increased as the number of aircraft operating in Malaysia rose to 66.

However, net profit for Q1 was lower by 39% to RM104.8 million from RM172.4 million a year ago, due to a RM33 million loss in foreign exchange on borrowings for the January-March 2013 period compared with a gain of RM88.1 million a year ago.

Revenue jumped 8% to RM1.3 billion from RM1.2 billion.

SUMBER -->  The Sun Daily


HAHAHAHA...ITU MAKAN DIA !!


Monday, May 20, 2013

KAMI BENCI AIR ASIA





Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.
 
Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.

"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com hari ini.

Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian serta menyaksikan insiden itu berkongsi secara terperinci apa yang berlaku dan dengan sinis mempertikai sikap lepas tangan syarikat penerbangan tersebut.

Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat AirAsia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati? Jika wanita di dalam gambar di atas tidak terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo AirAsia? Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat AirAsia, justeru memerlukan sedikit pencerahan."

Dalam pada itu, Norhamiza meluahkan rasa syukurnya kerana kepayahan Izan Suhaila mendapat pembelaan MAS dan Tourism Malaysia yang menghulurkan bantuan walaupun pada hakikatnya inisiatif tersebut patut diambil AirAsia.

"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam Sofea membawa penyakit sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bersama-samanya. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam Sofea.

"Saya kesal dengan sikap AirAsia atas apa yang terjadi terhadap ahli keluarga saya. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada orang lain pula," katanya.

NOW EVERYONE CAN FLY 
EXCEPT IZAN AND HIS DAUGHTER

BUY AIR ASIA LAST

Friday, May 17, 2013

Sindiran kepada Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X

Selasa, 7 Mei 2013

Jawapan sindiran kepada Azran Osman-Rani @ azranosmanrani

Komrad Azran yang dikasihi,

Sebagai rakan Melayu yang membenci dirinya sendiri, izinkan saya secara rasmi mengalu-alukan anda untuk menyertai Self-Hating Malay Club (SHMC). Di SHMC, moto kami adalah 'Untuk menyekat kebebasan bersuara/penyataan pendapat oleh orang Melayu'.

Matlamat kami adalah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan menjadikan mereka berasa tidak selamat, rendah diri dan bersalah.

Ahli-ahli SHMC direkrut secara jemputan sahaja. Berikutan anda telah menunjukkan sikap angkuh yang amat sangat dalam twitter anda, kami merasakan bahawa anda layak untuk menyertai kelab kami yang terkenal ini.

Komrad,

Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Tindakan itu adalah tindakan orang kufur? Sebuah akhbar sepatutnya hanya melaporkan apa yang dianggap politik sebagai betul.

Ini bermakna anda bebas untuk menulis apa sahaja yang merendah-rendah dan menjatuhkan martabat orang Melayu, tetapi tidak akan menulis apa-apa kritikan terhadap orang Cina.

Jadi apa masalahnya jika akhbar-akhbar vernakular sejak sekian lama telah menulis artikel yang lebih bersifat perkauman dan sensitif sejak lima tahun yang lalu? Kami orang Melayu yang membenci diri sendiri hanya memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Oleh itu, kami boleh memaafkan orang Cina yang telah banyak menderita.

Saya mencadangkan agar anda berhubung dengan rakan-rakan kami daripada Anti Defamation League (ADL) dan belajar daripada mereka bagaimana mereka mendiskriminasi dan membuli orang Islam dengan cara yang sangat canggih. Komrad Tian Chua akan dapat memberi anda nombor telefon berkenaan.

Komrad,

Orang Cina telah tinggal di neraka selama hampir 60 tahun. Mereka telah didiskriminasi dan diseksa oleh orang Melayu. Orang Melayu tidak pernah melakukan apa-apa untuk faedah orang Cina!

Jangan tertipu dengan perbuatan baik orang Melayu membeli dari kedai milik orang Cina dan pasar raya walaupun terdapat kedai Melayu berdekatan - orang Melayu hanya menipu.

Juga jangan mendengar orang yang mengatakan 90 peratus daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah orang Cina!

Itu adalah satu pembohongan! Itu bukan orang Cina! Mereka adalah orang Melayu yang telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seperti orang Cina! Ini adalah konspirasi BN! Orang Cina tidak boleh hidup di negara ini kerana keadaannya begitu dahsyat.

Komrad,

Kita di SHMC perlu melakukan apa yang orang Cina telah buat - Buy Malays Last! Cuba lihat pendapatan purata orang Cina demi kebaikan kita semua - mereka telah menderita begitu banyak komrad! Di SHMC, kami mahu memastikan bahawa tidak ada orang Melayu yang akan mempersoalkan orang Cina lagi! Jika ada orang Melayu yang berani untuk mempersoalkan motif orang Cina, kami di SHMC akan melaporkannya kepada PDRM yang korup.

Komrad,

Saya gembira kerana syarikat anda berkongsi warna korporat yang sama dengan rakan kita di Pulau Pinang (iaitu DAP). Adalah malang bahawa anda tidak bercakap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika tidak, kami boleh memberitahu komrad Kit Siang dan komrad Guan Eng mengenai anda. Anda boleh menjadi Yang Berhormat sekarang, bukannya bekerja untuk bos yang kapitalis!

Komrad,

Dari semasa ke semasa, orang mungkin bertanya mengapa anda boleh menjadi orang Melayu yang membenci diri sendiri. Pada SHMC, slogan standard kami adalah - Salahkan BN! Jika anda memakai seluar salah untuk pergi bekerja - Salahkan BN! Jika anak anda membesar menjadi anak tidak bersyukur - Salahkan BN. Jika hujan hari ini - Salahkan BN. Pada asasnya komrad, Salahkan BN untuk segala-galanya. Adakah anda faham?

Komrad,

Sila beritahu orang Melayu yang mudah terpedaya tentang kebenaran ini.
n Anda tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada syaitan Darth Vader merangkap kerajaan Saruman iaitu BN. Beritahu mereka bahawa anda berjaya belajar di Stanford kerana terdapat pokok wang ajaib di belakang rumah ibu bapa anda.

Beritahu mereka bahawa anda menjadi Naib Presiden Kanan (Dasar & Pembangunan) di BSKL yang dimiliki BN yang korup kerana anda mempunyai fikiran hebat seperti Einstein, bukan kerana seorang Melayu (bekas Pengerusi BSKL) memberi peluang kepada anda.

Anda tidak menyertai ASTRO - sebuah syarikat yang dimiliki oleh kroni Mahathir. Sebaliknya, Utusan Malaysia telah mengklon diri anda dan meletakkan klon anda di sana.

Komrad,

Sebagai kesimpulannya, sila tweet lebih banyak kenyataan yang membenci diri sendiri pada masa hadapan. Kami di SHMC mengalu-alukan tweet anda. Jangan bimbang tentang PDRM. Mereka tidak akan menangkap orang yang mengkritik dan merendah-rendahkan orang Melayu, mereka hanya akan menangkap anda jika anda membuat kenyataan sedemikian terhadap orang Cina.

Secara peribadi, saya akan mempromosi syarikat anda, Malindo Air, untuk seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan saya. Kami di SHMC akan mula memboikot AirAsia kerana Komrad Ambiga memberitahu kami Air Asia menerbangkan warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi dalam PRU-13.

KOMRAD ANDA,
FATIMAH ZUHRI


GELI BEB NAK NAIK AIR ASIA LEPAS NI ....



Monday, May 13, 2013

FILEM TANDA PUTERA : Bila nak tayang?

Filem 'Tanda Putera' Ditayang Selepas PRU-13

 
 
SHAH ALAM: Pengarah Filem Tanda Putera Datin Paduka Shuhaimi Baba pada Selasa berkata filem itu akan ditayangkan kepada orang ramai selepas pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan orang ramai menonton filem itu dalam keadaan tenang serta mengelak bantahan daripada pihak tertentu.

Shuhaimi berkata beliau memegang hak tayangan filem itu untuk ditayangkan secara tertutup dan bersedia menayangkan filem itu kepada mana-mana pihak termasuk pembangkang sekiranya dibayar.

"Saya telah membuat keputusan untuk tayang filem ini selepas pilihan raya agar penonton dapat tengok dalam keadaan tenang dan tak perlu gaduh dan buat protes," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel dalam Wacana 'Artis masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi' di Kompleks Karangkraf di sini, Selasa.

Jemaah Menteri sebelum ini membuat keputusan menangguhkan filem itu kerana terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dilaporkan berkata demi kebaikan antara kaum, Jemaah Menteri memutuskan penayangan filem itu wajar ditangguhkan sebab mengandungi babak yang mungkin menimbulkan konflik keras.

Filem sejarah itu yang diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), memaparkan kisah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969. - BERNAMA (KLIK SINI)


 Soalan kami...PRU 13 dah tamat, jadi bila lagi nak tayang filem ini?
 
 

Thursday, May 9, 2013

Kekecewaan Najib berasas




Kekecewaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan masyarakat Melayu terhadap tindakan pengundi Cina yang beralih kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mempunyai asas yang sangat kukuh.
 
Dekan Institut Pengajian Cina Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Prof. Dr. Ho Khai Leong berkata, hal ini kerana segala usaha mengangkat kehidupan masyarakat Cina oleh Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) dipandang sepi oleh kaum tersebut.

"Perdana Menteri berhak kecewa dengan pengundi dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina setelah beliau berusaha keras memenangi hati kaum itu sekian lama menerusi pelbagai program dan bantuan.

"Ada banyak bantuan pelajaran diberikan kepada sekolah Cina termasuk menaik taraf kolej-kolej Cina menjadi kolej universiti. Mereka umpama tidak menghargai usaha ini. Mana-mana perdana menteri di dunia ini pun akan kecewa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pengundi-pengundi Cina yang seolah-olah memandang sepi segala usaha pembangunan dan transformasi dibuat kerajaan dengan mengalihkan sokongan terhadap parti cauvinis Cina, DAP dalam pilihan raya umum lalu sehingga menyebabkan BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga.

Mengulas lanjut, Khai Leong memberitahu, Najib sejak memegang tampuk pemerintahan telah melakukan yang terbaik untuk kesejahteraan semua kaum di negara ini termasuk masyarakat Cina.

Segala usaha Perdana Menteri itu jelas beliau, membawa kemakmuran kepada semua rakyat sekali gus membuktikan tiada kaum yang ketinggalan dalam pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju pada 2020.

"Walau bagaimanapun, etnik Cina mempunyai isu-isu lain yang mereka tidak puas hati di negara ini seperti kesamarataan kaum, justeru mereka menyokong pembangkang yang mereka lihat dapat menjamin perkara tersebut," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Dr. Yap Sin Tian ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan berhubung perkara tersebut dengan alasan tiada masa untuk melayan soalan tersebut.

Sian Tian sebaliknya meminta wartawan menghubungi pemimpin lain dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu meskipun beliau merupakan pemimpin tertingginya.

"Saya tak boleh jawab soalan ini, saya tiada masa, boleh hubungi orang lain di pejabat Dong Zong," ujarnya. - Utusan Malaysia

Wednesday, May 8, 2013

Monday, May 6, 2013

KITA HARUS CARI JALAN

Jika mereka berjaya memecahkan undi kumpulan kita, mengapa kita tidak boleh memecahkan undi kumpulan mereka?

Ya betul..mereka nampak kuat dan kukuh. Tapi titik kelemahan harus segera dicari bagi melemah dan memecah-belahkan kumpulan mereka.

Bagaimana?

Pergi ke TEMPAT ASAL MEREKA yakni tempat DARI MANA MEREKA DATANG, lihat budaya politik keturunan mereka dan cari PERKARA yang membezakan antara SETIAP PARTI POLITIK di sana.

Selidik apakah isu yang diperjuangkan oleh parti-parti politik di tempat mereka, buat analisa, bawa balik hasil penemuan ke sini dan MULAKAN TINDAKAN...

Faham maksud kami?

Sunday, May 5, 2013

SIAPA YANG GANAS? SIAPA YANG HURU-HARA? RAKYAT BANGKIT TOLAK PAKATANRAKYAT !!

Lihat apa yang mereka lakukan semasa perhimpunan BERSIH..
Walaupun ia sudah lama berlaku, namun kejadian ini harus menjadi pedoman buat semua..
HARI INI RAKYAT BANGKIT TOLAK KEGANASAN
HARI INI RAKYAT BANGKIT TOLAK PAKATAN RAKYAT




Semalam berlaku kekecohan di Dataran Merdeka...baca di sini link di bawah ini...
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/05/video-dua-pemuda-dibogelkan-penyokong.html

Saturday, May 4, 2013

Masanya sudah tiba...

Kita semua sudah berusaha..
Kita semua sudah berkempen dengan gigih..
Esok adalah harinya..
Untuk semua rakyat turun mengundi..

Ayuh teman-teman..
Kita menadah tangan dan berdoa..
Kepada Allah kita berserah..
Kepada Allah kita bertawakal..
Moga kemenangan milik BN..
InsyaAllah..

Friday, May 3, 2013

Ayuh semua Ultras BN..bangkit dan satukan hatimu !!!



Video Ustaz Kazim Elias ~ Penyelewengan PAS sekian lama ini!

Ustaz Kazim Elias menceritakan tentang pelbagai macam indoktrinasi PAS mengelabui para ahli dan penyokong parti itu sehingga tidak tahu membezakan di antara yang hak dengan yang batil didalam kehidupan mereka di Malaysia ini! Ada pelbagai kisah menarik dan melucukan didalam sesi ini. Bab ahli PAS memegang batu nesan mengarahkan Malaikat Munkar dan Naqir supaya jangan dok bertanya sangat dengan simati yang se parti dengan mereka dan bermacam lagi.



Tuesday, April 30, 2013

Kenapa saya tinggalkan Anwar Ibrahim ? - Sidek Baba


Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.
 
Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

"Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

"Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup," katanya.

Berikut adalah temubual antara akhbar Mingguan Malaysia dan Sidek Baba yang disiarkan pada 28 April 2013 yang lalu.
MINGGUAN: Bagaimana analisis Dr. terhadap aliran fahaman yang terdapat dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam hari-hari terakhir sebelum mengundi?

SIDEK: Aliran fahaman atau ideologi sesuatu parti amat penting dianalisis dalam memilih kerajaan masa depan. Barisan Nasional (BN) telah sekian lama memerintah dalam realiti masyarakat majmuk yang rumit. 

UMNO sebagai teras BN telah berjaya membawa negara ini bergerak maju dengan pertumbuhan ekonomi yang baik, pembangunan sistem pendidikan yang peka terhadap perubahan, kemudahan prasarana yang moden, menyantuni golongan miskin dan menjadikan Islam berkembang dalam institusi dan organisasi. 

Aku janji yang dibentangkan membayangkan kesinambungan rekod yang lalu. Kelemahan tetap ada tetapi proses pembaikan dan pengukuhan tetap terjadi. Aliran fahaman yang terdapat dalam Pakatan Rakyat pelbagai. 

DAP dengan aliran sosialis demokratnya ditunjangi faham sekular "sama rata sama rasa" ingin menghasilkan negara berorientasikan Konsep Malaysian Malaysia. Pas ingin membentuk sebuah negara Islam berasaskan hukum Islamiah. 

PKR melalui perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin membangunkan sebuah negara liberal yang berasaskan pluralisme agama. Ketiga-tiga orientasi ini sifatnya saling bercanggah. 

Kepintaran Anwar, Pas berjaya dipengaruhi menerima konsep negara berkebajikan dan sering dikritik oleh akar umbi. Sekali-sekala terdengar Haji Hadi, Nik Aziz, Dr. Haron Din muncul dengan kenyataan Pas tetap perjuangkan hudud dan negara Islam. Ia segera disanggah oleh Karpal Singh. Karpal Singh pernah berkata "langkah mayat saya dulu" kalau ingin laksanakan hudud dan negara Islam.

Anwar dengan faham pluralisme agamanya memperjuangkan kalimah Allah boleh digunakan dalam versi Bahasa Melayu Bible sementara Majlis Syura Pas berpendirian sebaliknya. Antara faktor syarak dan politik, faktor politik diletakkan paling atas oleh Anwar. Ia adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kerana persoalan kalimah Allah berkait dengan persoalan akidah. 

Dr. Haron Din menyatakan ia akan tetap mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayat. Isu kalimah Allah pada hemat saya bukannya isu biasa dan terpencil. Kalimah Allah memiliki makna dan hakikat yang amat tersendiri dalam Islam. 

Lebih-lebih lagi senario gerakan evangelis amat aktif di rantau alam Melayu maka implikasi jangka panjang boleh terjadi terhadap generasi muda Islam. Membentuk sebuah kerajaan paling tidak memerlukan asas-asas fundamental yang sama terutama dalam konteks Malaysia berasaskan perlembagaan yang ada seperti isu hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu dan Islam. 

Faktor merit dan kaitannya dengan faktor sosio-ekonomi dalam memahami dan menterjemahkan maksud keadilan dan hak asasi manusia, isu raja dan kesultanan, isu-isu lain yang penting untuk memperkasa umat Melayu di samping ruang yang seimbang untuk masyarakat bukan Melayu berperanan untuk memajukan dirinya sekali gus membangun Malaysia. 

Dalam manifesto Pakatan Rakyat perkara di atas tidak jelas tetapi dalam aku janji BN ia jelas. Kejelasan aku janji ini boleh menjadi asas kesinambungan yang baik untuk Malaysia terus maju dan berubah dalam acuannya sendiri.

MINGGUAN: Mengapa soal integriti atau kewibawaan menjadi faktor penting dalam pilihan raya? Apakah faktor kesinambungan penting dalam membangun sebuah kerajaan?

SIDEK: Memang faktor integriti dan kewibawaan penting dalam kepimpinan sesebuah parti politik. Kepimpinan harus bersifat amanah dan telus. Terdapat sesetengah tokoh politik yang dipalitkan dengan masalah kredibiliti yang serius. 

Selalunya bila ini terjadi dalih dan helah serta alasan yang diberi tidak meyakinkan. Pemimpin harus telus membersihkan diri kerana ia pemimpin. Kalau pemimpin dilingkari isu moral yang tidak selesai sukar dirinya untuk melakukan kepimpinan dalam negara kerana masalah yang ada padanya menyebabkan masalah besar kepada kepimpinan negara nanti.

Oleh itu isu integriti mempunyai kaitan rapat dengan asas kesinambungan yang perlu ada dalam proses bina negara. Aku janji BN mempunyai asas bahawa kesinambungan adalah sesuatu yang penting dalam membangun kekuatan ekonomi, kecemerlangan pendidikan, kepekaan terhadap pembangunan sosial, pemodenan infrastruktur, menjadikan patuh-syariah terus berkembang dalam tijarah, muamalah, industri halal, sukuk dan waqaf supaya Malaysia mampu dijadikan rujukan dan model kepada pihak-pihak lain. 

Tidak timbul masalah regime change atau pertukaran kerajaan mengambil semangat Arab Spring. Situasi dan keadaan di Malaysia jauh lebih berkembang ekonominya, aman dan stabil negaranya, pendidikannya yang maju, peluang pekerjaan yang banyak akibat pengurusan yang berintegriti dan prorakyat.

MINGGUAN: Baru-baru ini Dr. mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan banyak pihak terhadap Anwar. Tentu banyak kerenah dan fitnah mengenainya yang terpaksa dihadapi. Apa sikap Dr. terhadap perkara ini?

SIDEK: Dalam kes pertama Anwar serta pengalaman saya dalam ISA, pendirian saya terhadap Anwar tidak berubah. Kes kedua yang melibatkan Saiful Azlan Bukhari saya mula bertanya selepas menerima maklumat asas. 

Saya lakukan pertemuan, kajian dan penelitian kepada bekas pegawai khas, penasihat agama, setiausaha sulit dan peribadi, setiausaha politik dan orang politik, Ketua Pemuda Keadilan dan para peguam, rakan-rakan rapat yang pernah bersama dengannya dan ramai lagi. 

Hasil kajian itu menyebabkan saya mengambil kesimpulan bahawa Anwar mempunyai masalah kredibiliti atau kewibawaan terutama atas isu pluralisme agama, hubungan dengan pihak luar dan kredibiliti diri. 

Walaupun isu zina dan liwat tidak saya sebut ia adalah urusan Anwar dengan Allah kerana saya yakin Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi.

Seperti biasa pendirian yang saya ambil mendapat dukungan yang baik dan fitnah serta mehnah yang serius dalam kalangan sesetengah pihak tanpa usaha bertanya saya mengenai kajian yang saya lakukan. Saya dilatih dalam tradisi ilmu dan dakwah. 

Dakwah memberi pedoman kepada saya supaya mempunyai maklumat yang cukup sebelum mengambil pendirian. Ramai dalam kalangan kawan-kawan khususnya dalam ABIM mengkritik pendirian yang saya ambil. 

Prinsip yang saya pegang ialah ambil tahu mengenai sesuatu yang kita patut tahu, Apabila kita tahu harus beritahu kepada yang tidak tahu dalam kadar yang munsabah. 

Terdapat di kalangan kawan-kawan bersifat "mati-rasa" walaupun latar akademik dan prosfesionalnya tinggi membina sifat taksub dan tidak terbuka untuk bertanya. Seolah-olah tokoh yang mereka puja adalah "maksum" dan tidak ada cacat-celanya.

Mereka tuduh saya melacur diri, digunakan oleh pihak lain, menerima imbuhan bulanan RM15,000 setiap bulan, menerima tanah dan jualkan kepada tauke Cina, melobi untuk mendapatkan jawatan rektor universiti , melakukan konspirasi yang tidak pernah wujud dan banyak lagi. 

Malah isteri saya bersilih hari menerima kecaman yang tidak sepatutnya malah ada yang mendoakan saya jatuh terbujur kerana sikap yang saya ambil. Alhamdulillah semangat saya masih kuat untuk menyatakan kebenaran kerana apa yang dituduh itu semuanya fitnah belaka. 

Saya seorang pendakwah, seluruh fitnah yang dilontarkan kepada saya, saya maafkan mereka kerana sesungguhnya mereka tidak tahu. Saya tidak mahu fitnah ini bakal membawa kita ke kubur dan terus berdoa supaya kebenaran akhirnya akan tegak.

MINGGUAN: Ada orang yang mempertikaikan perjuangan untuk memperkasa umat Melayu sebagai asabiah, rasis atau perkauman. Ada juga pihak melontarkan fitnah kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk Islam. Bagaimana Dr. melihat hal ini?

SIDEK: Isu Melayu atau umat Melayu ini tidak ditangani secara adil. Ia menjadi slogan politik yang menyebabkan pemikiran orang Melayu berpecah dan bercelaru. Politik sindrom malu menyebut Melayu ini bercanggah sama sekali dengan proses budaya dan tradisi sejarah perubahan Melayu. 

Proses perubahan orang Melayu dengan asas akidah, ibadah, syariah dan akhlaknya berlaku dalam tempoh yang lama. Akibat dakwah dan tarbiah berlaku pencerahan dalam tasawur dan cara hidup. Tingkat penghayatan umat Melayu tentunya berbeza-beza. 

Oleh itu amat tidak adil memberi sempadan yang tajam antara Melayu dan Islam sehingga menjadikan orang Melayu rendah diri dan serba salah menyebut diri sebagai Melayu dan apa perkara yang berkaitan dengan Melayu. 

Perjuangan Pas di peringkat awal juga memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Abu Bakar Bakir, Burhanuddin al Helmi dan Zulkifli Muhammad pemikiran politik mereka terbina atas asas Melayu dan Islam. Hal yang sama juga berlaku kepada UMNO memperjuangkan hal-hal bangsa, agama dan negara. 

Cuma selepas revolusi Iran (1979) dan kemasukan Anwar (1982) Pas mengambil sikap yang lebih radikal menuduh kemasukan Anwar dalam UMNO tidak syarie dan terdapat ahlinya menuduh Anwar kafir.

Melayu sebagai suatu bangsa adalah ciptaan Allah adalah suatu fitrah (Al Hujurat:13). Rasulullah SAW amat suka kepada Kaum Quraish dan ia suatu fitrah. Ibnu Khaldun dalam kitabnya al Muqaddimah memberi kupasan bahawa asabiah atau nasionalisme yang tidak menzalimi orang lain adalah dibenarkan. 

Contoh konkrit yang ada pada orang Melayu ialah perjuangan memartabat bahasa Melayu dalam sistem ilmu dan pendidikan adalah tidak bercanggah dengan Islam kerana terdapat ribuan istilah al-Quran seperti amanah, rahmah, nimah, adil, solat, doa, ikhlas, dakwah, masyarakah terdapat di dalam bahasa Melayu. 

Melayu yang sudah ditindikkan dengan akidah tauhid, ibadah yang luas skopnya, syariah yang menjadi panduan urusan perbankan, taqaful, sukuk, waqaf, usaha halalan tayyiba dan banyak lagi adalah testimoni kerajaan memberi ruang yang sangat luas untuk Islam berkembang. Hakikatnya yang benar katakan benar. 

Yang salah disantuni dengan dakwah dan nasihat. Jangan jadi manusia yang terikut-ikut bertugas diinstitusi dan organisasi Islam tetapi masih tidak menerima hakikat bahawa kerajaan melakukan sesuatu untuk Islam. Ia adalah tidak adil.

MINGGUAN: Dalam membuat pemilihan bijak dalam PRU-13 apa pertimbangan Dr. supaya pilihan terhadap kerajaan adalah sesuatu yang wajar dan tepat?

SIDEK: Pertama, rekod pencapaian yang ada pada kerajaan terdahulu dari sudut perancangan dasar dalam aplikasi pembangunan dan perubahan. Kedua, memiliki dasar yang jelas membantu kelompok umat Melayu supaya ditingkatkan pegangan (ekuiti) dan penguasaannya supaya terus maju dalam ekonomi, pendidikan dan sosial di samping memberi ruang yang memadai untuk orang bukan Melayu berpartisipasi.

Ketiga, ada ruang untuk Islam berperanan dalam erti kata yang luas. Islam bukan sekadar agama yang menampilkan syiar dan ritual semata. Islam harus diterjemahkan sebagai sumber dalam sistem dan tamadun. 

Ia berlaku pada masa yang lalu dan menuntut pengukuhan pada masa depan. Keempat kita memerlukan sebuah kerajaan yang bersedia melakukan tajdid atau transformasi supaya kita mengambil kira faktor setempat, negara dan dunia dan mengambil manfaat berbanding dari Barat dan Timur untuk diolah ke dalam acuan kita sendiri iaitu acuan Malaysia yang berasaskan etika dan nilai.

Monday, April 29, 2013

Sebelum memangkah undi, ingatlah peristiwa ini.


PAS Sudah Lari Daripada Matlamat Asal - Ustaz Kazim Elias




KUALA LUMPUR: PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam, kata penceramah bebas Ustaz Kazim Elias (gambar).

Sambil melahirkan kekecewaannya dengan parti yang dianggotainya sejak sekian lama, beliau berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.

Berikutan itu, katanya beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata.

Beliau bercakap selaku anggota panel Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, Ahad.

Antara anggota panel lain ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad; dan Ketua Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan. Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata Umno adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'.

"Jika ada kerosakan (pada bangunan itu), ia hanya perlu dibaiki segera. Repair yang mana rosak, repair yang mana tak elok, sebab bangunannya masih elok, boleh menjamin keselamatan kita," katanya.

Ustaz Kazim juga mengakui bahawa beliau menyokong usaha penyatuan antara Umno dan PAS.

"Saya cakap (perkara ini) sejak lima enam tahun lepas, dah sampai masa kita bersatu, baik orang Umno, baik orang PAS, carilah jalan bersatu," katanya. - BERNAMA

Monday, April 22, 2013

Luis Suarez = Tian Chua



Mat Taib



MAT TAIB : Bagaimana jika ... HAHAHA


Kerana kemaruk Anwar 'berlakon' jadi PM atas pentas ceramah


Walaupun belum ada kesepakatan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri jika mereka menang pilihan raya umum kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menguar-uarkan dirinya bakal mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut. 

Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru sahaja masuk hari pertama, Ketua Pembangkang itu mula berangan-angan, malah sudah mencipta skrip yang kononnya akan diucapkan sebaik dirinya sah bergelar Perdana Menteri.

"Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya.

"Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pi belakang dulu, kasi pengajaran sikit," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong pembangkang di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE