Saturday, June 1, 2013

Najib oh Najib...kenapa sampai begini??

Kami makin lama makin hairan.
Cadangan BN sebagai parti tunggal diberi perhatian oleh Najib. Malah ditubuh pula makmal khusus bagi memperinci cadangan ini.
Sepatutnya perkara ini tak perlu dilayan. Adakah Najib tak nampak agenda tersirat?
Daripada anda buang masa dan tenaga melayan cadangan BN parti tunggal ini, adalah lebih berfaedah dan bermanfaat sekiranya Najib menubuhkan makmal khusus bagi memperhalusi cadangan sekolah wawasan ( satu aliran ).

Umno Wujudkan Makmal Khusus Lihat Cadangan BN Parti Tunggal - Najib

KUALA LUMPUR: Umno akan mewujudkan makmal khusus untuk memperinci cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata parti juga perlu mengadakan tinjauan pendapat daripada anggotanya sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu. Sebarang perubahan, katanya, perlu berdasarkan penerimaan anggota Umno sendiri.

"Kita faham Umno ini parti yang dekat di hati ahli...jadi sebarang perubahan perlu diperhalusi dengan mendalam supaya nanti tidak timbul isu ketidakterimaan terhadap parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti di sini Jumaat.

Ini merupakan mesyuarat pertama MT Umno selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.

Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.

15 comments:

Anonymous said...

Askum. Saya setuju supaya DS Najib jangan menumpukan dan membuang masa untuk menubuhkan satu parti BN. Walhal UMNO sendiri telah diistiharkan menang dlm PRU 13 lalu jika dibandingkan kerusi2 parti lain. Sepatutnya mereka2 lah yang perlu ikut kemampuan UMNO memerentah negara ini. Selain itu adalah lebih baik dan amat penting sekali DS Najib menumpukan perlaksanaan PERLEMBAGAAN NEGARA supaya semua rakyat kecil, muda dan orang lama tetap mengamalinya, menghormatinya dan mengamalkannya tanpa dari parti mana ia datang. Ternampak skrg ini gejala tidak menghormati Perlembagaan Negara Malaysia dan Undang2 Negara kita adalah jelas dan telah mencapai tahap bahaya sehingga boleh menggugat keselamatan, keamanan dan ekonomi negara. Mana lebih penting sekarang?

Anonymous said...

jangan buang masa...PM Najib cepat buat tranformasi memperkasa ekonomi masyarakat Melayu, Bumiputra & India.

Parti Gerakan duduk diam diam, jangan banyak kerenah dan rasai kepedihan luka kekalahan.

Usaha boikot perlu disokong oleh segenap masyarakat yg cintakan negara.

Anonymous said...

DS Najib patut tumpukan UMNO dulu kerana dalam UMNO pun ada banyak masalah. Nak jadi ahli UMNO pun sekarang bukan senang jika kita bukan kem dia. Bayangkan dalam satu kawsan ada 10 cawangan UMNO ditubuhkan? DS kena ambil selidik perkara ini jangan sampai orang melayu rasa kecewa dan merajuk. Kalau dSelangor tu UMNO kenalah memilih dari sekarang sesiapa yang berwibawa untuk menjadi MB dimasa akan datang jika mahu UMNO memerintah Selangor semula.

Anonymous said...

DS Najib perlu lebih bertegas dan berjurus dlm menguruskan parti dan negara.Apa perlu dilayan cakap org yg telah menjahanamkan BN.Sudahlah mereka tak bersungguh2 dan kesetiaannya diragui, mencadangkan pula UMNO diserap menjadi BN tunggal utk semua bangsa sedangkan mereka sendiri bersatu dlm 1Cina. Cukup2lah UMNO berlembut.Kita ada kekuatan sendiri dan teruji sejak 50 tahun yg lalu.Apa perlu kita mengkaji dan membincangkan sesuatu idea yg akhirnya membawa kerugian kpd org2 Melayu sendiri.Apa yg perlu kita lakukan ialah jadikan UMNO sebagai abang besar yg dpt menarik dan menyatukan semua bangsa di Malaysia ini.Yakinlah hanya Melayu/UMNO yg mampu dan wajib menjaga dan memerintah negara ini.Cuma UMNO perlu memperbaiki segala kelemahan dan keburukan yg dilakukan oleh sebahagian pemimpin yg ada yg tak disukai rakyat.

Anonymous said...

Najib dengan Pak Lah 2x5 bebal..kat bawah benci dia ikut ckp bangsa bukan melyu

Anonymous said...

Dalam keadaan sekarang jika ada pemimpin atasan umno yang berani menongkah arus rasa nya jawatan presiden umno tidak lagi selamat untuk Najib, tidak percaya kita tunggu jika ada seorang pemimpin yang berani untuk mengatakan umno tidak akan bersatu menjadi sebuah parti BN tunggal yang dianggotai oleh semua kaum. Nyata akan ada pula usul dari akar umbi supaya pemimpin tersebut bersaing dengan Najib untuk kerusi no 1 Umno.

Kita tungggggggu....

Anonymous said...

BN selamat keran Umno,bukan Umno diselamatkan oleh BN.Apsal pula Umno nak di korbankan. Kalau Umno di bubarkan biar Najib sorang je masuk Parti BN.Yang lain ramai-ramai join PERKASA.KIta fight'Hanya Untuk Melayu dan Bumiputra'.Ini Negara kita punya.

nasirwise said...

BN PARTI TUNGGAL? BOLEH DIFIKIRKAN TETAPI BN TIDAK BOLEH BUANG MASA MENGKAJI BAIK BURUKNYA. PRIORITY UTAMA `PROGRAM PEMBERSIHAN DAN PENGKUKUHAN SOKONGAN TERHADAP BN’
Penulis menulis kempen PRU14 sudah bermula pada 6hb Mei 2013 iaitu selepas keputusan PRU13 diumumkan. Semalam PKR melalui Timbalan Presiden dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, telah mengariskan 5 strategi untuk menang PRU14. Mereka tidak pulak mengkaji pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai Pakatan yang berdaftar. Mereka juga tidak mahu membincangkan cadangan PAS DAP PKR menjadi parti tunggal. Jangan tambah kerja mengkaji, menguji dan menyelesaikan apa jua masalah ekoran daripada menjadikan BN parti tunggal.
Sekarang masa bertindak melakukan pembersihan di semua Kementerian. Penulis menyarankan artikel ini mesti di baca dengan penulisan dan cadangan lama.

Penulis mencadangkan UMNO/BN menumpukan perhatian kepada `benda yang ada’ di depan mata atau yang sedang di kendong. Takut takut pepatah Melayu iaitu `Yang dikejar tidak dapat, yang di kendong tercicir’ betul betul berlaku.

Tumpuan `pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’ boleh di mulakan di Lembah Klang. Ini adalah kerana Lembah Klang adalah PUSAT PENTADBIRAN (penjawat awam di pelbagai Kementerian dan GLC Nasional), PUSAT PEKERJAAN (multinasional swasta seperti Bank dan kilang kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (UiTM dan banyak lagi).
selanjutnya di www.nasirwise.blogspot.com

Anonymous said...

najib dgn pak lah sama je patut di tendang keluar je

Anonymous said...

tolong banyak banyak orang melayu serta bumiputra sabah sarawak jangan khianati kami sekian.pada saya orang india ni lalang tak boleh dipercayai

Anonymous said...

salam Dato Najib, saya rasa UMNO patut di jaga dgn baik dan perkasakan ahli2 dan jaga orang yang sokong UMNO/BN sebab kerana depa Dato ada di sana tapi kalau Dato tak jaga, kami akan ubah Dato from UMNO President. Saya adalah ahli UMNO bahagian yang sokong BN..........

Anonymous said...

PM sepatutnya jangan layan mereka yang tak sokong BN biar depa minta tolong from PR. Ca-ya-nun-alif ni jangan dok tatang depa lagi, aku dah letih tengok perangai depa ni. PM patut tolong orang yang support BN sebab if not PM and UMNO can " put your heads between your legs and kiss your ass goodbye"

QalamQabut said...

Aku nak sambung sikit apa yang Anon June 1, 2013 at 11:16 AM cakap 'BN selamat keran Umno,bukan Umno diselamatkan oleh BN'

UMNO selamat bukan kerana UMNO tapi kerana orang Melayu yang sayangkan bangsanya. Kalau harapkan UMNO memang tak ke mana.

Anonymous said...

Secara jujur saya tak setuju....UMNO itu parti keramat. Bermacam-macam cara nak kuburkan UMNO.....tapi tak berjaya juga......jangan orang UMNO yang menguburkan parti UMNO demi kepentingan politik.....

Anonymous said...

Najib PM atau Rosmah Pm kita..Tp ramai kata termasuk semasa kempen..Rosmah PM, betul la Pakaan kata NKRA..Najib Kerja Rosmah Arah..SPR..Suka Pakatan Rakyat..