“Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.”

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya."

‘‘Orang UMNO beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam.’’