Wednesday, February 23, 2011
Belum habis belajar tapi dah berlagak macam primadona !!
Saya dulu pun mahasiswa. Kawan-kawan saya pun ramai yang bergelar mahasiswa. Tiap hari kami ke hulu ke hilir bawa buku rujukan yang besar-besar. Berat pula tu. Tapi kami sanggup berkorban masa dan tenaga. Demi untuk mencapai segulung ijazah dengan pointer yang cemerlang. Bukan sekadar pointer yang cukup makan.
Bila saya lihat gambar di bawah, saya rasa amat kasihan. Rasa jelik dan menyampah pun ada. Apa dah jadi dengan mahasiswa sekarang?
Gambar berkenaan menunjukkan lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam. (Klik SINI)
Saya nak tanya kepada mereka, anda masuk universiti untuk apa? Untuk mendapatkan ilmu dan ijazah atau untuk berpolitik?
Apa janji anda untuk ibu dan ayah di kampung ketika anda mula-mula mahu menjejakkan kaki ke universiti? Adakah anda berjanji kepada mereka bahawa anda lebih mengejar 'jawatan YB Kampus' berbanding segulung ijazah dengan pointer yang cemerlang?
Nak berpolitik tu boleh, orang tak marah tapi berpada-padalah. Ini sampai buat demo macam di Mesir, kemudian buat kecoh pula. Cukup memalukan.
Ijazah pun belum dapat, dah pandai berlagak macam primadona. Macam cakap mereka saja yang betul . Ptuiihhh !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
budak2 sekarang ni.. haih..
ni ade la yg mengajar nih bende bukan2..
mesti ada mangkuk ayun yang mengajar diaorg ni.
ijazah belum dapat, penampar pulak yg dapat. malu wei..
patut, panggil je mak bapak dia org, tunjukkan apa anak2 dia org buat kat kampus..pas tu print kan result every semester,mai tgk,kalau stakat cukup makan,tok sah lah melalak tak tentu pasal..bila abis blajar, ko nak tergolek, telangkup korang punya pasal,tp kalau masih blajar, pikir duit mak bapak, atau duit biasiswa, ptptn yg korang dpt,patut ke korang dapt,,atau masih ada org lain yg lebih layak,,bengang2,,bengong
Lebih jer mangkuk-mangkuk ni. masuk Universiti pun pakai pinjaman PTPTN tapi sibuk nak demo, nak protes. Dah kena gantung tu terima jerlah.. bukan boleh mati pun, ni semua nak naikkan nama jer. kononnya nanti lepas habis belajar boleh masuk parti peringkat nasional pulak siap nak jawatan dalam parti lagi.sebabnya berpengalaman dalam demo dan protes semasa belajar di universiti dulu. bodoh gila mangkuk-mangkuk ni. menghabiskan duit pTPTN jer. kalau bayar tak apa lah jugak. (dulu belajar, gua dapat pinjaman MARA lepas tu covert jadi biasiswa.sebab gua pandai sebab tu boleh convert jadi biasiswa) hahaha..
Kerajaan dan pihak universiti jangan manjakan pelajar2 ini.. Tendang saje kuar universiti.. Ramai lagi yng nak masuk belajar...
Universiti mesti tegas, jangan bagi peluang bagi mereka yang dapat keputusan yang tak cemerlang, biar mereka terkangkang, baru tahu tinggi rendah langit ni, dah dapat peluang belajar, dapat pinjaman TPTN, belajarlah bersungguh, samapai dapat ijazah first class ke, ijazah dengan kepujiaan ke, ni alahai dapat ijazah 3rd class, dah tu dalam bidang yang tah apa apa. Bila kita tanya pasal apa tak boleh skor, banyak alasan yang tak munasabah di beri.
Inilah realiti pelajar universiti hari ini. Mereka ni tak layak digelar mahasiswa.
Penemuduga Kecewa
Old Klang Road
Saya sebagai seorang pengarah syarikat perunding merasa amat kecewa dengan perkembangan ini.
Situasi ini kadangkala ada berlaku dikampus luar negara tetapi ianya dilakukan didalam batas-batas yg tertentu.
Saya merasakan pelajar-pelajar ini tidak tahu menilai harga diri dan tidak berfikir dengan akal yang waras yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Saya banyak menemuduga calon-calon pekerja syarikat perunding saya dan didapati mereka ini kebanyakannya tidak layak untuk dipertimbangkan disebabkan taraf pemikiran yang rendah, attitude yang tidak sesuai dan tahap kelulusan yang rendah.
Dizaman Globalisasi ini, mereka-mereka ini akan ketinggalan dan akan menjadi orang-orang yg rugi.
FIKIRKANLAH SIAPA YG MERANCANG SUPAYA MAHSISWA MELAYU INI MENJADI SEPERTI SEDEMIKIAN.
Adakah bangsa lain turut menjadi seperti mahasiswa yg bongok ini?
Untuk renungan
Thanks
Jimmy Hillhead
sibuk sgt dgn hak mereka konon. hak mak bapak nk tengok kejayaan dorang lempar kemana? ingatkan masuk u sbb budak cerdik, tp bengap rupanya. x sedar masuk u dgn perih jerih mak bapak, utang ptptn lg. stakat melalak mcm tu, tepi bendang boleh buat...
tu la pasal..x malu ka buat mcm 2?tp mmg sah x malu..lau x sabar sangat nak jd YB,baik get out from U then join politic..tupun entah survive or tak bila dh jd politician..Degree n whatever dorang amik kat U,x pyh la nk bg tgok kat mak bapak yg mnaruh harapan kat anak mcm dorang nie..PTPTN n IPTA blacklist jer monyet2 ni..
Belajar dulu..sekarang duk hentam Universiti lepas ni duk hentam kerajaan...parti yg diorang sokong masa kat universiti belum menentukan diorang dapat kerja bila keluar U nanti..ikut pengalaman saya masa kat U dulu kebanyakan yang gila-gila ni pointer diorang cukup2 makan untuk masuk calon je...sepatutnya percalonan mesti pointer 3.5 ke atas je...yang 3.0 ke bawah jangan mimpi nak masuk...baiki pointer tu dulu.Saya belajar di universiti di sebelah sabah,ketika itu calon pro-mahasiswa menang..dan calon presiden itu dalam tempoh 2 semester mememegang jawatan telah merosot pencapaian dia dari seorang yang mendapat pointer dalam 3.2 keatas dalam masa 2 semester cgpa dia turun ke paras 2.5 ke bawah...sebabnya terlalu kuat berpolitik
pesanan saya,nak politik tu berpada-pada tak kisah la pro-mahasiswa ke Aspirasi ke...
pada ak, budak ni x bersalah...
pada aku ini reaksi yang normal lah...sapa tak marah...bila kita dapat sesuatu /menang sesuatu tiba-tiba menda tu hilang atau tak dapat...sapa yang tak hangin...manusia secara normal mesti hangin kan...
cuma mereka gunakan saluran yg betul untuk meyatakan ketidak puasan hati tu...mmg megcewakan lah mahasiswa mengikut emosi berbanding akal...bagi pihak yg meguruskan pemilihan MPP terutama urusetiadan ni boleh di jadikan pengajaran pada urus setia untuk memperbaiki atau mengatasi masalah teknikal...mudah2 an pemlihan MPP akan datang tidak timbul lagi perkara begini...k peace Malaysia..
Passed Away
Celaka
Aku bagai nk mampus mintk masuk IPTA
Last2 dpt UNISEL
Pastu UNISEL wat mcm2 hal
Tp tepakse aku tahan 3 thun kat stu
3 tahun pnuh celaka
Pukimakkk korang
dapat msuk UPM
wat mcm2 hal lak
Salam... Tak faham betul mahasiswa sekarang, macamna la boleh teracu dengan corak2 yang macam ni? Habis lah kalau generasi macam ni yang memerintah pada masa akan datang... Keje berdemonstrasi jer la... Belajar tah ke mana... Lepas tu musnah lah Malaysia yang dah terbina dengan gahnya hari ini... Ish2... Dahsyat2...
Assalam Bro
Aku pun mahasiswa juga tahun 80an. Ada juga pilihanraya tapi tak lah macam mahasiswa sekarang yang pendek akal. Dahlah bodoh sebab tu bagi duit suruh belajar, benda lain yang dibuatnya. Inilah api dalam serkam, memalukan orang Melayu. TNC HEP takan akan ambil tindakan pada pelajar yang merusuh APA CERITA?
kawan-kawan saya ade jugak sebahagiannya macam ni, lg2 saye amek sains politik. tp jujur ckp, biase kwn2 yg macam ni jenis budak bijak. mmg pointer 3 above. n mmg family bg sokongan. tue lect x boleh nak ckp ape sgt, cz downg mmg jns bdk pndai.
Post a Comment