Saturday, December 19, 2009

MLY bercuti..

MLY tidak akan beroperasi sehingga penghujung tahun 2009.

Terima kasih.

Thursday, December 10, 2009

Mas Kahwin : Mulai 1 Jan 2010, nilainya RM300 !


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan bermula 1 Januari 2010, mas kahwin untuk wanita di negeri Selangor dinaikkan kepada RM300.

Terima kasih JAIS !

(Klik sini)

Wednesday, December 9, 2009

Apabila mereka berebut bola dalam padang..

Satu bola telah dilontarkan dalam padang.

Sambutan terhadap bola tersebut meriah. Satu stadium bersorak.

Penyokong terbahagi dua. Macam home dan away.

Suasana stadium gegak gempita tapi mujurlah tidak runtuh macam stadium di Terengganu.

Media cetak dan elektronik pun turut sama teruja. Muka surat satu cerita pasal bola, muka surat dua dan tiga pun begitu juga. Tetap cerita pasal bola.

Bukan sehari, tapi seminggu cerita pasal bola ni dipaparkan dalam media.

Tapi tidak mengapa. Cerita panas ini bikin surat khabar jadi laku.

Orang yang melontar bola tersebut ke dalam padang senyum. Senyum tanda puas.
Tapi penyokong masih belum sedar apa maksud tersirat orang yang melontar bola itu.

Mereka masih asyik menonton bola. Bila suka mereka puji, bila tidak suka mereka boo.

Ada dua pemain yang perform bagus dalam padang. Sorang namanya N dan sorang lagi namanya M. Mereka rajin menyerang dan bertahan. Bersungguh-sungguh merebut bola tadi. Aksi keras dan agresif mereka mewarnai saingan.

Anehnya, lagi rancak permainan berlangsung, lagilah senyum dan ketawa orang yang melontarkan bola itu tadi. Baginya, lagi bagus jika mereka bermain bola hingga cedera, ataupun hingga menyebabkan penonton merusuh dalam stadium seperti perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan N9 bulan lalu.

Hati orang itu berbisik ”mudahnya untuk memperdaya, cuma dengan satu bola sahaja”.


Dan bola itu adalah BTN.

Tuesday, December 8, 2009

Ada apa dengan KB Mall?


Pada 2 Jun lalu, bumbung bahagian timur stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menempatkan pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP) runtuh.

Kemudian, terdengar nada suara yang mengaitkan kejadian runtuhan tersebut dengan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu.

Dan pada 6 Disember, terjadi pula tragedi kereta terjunam dari parkir KB Mall yang meragut dua nyawa.

Adakah keterlaluan jika kali ini ia dikaitkan dengan kepimpinan kerajaan negeri Kelantan?

Mereka kata ”perkara ini sememangnya tidak dijangka, kemalangan”.


Ya, ia memang tidak dijangka tapi bila kena pada orang lain itu dipanggil bala. Nasib..nasib...

Kalau kita tengok struktur tembok bangunan penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall, ia sememangnya tidak kukuh.

Dan tragedi ini tidak akan berlaku sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku.

Ketirisan? Rasuah? Penyelewengan?

Silakan SPRM, anda dijemput ke KB Mall, Kelantan.

Saturday, December 5, 2009

Tahniah Celcom anda kembali nombor satu tapi...




Adalah dikhabarkan bahawa Celcom(M) Bhd semakin hampir untuk menguasai semula kedudukan nombor satu dalam pasaran telekomunikasi di negara ini.


Tahniah !


Celcom kini berjaya mencapai jumlah pelanggan seramai 10 juta, meningkat lima peratus bagi prestasi suku tahun dan sebanyak 23 peratus berdasarkan perbandingan tahun ke tahun.


Tahniah !


Celcom juga mencatatkan keuntungan selepas cukai dan faedah minoriti (PATAMI) tertinggi berjumlah RM404 juta suku ketiga berakhir 30 September lalu, merupakan pertumbuhan sebanyak dua digit iaitu 10 peratus dalam perbanding suku-ke -suku.


Tahniah !


Celcom kini memberi tumpuan penuh untuk mempromosi perkhidmatan jalur lebarnya untuk mencapai sasaran pelanggan sebanyak satu juta pada 2010.


Tahniah, tapi....


Mohon supaya kualiti perkhidmatan Celcom dipertingkatkan. Terutamanya servis jalur lebar kerana perkhidmatan ini kerap menguji kesabaran saya sebagai pelanggan broadband yang membayar pakej RM99 setiap bulan. Pernah sekali mengadu kepada Celcom Careline di talian 111 dan jawapan yang diterima adalah "peningkatan kadar pengguna di tempat encik menyebabkan berlaku kesesakan dalam mendapatkan signal jalur lebar". Dan saya dicadangkan pula untuk menukar signal broadband kepada GSM. Lagi la slow kalau macam ni....

Celcom sepatutnya memberi rebat kepada pengguna jika berlaku masalah teknikal di pihak Celcom yang menyebabkan pengguna tidak menerima perkhidmatan yang setimpal dengan bayaran yang dibuat. Pengguna sanggup bayar mahal dengat syarat perkhidmatan adalah terbaik.

Semoga Celcom terus sukses !

Thursday, December 3, 2009

Melalui BTN, aku dapat fahami Perlembagaan Malaysia !!


Melalui BTN, kami dapat memahami kepentingan perlembagaan, undang-undang serta perpaduan !!
Melalui BTN, kami dapat meningkatkan semangat patriotik dan cintakan kepada negara !!
Melalui BTN, kami diajar untuk memahami sensitiviti bangsa lain !!
Melalui BTN juga, kami ditanamkan aura 1Malaysia !!
Momokan sesetengah pihak yang mendakwa kursus BTN menjadi punca kepada perpecahan kaum di Malaysia adalah dusta !!

Saturday, November 28, 2009

Harimau itu sedang memerhatikan mangsanya menari..



Petang semalam saya berkesempatan untuk pergi ke Shah Alam untuk bertemu dengan kawan-kawan yang saya kira sudah hampir setahun tidak berjumpa.

Saya sememangnya telah merancang untuk berjumpa dengan mereka pada hari raya kerana inilah waktu terbaik yang ada memandangkan saya berkhidmat jauh di perantauan.

Saya sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Selangor yang kini sentiasa kaya dan meriah dengan kontroversi oleh para pemimpin negerinya. Seperti mahu membina 'jenama', publisiti murahan sebegini sememangnya mendapat tempat dalam media arus perdana.

Biasanya, orang yang terdesak saja akan bersikap begitu. Modus operandinya mudah. Iaitu mengeluarkan sesuatu kenyataan dan membiarkan media dan rakyat membincangkannya selama sebulan sama ada di kedai kopi, di tempat kerja atau di dalam blog-blog.

Dalam seminggu lepas saya ada terbaca beberapa artikel dalam blog yang memberi kritikan kepada UMNO Selangor. Katanya, UMNO Selangor tidur dan tidak membuat kerja.


Sepanjang perjalanan ke Shah Alam, mata saya liar memerhati sebarang bentuk banner yang di pasang di tepi jalan. Mana tahu mungkin saya ada ternampak promosi program-program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh UMNO Selangor. Setidak-tidaknya ia dapat menjawab dan menafikan statement 'UMNO Selangor Tidur'.

Tapi, satu banner pun saya tak jumpa. Tak mengapa. Mungkin saya tidak perasan.

Saya ada mengajukan pertanyaan kepada kawan saya yang memang orang Shah Alam.

Betulkah UMNO Selangor tidur?

Kawan saya menjawab "beliau mengakui memang ada orang cakap UMNO Selangor tidur kerana orang tidak nampak sebarang bentuk tindakan agresif, menyerang tanpa rasa simpati, menangguk air di keruh, menikam hingga ke rusuk atau lain-lain. Tapi beliau percaya bahawa UMNO Selangor tidak bisu,tidak pekak atau cacat. Dan percayalah,mereka sedang menyusun strategi dalam senyap dan akan menerkam bila tiba masa yang paling sesuai. Bukankah aktiviti bawah tanah atau strategi bergerak dalam senyap lebih merunsingkan musuh berbanding dengan taktik 'bertelur sebiji riuh sekampung'".

Biasanya taktik 'riuh sekampung' ini diamalkan oleh Anwar Ibrahim. Kisah elaun RM1 dijaja hingga ke peringkat antarabangsa.

Jawapan yang diberikan oleh kawan saya ini membuatkan saya terfikir. Ada betulnya juga. Bertindak seperti harimau yang sudah lama memerhatikan mangsanya 'menari'. Apabila peluang datang,baru terkam.



Selepas Perak, mungkin episod kedua 'The Art of War' akan berlaku di Selangor.

Kita tunggu dan lihat.



Friday, November 27, 2009

Aidiladha...


Dikesempatan ini, penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua.

Selamat menjalani ibadah korban.

~Admin MLY~
Seremban

Wednesday, November 25, 2009

BTN diharamkan, lepas ni apa pulak?

"Mencintai negara bermaksud mencintai
tanah air, rakyat, pemerintah dan juga
menjunjung kedaulatan negara."


"Jika hanya kita mencintai tanah air, rakyat dan pemerintah, tetapi kita tidak mampu membuat keputusan sendiri mengenai negara, bermakna kita tiada kedaulatan dalam pemerintahan. Ini bermaksud kita masih dijajah samada secara fizikal atau simbolik. Begitu juga jika kita membenarkan tanah air ini semakin hari semakin banyak dijual kepada orang lain, maka kita juga tidak patriotik. Perasaan patriotik terhadap keempat-empat komponen ini wajib disemai di kalangan bangsa kita, supaya kita mampu terus mempertahankan negara ini dengan segala kekuatan dan kebijaksanaan. Oleh itu, BTN terus mengadakan pelbagai program untuk menyemai perasaan patriotik ini kepada seluruh rakyat."

Itu adalah petikan perutusan KP Biro Tatanegara.

Komen anda?

Komen aku senang saja. Apa yang BTN lakukan adalah demi alif, baa dan taa. Agama, bangsa dan tanah air.

Apa yang penting adalah BTN mampu meningkatkan patriotisme. Ia dibuat secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika.

Mana kau tahu?

Aku tahu lah sebab aku sendiri pernah hadiri kursus BTN dulu.

Oooiiii Kerajaan Selangor Haramkan Kakitangan Negeri dan Pelajar IPT Milik Selangor Hadiri Kursus BTN !! Kau dengar tak !!!

Eh..kerajaan selangor saja yang haramkan BTN?

Setahu aku, cuma kerajaan Khalid Ibrahim saja yang terbabit. Tapi aku percaya lepas ni, akan ada kerajaan negeri lain yang akan terhegeh-hegeh ikut serta. Sehati sejiwa lah katakan. Kalau tak ikut nanti dikatakan tidak mematuhi maksud 'pakatan' pulak. Bukankah 'pakatan' itu membawa maksud pakat-pakat membuat satu tindakan. Kalau tak pakat nanti takut kena gelak pulak.

Awat depa haramkan BTN?

Exco kerajaan negeri kata kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional. Tambah beliau lagi, BTN boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis, seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama.

Indoktrinisasi. Pergghhh..canggih sungguh perkataan tu. Aku carik definisi dalam website DBP tapi tiada. Rupanya salah. Sepatutnya indoktrinasi, bukannya indoktrinisasi. Oii exco,kan dah kantoi tu...sebelum sebut baik check dalam kamus dulu. Jangan main sembur je.

Dan kalau ikut definisi dalam kamus DBP, indoktrinasi bermaksud perihal atau perbuatan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dalam fikiran seseorang atau segolongan manusia.

Exco itu turut berkata, keputusan itu diambil selepas beberapa kajian mengenai BTN dibuat.

Ni aku nak tanya. Siapa yang buat kajian tu? Siapa yang jadi sampelnya? Dan di mana kajian ni dibuat?

Kalau setakat serkap jarang, sapa-sapa pun boleh buat.

Rakyat Malaysia sekalian...

Jangan pula anda terkejut jika Program Latihan Khidmat Negara mungkin akan turut diharamkan di Selangor.

Bukankah tujuan PLKN itu mirip dengan BTN.

Sekarang, bibit-bibitnya sudah ada dan BTN adalah mangsa pertama.

Sunday, November 22, 2009

I'm sorry - Thierry Henry



Dia telah melakukan kesilapan. Tapi sanggup mengaku dan terus meminta maaf.

Tindakan ini bukan mudah malah sukar. Lebih-lebih lagi ia melibatkan hati rakyat sebuah negara.

Ahhh..yang penting permohonan maaf telah diucapkan. Sama ada ia diterima atau tidak itu perkara kedua.

Tapi sekarang, maaf hampir tiada nilai. Walaupun sudah dipinta, orang dah jadi pekak dan tak peduli.

Sebagai contoh dalam kes titi gantung runtuh di Perak. Sekarang dah main saman menyaman. RM105 juta untuk tiga nyawa.
p/s : Dalam kes Thierry Henry, ada ke rakyat Ireland yang nak saman dia?

Wednesday, November 18, 2009

Enam kotak rahsia : satu kotak telah dibongkar !!

Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.

Pada tahun 1999, ketika dipanggil memberikan keterangan berhubung dokumen dalam kotak-kotak itu yang tergolong dalam kategori rahsia rasmi, perkara yang sama telah dijelaskan kepada polis bahawa “ianya disimpan oleh Anwar Ibrahim”.

Selepas 10 tahun, dalam program Hujah di TV9, Ezam sekali lagi menafikan beliau memiliki 6 kotak rasuah yang diwar-warkan semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaliknya kotak itu dikatakan masih di tangan Anwar Ibrahim.

Anwar pulak senyap. Langsung tak beri sebarang komen. Saman Ezam pun tidak.

Senyap itu tandanya apa? Tanya Anwar. Hanya dia yang tahu.

Orang cakap, kalau nak dedah biar sampai terlondeh.

Tapi sekarang, yang terlondeh itu bukan Anwar. Tapi Azmin.

Pendedahan dokumen bernilai RM8.5 jut...jut...jutt..juta (nak sebut pun jadi gagap) saham Azmin benar-benar mengejutkan.

Ini cakap bukan sebarang cakap. Ini bukan cakap macam tin kosong.
Tin ini ada isi.

Tak sampai 48 jam selepas didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia, blog GAP dah keluarkan buktinya. Sahih atau tidak, anda pertimbangkanlah sendiri.

Yang pasti, bukti dah ada. Laporan polis pun dah dibuat.

Macam biasa, Azmin pun nafi. Azmin kata dia akan kemukakan saman terhadap bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vigneswaran berhubung dakwaaan pembelian saham bernilai RM8.5 juta ni.

Alasan Azmin, tindakan itu dibuat kerana dakwaan tersebut menjatuhkan reputasinya sebagai pemimpin dan wakil rakyat serta mengaibkan dirinya sera keluarga.

Pelik bin ajaib. Sejak bila dia kisah pasal reputasi? Bukankah aib mengaibkan diri dan keluarga dah jadi mainan mereka sendiri? Masa buat cerita dongeng DS Najib - Altantuya, takda pulak mereka fikir. Hentam keromo saja. Bila kena batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi rendah.

Paling best adalah part Azmin menafikan dakwaan tersebut. Baru sekali saja nafi, penyokong dia terus percaya bahawa Azmin mangsa fitnah. Malah jadi buta untuk menerima siasatan polis.

Memang betullah...bila otak dah kena tuned macam tu, Anwar kencing tepi jalan pun mereka akan cakap itu bukan Anwar. Itu adalah orang yang mempunyai wajah seakan-akan Anwar. Nahhhh....

Dulu, Anwar dedahkan dia ada enam kotak rahsia yang mengandungi dokumen rasuah dan penyelewengan. Ternyata Anwar 'berkata benar', sekarang 'satu kotak' kepunyaan Azmin telah didedahkan.

Sekarang, kita tunggu pula pendedahan lima kotak lagi :)


Sunday, November 15, 2009

Penasihat Ekonomi Selangor? Kejap..nak pikir.



Anwar dilantik jadi Penasihat Ekonomi Selangor !!


Terkejut beruk?

Tidak.


Teruja sampai terbaring di atas jalan?

Tidak.


Melopong hingga berbuih mulut?

Pun tidak.


Habis apa?

Cuma tertanya-tanya saja.


Kenapa Anwar yang dipilih?

Tidak pasti. Tanya Khalid, dia yang tau.

Hanya jauhari yang mengenal manikam.


Kenapa tanya Khalid?

Sebab dia kan MB Selangor. Khalid yang berkuasa pilih Anwar.


Dulu Anwar adalah bekas menteri kewangan. Kemudian masuk penjara sebab salah guna kuasa. Sekarang, lepas 10 tahun dia dilantik pula sebagai Penasihat Ekonomi. Bukankah itu seperti 'kitar semula'?Tak ada orang lain lagi?

Tang 'kitar semula' hang jangan sebut. Sensitif. Nanti orang kata padan muka kat kita.


Apa sebabnya pulak?

Sebab kita dah kena jilat ludah sendiri. Dulu kita duk kata kat Isa Samad. Calon kitar semula. La ni kita pulak ambil Anwar. Lebih kurang macam 'kitar semula' jugak.


Negeri pakatan lain macam mana? Anwar akan jadi Penasihat jugak?

Tak pasti. Buat masa sekarang, cuma Selangor saja.


Bukankah Selangor tu dah mempunyai ekonomi yang stabil?

Kenapa perlu ada penasihat?

Macam biasa..ini gimik. Setiap keputusan yang kita buat kena ada publisiti walaupun bersifat murahan. Sebenarnya semua hal ekonomi di Selangor dah mantap, dah ok. Tak perlu lagi penasihat ekonomi. Selangor sememangnya dah maju. Lainlah kalau Selangor ni satu spesis negara mundur lain macam Timor Leste, Sri Langka atau lain-lain. Negara atau negeri macam itu memang kena pakai penasihat ekonomi.

Kesimpulannya, jawatan sebagai penasihat ekonomi di Selangor tak payah pening kepala. Dia boleh cuci kaki dan tangan saja. Dengan kata lain, sekadar 'mengurus ekonomi', bukannya bersusah payah 'membina' ekonomi. Akhirnya, lembu punya susu, sapi dapat nama. Sapa lembu? Sapa sapi? Kau pun dah tau. Tak perlu dijawab lagi.


Pelik, sepatutnya dia jadi Penasihat di Pulau Pinang. Negeri kelahiran dia. Jaga ekonomi kat sana. Kan itu lagi baik. Orang Penang yang sokong dia mesti lagi suka. Terutamanya di High Chapparal.

Mungkin Anwar ada alasan lain agaknya. Akhirnya jawatan Penasihat Ekonomi jadi modal.

Betul tak?

Ada kemungkinan jugak. Sebelum ni ada 'ribut kecil' melanda Pelabuhan Klang. Adun keluar PKR. Terdengar jugak sok sek sok sek akan ada Adun lain turut keluar dari PR. Jadi, Anwar kena bertapak di Selangor dengan memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri. Akhirnya semua Adun PR terikat. Tok ketua dah masuk kandang beb!


Masyuk ke jadi Penasihat Ekonomi Selangor?

Masuk tu ada. Masyuk tu tak pasti. Jawatan ni cuma dibayar elaun tetap RM1.00 sebulan.


Kenapa sikit sangat?

Aik..sikit salah. Banyak pun salah. Takpa, biar papa asal bergaya.



Bayar pakai cash atau cek?

Jangan tanya soalan macam ni. Kerana bunyinya amat sinis.


Berapa lama sain kontrak jadi Penasihat Ekonomi Selangor?

Soalan ini amat subjektif. Bergantung kepada keadaan. Kalau dia sangkut dengan kes 'tangguh tetap tangguh' tu, terpaksa la orang lain ganti. Tapi kena cari yang 'A' jugak. Sebab 'A' akan jadi proksi kepada 'A'. Dapat tahu siapa?


Kejap..nak pikir....



Sunday, November 8, 2009

Sketsa Piala Malaysia


1. Kalau nak tengok orang baring atas jalan, boleh tengok kat luar Stadium Bukit Jalil selepas tamat perlawanan. Mungkin boleh jumpa..

2. Kelantan dapat jugak satu gol saguhati. Orang kata itu gol 'ehsan'. Tapi tak tau la kot2 depa tak mau sebut gol 'ehsan', nak sebut gol 'royalti' jugak..

3. Parti pemerintah harus bertanggung jawab atas kekalahan kelantan...terdapat unsur2 konspirasi..

4. Macc/sprm akan melakukan siasatan serta merta.. Kemungkinan SELCAT turut menyiasat kekalahan memalukan ini.

5. Seorang Doktor dari Thailand akan dibawa utk melakukan bedah siasat di atas kekalahan pasukan Kelantan. Dipercayai beliau adalah Dr Porntip.

6. Esok(hari ini) Kelantan diisytiharkan cuti umum sempena layak ke final Piala Malaysia. Hakikatnya, ia adalah cuti berkabung atas kekalahan malam tadi.

7. Penjaga gol mungkin terima wang ehsan lebih awal dari yang sepatutnya, sebab itu beliau murah hati melepaskan tiga gol...

8. Kemungkinan ramai orang Kelantan akan mengambil MC pada hari Isnin kerana tidak mahu masuk ke opis..tak tahan kene kutuk..

9. Hasan Ali tidak mengaku bersekongkol dalam konspirasi kekalahan kelantan..

10. Konsert kumpulan Carburator Dung yg terkenal dgn lagu Jilat terpaksa dibatalkan ekoran kekalahan pasukan Kelantan..sepatutnya konsert tersebut dilangsungkan di luar stadium jika Kelantan menjadi juara..

11. Satu perhimpunan diadakan dan akan berarak dari Stadium Bukit Jalil menuju Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada YDPA...semua dijemput menyertainya...jika anda disembur air atau asap....itu sendiri tanggung ...

12. Kelantan menyalahkan Najib kerana lambat membayar wang ehsan....
13. Ada permintaan supaya ditubuhkan "Suruhanjaya Diraja" bagi menyiasat punca kekalahan semalam..

14. Penyokong bersifat seperti siamang, macam tengok bola kat pantai...siap buat camp fire dengan membakor kerusi stadium..

15. Pesta mercun dan bunga api dalam stadium. Dipercayai, stok mercun adalah sumbangan parti roket...


Tulisan di atas tiada kaitan antara yang hidup dengan yang mati.
Harap Maklum :)

Friday, November 6, 2009

Bersukan, bukan bersetan..

Pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan akan bertembung pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kepada pasukan yang bertanding, mainlah dengan penuh semangat.

Lari biar laju, lompat biar tinggi, biarpun sampai rabak seluar...






Tanamkan semangat kesukanan dalam diri.

Bukannya semangat kesetanan.

Jangan ikut rasa, kelak binasa.












Dalam padang satu hal, nanti yang di luar padang turut terlibat sama..


Tahniah kepada pasukan yang menang. Kepada pasukan yang kalah, jangan putus asa..



Kalau masih kecewa dan putus asa, dinasihatkan berhenti main bola dan gantung sahaja but anda.



Thursday, November 5, 2009

Kisah Anwar dengan wartawan





Pernah suatu ketika di Permatang Pasir dahulu, Anwar menggunakan hampir 30 minit dalam sidang media dengan mengkritik beberapa media arus perdana yang disifatkannya sebagai tidak berlaku adil dan saksama.


Selepas media teruk dibelasah olehnya, ada wartawan-wartawan yang merajuk. Sudah tidak tidak mahu senyum lagi dengan Anwar.


Ketika itu, barulah Anwar sedar bahawa beliau sudah terlanjur dan cepat-cepat memujuk kembali wartawan yang membuat liputan mengenai aktivitinya di lapangan.


"Saya nampak ada wartawan sudah tidak mahu senyum dengan saya," katanya. Sebaliknya jelas Anwar, beliau hanya tidak berpuas hati dengan pengarang dan organisasi media pada umumnya.

"Pendirian saya adalah terhadap media tertentu, dan tidak kepada wartawan yang menjalankan tugas sebaik mungkin".


Bagi Anwar, 'tugas sebaik mungkin' itu maksudnya adalah wartawan yang tidak bertanya atau tidak berani mencelah sidang medianya, malah menulis dan menurut apa sahaja cerita dan alkisah yang keluar dari mulut Anwar. Jangan cuba-cuba menyangkal atau menyampuk, buruk padahnya. Pasti dibasuh oleh Anwar pada masa itu juga.


Bagi kebanyakkan wartawan yang sering hadir sidang media Anwar Ibrahim, mereka tentu sudah kenal dan mengerti gaya serta lenggok jawapan beliau. Lebih-lebih lagi bagi wartawan yang menjadi pengikut setia bagi setiap sidang media Ketua Pembangkang itu menjelang 16 September.

Sampai ke satu tahap, ada wartawan merungut kerana tiada cerita baru untuk ditonjolkan selain dolak dalih Anwar yang kononnya hendak penyerahan kuasa dilakukan secara aman dan teratur oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Makin lama, wartawan pun makin bosan dengan Anwar. Sudahlah asyik kena ‘kelentong’, mereka juga ‘terpaksa’ kerja dan berdepan cerita sama tetapi berbeza harinya.

“ Different day…but same story! ”

Banyak lagi komen-komen ‘ menyumpah’ yang kedengaran dikalangan para wartawan yang hadir.Ada yang kata rasa macam ‘ kena main’ oleh Penasihat PKR itu.

Jangan kata berita besar kalau nak kira sempena dengan hari penentuan yang Anwar gembar gemburkan selama ini habuk pun tak ada yang baru.


Itu adalah antara kisah 'persengketaan' antara Anwar dengan para wartawan.


Tetapi dek kerana tugas dan tanggungjawab, mahu tak mahu terpaksa juga wartawan mengikut sidang media yang dilakukan oleh Anwar.


Dan terbaru, Anwar menunjukkan reaksi tidak senang apabila ditanya mengenai dakwaan beliau melebihkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, sehingga menyebabkan ramai pemimpin PKR lain bertindak keluar daripada parti itu.

''You dari mana? You dari media mana?'' kata beliau dalam nada tidak senang kepada seorang wartawan pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Anwar bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut, sebaliknya 'berceramah' kepada wartawan berkenaan agar melaksanakan amanah sebagai petugas media dengan baik.


Sekali lagi, persengkataan tercetus. Nampaknya Anwar cukup sensitif dengan jenis soalan wartawan yang tidak menepati citarasa beliau.


Ke mana slogan kebebasan media? Ke mana slogan kebebasan bersuara? Bertanya pun adalah satu bentuk kebebasan. Anwar patut tahu mengenai itu juga.


Kalau beginilah caranya , pergi jahanamlah dengan 'kebebasan' yang dimomokan oleh beliau sebelum ini.


Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.



Monday, November 2, 2009

Utusan Malaysia vs Liverpool?

Tengah sibuk membuat kerja serta melayan 'monday blues' di opis, sempat jugak belek surat khabar Utusan.


Selak punya selak punya selak surat khabar sampai ke bahagian forum muka surat 12, saya terbaca satu SMS pilihan yang di siarkan dalam laman tersebut....


"Kenapa laporan sukan Utusan seolah-olah memusuhi kelab Liverpool dan menyebelahi Manchester United? Harus diingat, banyak penyokong Liverpool yang melanggan surat khabar Utusan Malaysua."


- Anti Pilih Kasih

SMS Pilihan, Utusan Malaysia, 2 Nov 2009


Kepada penghantar SMS bernama Anti Pilih Kasih, terima kasih kerana menceriakan hari isnin saya...heheheheh.


Minat punya pasal, macam-macam boleh jadi.





Sunday, November 1, 2009

Politik Sembahyang Hajat











Kalau kita lihat sekarang ini sembahyang hajat sudah menjadi semacam satu perkara mudah yang dilakukan di mana-mana sahaja termasuk di atas jalan yang kotor.


Perhimpunan politik pula diadakan dengan berselindung atas nama sembahyang hajat. Perkara ini terang-terang berlaku di luar kawasan bagunan SUK Ipoh yang mana terletak DUN Perak dan di hadapan bangunan DAP minggu lepas.


Ada pihak yang membidas polis kerana menghalang perhimpunan itu yang, menurutnya, adalah untuk bersembahyang hajat.


Polis, kata mereka, telah melakukan dosa besar dan perlu berjawab dengan Tuhan nanti.Tujuan utama perhimpunan itu adalah politik, politik menghentam kerajaan. Sembahyang hajat cuma perkara sampingan sahaja.


Benar, negara ini mengamalkan demokrasi. Semua boleh bersuara. Semua bebas menghentam kerajaan, tapi janganlah berselindung di sebalik program keagamaan.


Janganlah guna agama untuk matlamat politik. Jika polis perlu berjawab dengan Tuhan, rasanya banyak lagi yang mereka ini kena jawab.Sembahyang hajat boleh dilakukan di mana-mana dan tidak payah menghimpunkan berpuluh ribu orang sehingga mencetuskan masalah keselamatan kepada pihak polis.


Dalam sebuah negara di mana terdapat masjid di setiap penjuru, kenapa perlu bersesak-sesak di sekolah agama, di jalan-jalan dan di markas parti.Ternyata ada agenda politik di belakang semua itu.


Jika tidak, sembahyang boleh dilakukan dengan lebih tenteram di masjid atau di rumah. Apabila ibadah sembahyang mahu dipertunjukkan kepada dunia, ia menjadi cerita lain.


Sebenarnya, mereka menyedari betapa mudahnya memikat hati orang ramai dengan menggunakan cara sebegini. Mereka hanya mahu mengambil kesempatan atas simpati murahan orang ramai.


Mempercayai bahawa mereka benar-benar jujur atau ikhlas adalah satu pemikiran lurus bendul. Mereka bijak membina populariti untuk kepentingan mereka sendiri. Itu sahaja.


Bulan ini dalam sejarah : November 1998

Perbicaraan terhebat abad ini

KES mahkamah yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap perbicaraan paling hebat pada abad ini. Tuduhan-tuduhan salah laku seks di luar tabii terhadapnya begitu berat, sensasi, penuh drama dengan latar belakang pergelutan politik yang intrigue.

Penyiasatan polis berhubung kes ini bermula dengan penerbitan sebuah buku kontroversial 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM pada bulan Jun lalu.
Jabatan Peguam Negara berkata, ia mempunyai kes prima facie untuk mendakwa Anwar. Jabatan itu menawarkan 52 orang saksi manakala Anwar mendapat khidmat barisan peguam bela yang terbaik di Malaysia.

Perbicaraan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul, seorang lulusan Inner Temple yang telah 27 tahun berkecimpung dalam bidang perundangan.

Anwar dituduh mengadakan hubungan seks di luar tabii dengan lima lelaki dan menghadapi lima lagi tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Kes beliau disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pada 29 dan 30 September tetapi dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Oktober.

Anwar mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan terhadapnya. Mahkamah menetapkan untuk membicarakan empat kes rasuah dan salah guna kuasa terlebih dahulu pada 2 hingga 14 November. Perbicaraan enam kes lain akan ditetapkan kemudian.

Dakwaan Anwar bahawa beliau dipukul semasa dalam tahanan pula sedang disiasat dan merupakan satu perkembangan yang menarik untuk diikuti.
Bangunan mahkamah dikawal ketat oleh anggota-anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) semasa kes beliau pertama kali disebut, dan ini dijangka berterusan, manakala fokus media massa tempatan dan antarabangsa juga tertumpu kepada drama mahkamah kes ini.

Beberapa aktivis hak asasi manusia dari luar datang ke Kuala Lumpur untuk menjadi pemerhati kes Anwar tetapi tiada tempat khas disediakan untuk mereka di mahkamah.

Sebulan lalu, Anwar ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia tetapi sekarang beliau merupakan tertuduh dalam kes jenayah seks dan rasuah yang boleh dikelaskan sebagai yang paling menarik perhatian.

Atas sebab-sebab keselamatan, perbicaraan kes ini akan diadakan di sebuah Mahkamah Tinggi di Bangunan Sultan Abdul Samad yang mempunyai laluan bawah tanah untuk membawa seseorang tertuduh terus dari lokap ke mahkamah.

Friday, October 30, 2009

Anwar, sekarang angkanya sudah EMPAT !!



Nampaknya, angka sudah bertambah kepada empat.

Empat ini telah melompat dan mahu keluar mencari rumah baru.

Rasa seperti dihalau dari rumah sendiri pun ada.

Biarlah...demi prinsip, terpaksa juga tuan punya diri ambil keputusan untuk 'berpindah'.

Kita imbas kembali al-kisah dari angka satu hingga angka empat ini.

"Bila orang tidak mahu kita, kita malu nak tinggal di rumah orang." Itu kata individu bertuah nombor satu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi. Pada 3 Februari 2009, beliau menyatakan pendirian keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Bukan saya tidak mahu parti (PKR) tetapi parti yang tidak mahukan saya,". Tambah Jamaluddin lagi.

Siapa individu bertuah nombor dua?

Yang nombor dua ini adalah sahabat karib nombor satu. Susah senang mereka bersama. Duduk sama tinggi, berdiri sama rendah. Melompat pun sama-sama jauh. Tapi tidaklah sampai melompat ke rumah BN. Sekadar menjadi 'jiran baik' sahaja.

Individu yang dimaksudkan adalah ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu yang menyerahkan surat peletakan jawatan bersama-sama dengan Jamaluddin. Beliau bertindak keluar dari PKR, menjadi wakil rakyat bebas dan seterusnya menyokong BN dari luar. Dengan kata lain 'teman tapi mesra'.

Anwar sudah hilang dua tapi tak pernah gelabah. Biarlah..ribut dalam cawan sahaja itu. Tak perlu gundah gulana walaupun ada pengikutnya yang sudah baring atas jalan macam lembu.

Ini pula kisah nombor tiga. Sekadar muncul selepas 7 bulan berakhirnya kisah nombor satu dan dua. Ia berlaku nun jauh di utara semenanjung, negeri jelapang padi- Kedah.

Jalan ceritanya sama. Pada 23 Ogos 2009, orang nombor tiga ini keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Itulah dia
Mohammad Radzhi Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas di Kedah.

Beliau turut melepaskan semua jawatan dalam parti selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu. Keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytihar keluar parti.

Terkini, muncul pula nombor empat.

Individu itu adalah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang membuat pengumuman untuk keluar daripada PKR berkuatkuasa serta merta dan kini menjadi wakil rakyat bebas yang 'mesra' BN.

Keputusannya itu disebabkan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan. "Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri. Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam," Itu luahan Badrul selaku orang nombor empat.

Wan Azizah dah rasa lain macam. Seram sejuk. Dan beliau mengakui bahawa parti itu sedang berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihan raya umum Mac lalu. Wan Azizah juga mengakui parti pembangkang itu sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.

Ketika menjelangnya 16 September 2008 dulu, Anwar selalu bercakap "We have the numbers, we have the numbers:.

Dan ternyata, Anwar kini sedang 'mengotakan janjinya' itu.

"Yes Anwar, you have the numbers".

Dan sekarang kita tunggu siapa pula orang bertuah nombor lima yang mungkin akan menyusul kemudian.






Thursday, October 29, 2009

ADUN Pelabuhan Klang keluar PKR : Khalid patut letak jawatan?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR !

Beliau akan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Keputusannya keluar dari PKR itu disebabkan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

Tan Sri Khalid Ibrahim buat apa?

Bukankah sebagai MB Pakatan Rakyat Selangor beliau patut bertanggungjawab atas tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu?

Patutlah Khalid Ibrahim tidak ambil peduli. Rupa-rupanya beliau sendiri yang meminta Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatannya sebagai wakil kerana mendakwa Badrul gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Salah siapa bila tugas tidak dilaksanakan?

Bukankah itu disebabkan oleh kegagalan pemimpin dalam memimpin?

Rakyat tepuk tangan bila Badrul angkat kaki. Selamat tinggal Pakatan Rakyat...selamat tinggal PKR.

Kita tunggu apa tindakan Khalid Ibrahim dalam hal ini. Adakah beliau akan bertanggungjawab di atas tindakan Badrul?

Sebagai ketua, Khalid patut mengaku bahawa beliau sememangnya gagal dalam memimpin.





Saturday, October 24, 2009

Pimpinan PAS bertelagah angkara siapa?

Aduh...pening kepala kita semua dibuatnya. Macam-macam hal. Macam-macam kerenah dan gelagat. Buat kita geleng kepala menyaksikan drama terbaru ni.

Apa yang saya maksudkan adalah kerenah politikus-politikus dalam Parti Islam Semalaysia (PAS). Terbaru Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya. (http://www.blogtokguru.com)

Marah betul Nik Aziz kali ni. Dulu dia marah pada Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, juga disebabkan oleh isu yang sama iaitu kerajaan perpaduan. Pasti Nasharudin tak pernah lupa apa 'lirik' yang diucapkan oleh Nik Aziz pada ketika itu. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan."

Benar, itu mungkin masalah dalaman atau masalah rumah tangga dalam PAS tetapi kali ini nampak lebih serius. Perbedaan pendapat yang agak ketara ini lebih merujuk kepada dua kumpulan. Kepimpinan ulama dan kepimpinan erdogan.

Siapa kumpulan ulama? Siapa kumpulan erdogan? Itu saya tidak mahu ulas lanjut. Tepuk dada tanya selera.

Cuma saya ingin bertanya,

Siapa yang melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden?
Siapa yang menggunakan pengaruh Mursyidul Am?
Siapa yang merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS?
Siapa yang menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi?

Semua ahli PAS boleh buka diari masing-masing. Tengok dan renung balik kronologi setiap peristiwa yang menjurus kepada timbulnya dua kumpulan dalam PAS. Apakah punca sebenar? Ya...16 September 2008 adalah jawapannya.

Anwar janjikan Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia pada 16 September. Bila Anwar buat sidang media, ia turut dihadiri kumpulan erdogan PAS. Kononnya nak jadi menteri atau timbalan menteri. Slogan "We have the numbers, we have the numbers" diulang. Erdogan PAS pun ikut percaya. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS.

Bila Dato' Mustafa Ali membuat kenyataan bahawa tidak akan terbentuk kerajaan PR pada 16 September, maka terkinja-kinja kumpulan erdogan menyerang Dato' Mustafa. Presiden PAS juga ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept.

Anwar dengan teknik mencucuk jarum liberalnya secara serang hendap ke dalam PAS melalui kumpulan erdogan ternyata berkesan. Dan kini dia hanya tersenyum melihat pimpinan PAS bertelagah sesama sendiri.


Thursday, October 22, 2009

Dr Porntip Rojanasunan: Seorang ahli patologi atau bomoh siam?

Sungguh mengejutkan apabila seorang ahli patologi terkenal(?) Thai Dr Porntip Rojanasunan memberitahu mahkamah koroner di sini hari ini bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.

Err.....ahli patologi terkenal? Ada sesiapa yang pernah dengar nama beliau sebelum ni? Tak apa...jom kita terjah !

Menurut sumber, Dr Porntip merupakan seorang ahli patologi yang kini menjadi ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat, Kementerian Kehakiman, Thailand, dan mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik.

Pakar berusia 54 tahun itu telah diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan mengenai sebab kematian Teoh.

Ohh...cuma kerajaan Selangor saja yang tahu kewujudan Dr terkenal(?) ni.

Dalam mahkamah koroner,Dr Porntip mendedahkan hasil siasatannya dengan hanya bersandarkan kepada laporan autopsi Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh Samberkar serta gambar-gambar post-mortem yang dibekalkan kepadanya.

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.

Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat.

"Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.

Beliau berkata kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri bila ia jatuh dari tingkat lima, berdasarkan tiadanya kecederaan reaksi pada badan, dan menambah luka-luka kelihatan seperti kecederaan sebelum jatuh, dan kecederaan dada yang teruk adalah akibat impak primari di lantai.

Nampaknya, kesimpulan yang dibuat oleh Dr terkenal(?) ini adalah semata-mata bersandarkan kepada laporan autopsi dan gambar-gambar yang telah dibekalkan kepadanya sahaja.

Hebat !

Perasan atau tidak, kenyataan beliau adalah banyak merujuk kepada kemungkinan.

Dalam kes-kes sebegini, perkataan 'mungkin' akan memberi justifikasi yang berbeza kerana ia bersifat seperti ramalan atau jangkaan sahaja.

Siapa Dr Porntip Rojanasunan sebenarnya?

Seorang ahli patologi atau bomoh siam?



"Spirits of the dead keep protecting me," said Dr Porntip, known in Thailand as Doctor Death."

"After examining more than 10,000 corpses in her 30-year career, Thailand's leading forensics expert Porntip Rojanasunan says she believes the spirits of the dead have become her guardian angels. (klik sini)

Monday, October 19, 2009

16 Sept : Terima kasih DS Najib, 'Terima kasih' DS Anwar

Kepada DS Najib....


Terima kasih kerana mengisytiharkan cuti umum pada 16 September setiap tahun sempena Hari Malaysia !

Terima kasih kerana memperingati tarikh bersejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat !

Terima kasih kerana 16 September akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosiobudaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia !

Terima kasih kerana 16 September menunjukkan kesungguhan anda untuk merealisasikan aspirasi gagasan 1Malaysia iaitu perpaduan nasional !

Terima kasih kerana pengisytiharan cuti umum tersebut merupakan penghargaan yang sangat besar kepada Sabah dan Sarawak.



Kepada DS Anwar...




Terima kasih kerana menjadikan 16 September sebagai 'September fool'.

Anwar Ibrahim “Gulingkan” Badawi Tanggal 16 September

JAKARTA, SABTU — Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, tetap pada target awalnya untuk menggulingkan pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi. Anwar menetapkan batas 16 September sebagai batas akhir baginya untuk “mengistirahatkan” Badawi.

“Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar mengawali pidatonya dalam silaturahmi dengan ICMI di Menara Bank Mega, Jakarta, Sabtu (6/9).

(Laporan wartawan Kompas.com, Inggried Dwi Wedhaswary 6 September 2008)



Dan ternyata...

16 September memberi dua makna yang berbeza.

Untuk rakyat Malaysia yang mudah lupa.. dan terus melupa dan lupa..cuti 16 September setiap tahun akan memberi peluang kepada anda untuk mengingati dan menginsafi dua peristiwa bersejarah tersebut.

Sunday, October 18, 2009

Zaid Ibrahim..siapakah yang anda maksudkan?

PKR bergolak lagi!!

Sebuah 'filem terbaru' dibintangi oleh Zaid Ibrahim sedang rancak dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Filem keluaran PKR ini dipercayai sedang bersaing sengit dengan filem-filem yang sedang ditayangkan di panggung antaranya filem Papadom(Malay), Pandorum(English), Tsunami At Haeundae(Korea) dan Surrogates(English).
Siapa yang tidak kenal dengan Zaid Ibrahim. Seorang bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket Barisan Nasional. Kemudian dilantik sebagai anggota Kabinet atas kapasiti sebagai senator oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Bagaimanapun pada 15 September tahun lalu, Zaid mencetuskan kontroversi. Bertindak meletakkan jawatannya dalam Kabinet selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wartawan di bawah ISA.
Malah, beliau yang ketika itu masih masih 'menyarung' jersi Umno dilihat secara terbuka menghadiri majlis parti pembangkang. Dan seperti yang dijangka beliau menerima akibat yang selayaknya iaitu dipecat daripada Umno pada 2 Disember kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan etika parti.
Akhirnya pada hari Sabtu bertarikh 13 Jun 2009, Zaid mengambil keputusan 'menyarung' jersi PKR kerana yakin dan percaya "dengan perjuangan parti berbilang kaum."
Pelik, pada ketika itu Zaid baru percaya kepada perjuangan PKR itu. Walhal sudah lebih 8 tahun PKR ditubuhkan. Kenapa Zaid tidak menyertai PKR dari awal, tetapi menunggu pula saat 'bila sudah tiada payung untuk berlindung'.

Sebaik sahaja diterima masuk ke dalam PKR, Anwar terus melantik Zaid juga sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan Biro Politik PKR. Timbul persoalan, adakah perlantikan tersebut dipersetujui oleh semua MPT Keadilan?
Seterusnya, Zaid melalui hari-hari mendatang sebagai 'orang kuat' PKR. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kontroversi lagi !!
Pada 17 Oktober 2009, Zaid mengumumkan bahawa beliau mengambil "cuti politik" selama enam bulan selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah. Itu arahan bos. Mungkin Zaid perlu mematuhinya sebagai tanda patuh dan setia.
Rupa-rupanya itu bukan keputusan Anwar seorang, adalah difahamkan bahawa hasrat Zaid untuk ke Sabah tidak direstui oleh seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Sabah. Ekoran daripada itu, Anwar telah menasihati Zaid supaya tidak pergi ke Sabah. Kasihan Zaid tapi beliau apa peduli.
Zaid tetap ke Sabah. Beliau ditemui ketika menghadiri satu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru di sini.
Ternyata Zaid tidak takut walaupun telah melanggar arahan bosnya itu.
Seperti hubungan seorang bapa dengan anak, pasti timbul perbezaan pendapat atau sedikit pertelingkahan. Itu perkara biasa. Masalah yang wujud antara bapa dan anak boleh diselesaikan atas dasar dan prinsip kekeluargaan.
Begitu juga dengan Zaid. Kenyataannya bahawa ''perkara itu akan dijelaskan kemudian'', memberi maksud yang Zaid ada cara tersendiri untuk menangani masalah antara beliau dengan Anwar.
Terbaru, ketika Zaid berada di Sabah, beliau mendedahkan terdapat kewujudan kumpulan tertentu yang cuba mendominasi PKR dengan agenda-agenda tertentu.
"Jangan terbawa dominasi kumpulan tertentu, ada yang masuk politik kerana bercita-cita mahu kaya, mahu jadi wakil rakyat atau Perdana Menteri," katanya.
Oh...rupa-rupanya bukan lagi individu yang cuba mendominasi PKR, tapi sudah menjadi sebuah kumpulan.
Siapakah individu/kumpulan yang Zaid dimaksudkan itu?
Sumber

Saturday, October 17, 2009

Ohhh..ada orang buang bayi di negeri 'Serambi Mekah'!!!


Oiiii...cuba baca berita ini. Gua petik dari laman web harakahdaily bertarikh 22 Feb 2008.

Awang Adek mahu jadikan Kelantan 'Serambi Maksiat'?


Nama Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek Hussin disebut-sebut semalam sebagai 'bakal Menteri Besar' jika Umno/BN berjaya menawan Kelantan.
Gah bunyinya, lantang slogannya mahu menawan Kelantan setelah 18 tahun PAS menerajui negeri 'Serambi Mekah' itu dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa sebarang rasuah mahupun penyelewengan yang dilaporkan.
Rakyat Kelantan sendiri seakan sudah 'lali' dengan pemerintanan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikenali dengan panggilan 'Tok Guru' di sana.

Umno mahupun PAS, semua menghormati 'Tok Guru'.Cuma beberapa kerat dari kalangan kelompok yang 'gilakan' kuasa mahu melihat Kelantan kembali menjadi seperti negeri-negeri lain di Semenanjung yang ditadbir BN.

Paling menarik, 'Tok Guru' cukup dikenali kerana mengimami solat dan menyampaikan tazkirah setiap Jumaat di Kelab PAS Kota Bharu.

Kelantan dan negeri-negeri lain cukup berbeza, dari sudut budaya, adat setempat mahupun kegiatan ekonominya.Ramai yang menyatakan bahawa Kelantan sebuah negeri yang 'miskin' namun berapa kerat sahaja yang berkeadaan demikian di sana berbanding di Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor mahupun Kuala Lumpur sendiri.

Kelantan sendiri bukanlah negeri yang tertinggi dalam statistik kemiskinan tegar.Tabiat rakyat Kelantan sendiri sebenarnya tidak memungkinkan mereka 'jatuh papa' kerana mereka amat dikenali dengan masyarakat yang pandai berniaga.

Justeru kemiskinan yang biasanya dikaitkan dengan Kelantan oleh media-media pro BN hanyalah 'retorik' kerana jika ada kalangan rakyat Kelantan yang miskin sekalipun, bukanlah kerana dasar Kerajaan Kelantan sebaliknya kerana 'kemalasan' individu.

Bumi Kelantan cukup subur dengan aktiviti perniagaan makanan, boleh dikatakan Kelantan adalah hub makanan murah.Sebut sahaja Kelantan, kalangan 'orang luar' mesti terbayang akan keseronokan menjamu makanan murah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Malangnya kini kelompok tertentu di kalangan orang yang cintakan 'kuasa' mahu mengubah lanskap masyarakat di Kelantan.Pengaruh Islam Hadhari yang menjadikan Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 'syurga' maksiat mahu dibawa ke Kelantan.

Mereka ini loghatnya sama seperti loghat orang Kelantan, namun jiwa besar mereka untuk merampas Kelantan bagi mendapatkan kuasa membuatkan semua ini dilupakan.

Usaha itu jika setahun dua yang lalu dikepalai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa, tetapi kini kelompok pengampu mula mengangkat Awang Adek sebagai 'wira sebelum menang' untuk dinobatkan kononnya sebagai Menteri Besar.

Melihat ketokohan, sesungguhnya Awang Adek bukanlah sebenarnya tokoh yang sepatutnya diketengahkan untuk jawatan sebesar itu.Di peringkat Parlimen sendiri, Awang Adek bukanlah 'ayam sabung' yang mampu menaikkan imej Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun selayaknya Awang Adek diangkat menjadi calon MB yang dikriteriakan oleh PM kerana, Awang Adek memiliki gaya 'mengantuk' sama seperti PM.
Di Parlimen beliau jarang menjawab bagi pihak kementeriannya, sebaliknya Dato' Dr Hilmi Yahya (Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan) adalah orang yang paling kerap menjawab soalan bagi pihak kementeriannya.

Awang Adek adalah seorang anak Kelantan bekas Penolong Gabenor Bank Negara. Beliau memiliki kelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Tetapi sejak menyertai Umno dan duduk di bawah selimut parti itu, kelihatan tuntutan politik kadangkala mengatasi ilmu dan daya intelek beliau.

Sebelum ini ketika Kelantan melancarkan Emas Dinar nya pada bulan September 2006, Awang Adeklah antara pemimpin Umno yang terawal memperlekeh dan memandang rendah usaha kerajaan negeri PAS itu.

Rekodnya di Parlimen Bachok sendiri kurang memuaskan memandangkan ada juga rungutan kalangan rakyat di sana tentang ketidakprihatinannya terhadap masalah rakyat setempat.

Kemegahan beliau terhadap Islam Hadhari yang dicipta 'imam Umnonya' sedikitpun tidak pernah menjadikan azimat kepadanya untuk memperbetulkan kepincangan 'akhlak' di kalangan pemimpin Umno/BN yang terpalit dengan skandal peribadi.

Pernahkah rakyat Kelantan melihat Awang Adek menjadi penyampai tazkirah setiap minggu atau setidak-tidaknya memimpin solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib atau Isya' setiap hari seperti yang dilakukan 'Tok Guru'.

Rasuah yang membarah di bawah kerajaan kepimpinan 'Imam Hadharinya' tidak pernah cuba diperbetulkan Awang Adek, sebaliknya beliau bercita-cita besar untuk menawan Kelantan yang sudah dikenali sebagai 'Serambi Mekah'.
Jika suatu ketika dahulu sewaktu BN memerintah Kelantan, adakah rakyat Kelantan merasai nikmat pembangunan yang melimpah-limpah?Adakah ketika itu tiadanya orang miskin di Kelantan?

Adakah hanya dengan kehadiran Awang Adek boleh menjadikan Kelantan sebagai 'syurga' dunia kepada sang miskin untuk bertukar menjadi orang kaya?
Secara logiknya, kehadiran Awang Adek membawa idea Islam Hadhari dengan pembangunan mengkayakan kroni sebenarnya hanya akan merosakkan rakyat Kelantan.

Lihat sahaja Terengganu, selepas BN menang besar mereka membawa pembangunan ke sana.Namun siapa yang merasa nikmat pembangunan itu kalau hanya segelintir kroni Perdana Menteri sahaja yang membolot semua projek di sana.

Nama Patrick Badawi tentunya tidak asing di Terengganu kerana bukan sahaja projek biasa yang diperolehinya, pembinaan Masjid Kristal juga diberikan kepada kroni 'bukan Islam' itu.Akhirnya masjid tersebut tidakpun diimarahkan seperti masjid-masjid kecil di Kelantan, sebaliknya hanya menjadi kemegahan sahaja.

Adakah rakyat Kelantan mahukan 'masjid' yang dijanjikan BN untuk dibina di sana turut disapu oleh Patrick Lim dan akhirnya hanya menjadi 'halwa mata' tanpa boleh diguna rakyat marhaen. Justeru impian Awang Adek dan konco-konconya untuk menawan Kelantan perlu dilihat rakyat negeri itu dengan teliti.Jika pembangunan 'ala Umno' yang dibawa tidak mustahil Kelantan akan menjadi 'Serambi Maksiat' seperti negeri-negeri lain milik Umno.

Jangan terpedaya dengan gendang 'palsu' yang dipalu Awang Adek dan konconya tatkala rakyat patutnya berbangga Kelantan sudah dikenali dengan 'Serambi Mekah'.

sumber - Harakahdaily

Yaaa...memang betul. PAS berbangga kerana negeri mereka dikenali dengan 'Serambi Mekah'.

Tapi itu retorik!

Bila UMNO berusaha untuk memerintah Kelantan, PAS cuba meracuni rakyat dengan mengatakan bahawa UMNO akan menjadikan negeri Kelantan sebagai negeri 'Serambi Maksiat'.

Oiiii...PAS Kelantan, kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih !!

Cuba baca berita terbaru ini....


Kariah masjid Telipot gempar temui bayi baru lahir

KOTA BHARU 17 Okt — Penduduk kariah Masjid Telipot di sini gempar dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, yang ditinggalkan di wakaf (tempat rehat) perkarangan masjid itu pagi ini.

Bayi yang hanya berselimutkan tudung wanita itu ditemui masih bertali pusat dengan keadaan badannya menjadi biru dipercayai akibat kesejukan.

"Bayi perempuan itu ditemui sepasang suami isteri yang sedang berehat di wakaf tersebut pada kira-kira pada pukul 8 pagi,” kata seorang petugas masjid, Khadijah Yazid, 51, kepada pemberita di sini.

"Ketika itu puluhan kariah masjid yang lain sedang khusyuk mendengar kuliah agama, saya kemudiannya ambil tuala mandi saya dan selimutkan bayi itu,” tambahnya.

Katanya ketika ditemui bayi itu dalam keadaan merengek dipercayai sedang kelaparan, dan pihak masjid terus menghubungi polis yang datang setengah jam kemudiannya untuk menghantar bayi itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Jurucakap hospital itu ketika dihubungi berkata bayi berkenaan yang hanya seberat 1 kilogram dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Sementara itu seorang lagi pekerja masjid, Ali Abdullah, 65, berkata tiada siapa pun anggota kariah masjid itu yang perasan siapa yang meletakkan bayi berkenaan di situ pada kira-kira pukul 8 pagi.

Sumber - Utusan Melayu

Oiii PAS Kelantan, cermin-cerminlah diri. Apa dah jadi dengan negeri 'Serambi Mekah'. Sekali anda hipokrit, ternyata hipokrit selamanya !!!!