Satu bola telah dilontarkan dalam padang.
Sambutan terhadap bola tersebut meriah. Satu stadium bersorak.
Penyokong terbahagi dua. Macam home dan away.
Suasana stadium gegak gempita tapi mujurlah tidak runtuh macam stadium di Terengganu.
Media cetak dan elektronik pun turut sama teruja. Muka surat satu cerita pasal bola, muka surat dua dan tiga pun begitu juga. Tetap cerita pasal bola.
Bukan sehari, tapi seminggu cerita pasal bola ni dipaparkan dalam media.
Tapi tidak mengapa. Cerita panas ini bikin surat khabar jadi laku.
Orang yang melontar bola tersebut ke dalam padang senyum. Senyum tanda puas. Tapi penyokong masih belum sedar apa maksud tersirat orang yang melontar bola itu.
Mereka masih asyik menonton bola. Bila suka mereka puji, bila tidak suka mereka boo.
Ada dua pemain yang perform bagus dalam padang. Sorang namanya N dan sorang lagi namanya M. Mereka rajin menyerang dan bertahan. Bersungguh-sungguh merebut bola tadi. Aksi keras dan agresif mereka mewarnai saingan.
Anehnya, lagi rancak permainan berlangsung, lagilah senyum dan ketawa orang yang melontarkan bola itu tadi. Baginya, lagi bagus jika mereka bermain bola hingga cedera, ataupun hingga menyebabkan penonton merusuh dalam stadium seperti perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan N9 bulan lalu.
Hati orang itu berbisik ”mudahnya untuk memperdaya, cuma dengan satu bola sahaja”.
Dan bola itu adalah BTN.
3 comments:
Yang berada di luar stadium pula kecewa dan sedih menyaksikan perbalahan yang amat merugikan ini.
Sedarlah sebelum terlambat...
-anti holligan
kerana BTN, Nazri dan Mahathir bergaduh...
aku tak heran kalau nazri nak kata BTN racist. Tapi tak betul si nazri tu bila kata Tun Mahathir Racist. Tun dah acap kali di hina oleh nazri ni. Kurang ajar tak bertempat.
bahaya umno yang sebegini. Macam ada pakatan dengan anwar pulak. abih la umno mcm nih... org macam nazri dalam umno, mmg habis lah... blogger pun tak dapat nak kempen dah...aku risau jika nazri ni ada link dengan anwar. Nazri jaga badan kehakiman. Kea liwat saiful tu macam mana? Ni yang aku cukup risau jika keadilan tidak dapat berjalan dengan betul.
org macam nazri ini le yg antara perosak maruah umno dan melayu... taj reti hormat tun... pada hal nazri punya le bodek gila dgn tun dulu... btn tak racist pun... semua mengikut kehendak yg termaktub dlm perlembagaan... inilah antara duri dlm daging...Tahu tak dia betapa RACIST nya CINA DAN INDIA di MALAYSIA ini. Sekarang ini LIM KENG TAIK pula buat hal buat kenyataan menghasut... nazri aziz tu klu org atasan dia suruh mkn taik pn dia makan...dah lahir kaki bodek...tetap kaki bodek...
Post a Comment