Saturday, December 5, 2009

Tahniah Celcom anda kembali nombor satu tapi...




Adalah dikhabarkan bahawa Celcom(M) Bhd semakin hampir untuk menguasai semula kedudukan nombor satu dalam pasaran telekomunikasi di negara ini.


Tahniah !


Celcom kini berjaya mencapai jumlah pelanggan seramai 10 juta, meningkat lima peratus bagi prestasi suku tahun dan sebanyak 23 peratus berdasarkan perbandingan tahun ke tahun.


Tahniah !


Celcom juga mencatatkan keuntungan selepas cukai dan faedah minoriti (PATAMI) tertinggi berjumlah RM404 juta suku ketiga berakhir 30 September lalu, merupakan pertumbuhan sebanyak dua digit iaitu 10 peratus dalam perbanding suku-ke -suku.


Tahniah !


Celcom kini memberi tumpuan penuh untuk mempromosi perkhidmatan jalur lebarnya untuk mencapai sasaran pelanggan sebanyak satu juta pada 2010.


Tahniah, tapi....


Mohon supaya kualiti perkhidmatan Celcom dipertingkatkan. Terutamanya servis jalur lebar kerana perkhidmatan ini kerap menguji kesabaran saya sebagai pelanggan broadband yang membayar pakej RM99 setiap bulan. Pernah sekali mengadu kepada Celcom Careline di talian 111 dan jawapan yang diterima adalah "peningkatan kadar pengguna di tempat encik menyebabkan berlaku kesesakan dalam mendapatkan signal jalur lebar". Dan saya dicadangkan pula untuk menukar signal broadband kepada GSM. Lagi la slow kalau macam ni....

Celcom sepatutnya memberi rebat kepada pengguna jika berlaku masalah teknikal di pihak Celcom yang menyebabkan pengguna tidak menerima perkhidmatan yang setimpal dengan bayaran yang dibuat. Pengguna sanggup bayar mahal dengat syarat perkhidmatan adalah terbaik.

Semoga Celcom terus sukses !

5 comments:

#A.S.G# said...

baik pakai maxis atau digi broadband. dgn maxis pakej RM78 bleh dapat speed yang memuaskan hati. dulu pakai jgk celcom, tp dah fedup slalu lembab sgt terus tkr maxis.

Nasionalis1982 said...

Syazli,

Mmg berhasrat nak tukar ke maxis atau digi. Tapi terikat pulak dgn kontrak selama setahun setengah. May 2010 baru abis.

Anonymous said...

jangan lupe rendam dalam laut...hehehe...kalau boleh rendam kat laut dalam...kat laut Hindi ke, lautan pasific ke....kekekkekeke....Ombakkkkkkkkkk.......

Nasionalis1982 said...

oit..dengki sama wa...lalikkkkkkk

TM user said...

celcom,maxis,Digi, P1 (terbaru)..akan mengalami nasib yang sama dengan celcom bila mana pelanggan semakin bertambah. believe me...
umpama highway 3 lorong yang laluannya penuh dengan kereta-kereta..jam kan?pasti trafic jam!

ubahlah ke streamyx broadband under TM..pasti anda tidak kecewa...
akan datang highway(laluannetwork) yg TM ada akan diupgade sehingga mencecah 100MBps....rugi jika tidak apply TM produk...yg sudah lama(experiance).....