Wednesday, November 30, 2011

Lisa Surihani & Zed Zaidi : Persidangan UMNO


What are the differences between Bill Clinton and Anwar Ibrahim?

Clinton Vs. Anwar

What are the differences between Bill Clinton and Anwar Ibrahim?

1.Bill Clinton is a President of USA!
Anwar Ibrahim is a resident of ISA!

2.Bill Clinton's favorite tune is sax and symphony!
Anwar Ibrahim's favorite tune is sex and sodomy!

3.Bill Clinton's favorite phrase: Kneel over!
Anwar Ibrahim's favorite phrase: Bend over!

4.Bill Clinton plays saxophone!
Anwar Ibrahim plays sex-at-home!

5.Bill Clinton was shamed by ML (Monica Lewinsky)
Anwar Ibrahim was shamed by MM (Mahathir Mohamed)

6.Anwar Ibrahim's outcome: Demo riots
Bill Clinton's outcome: Demo tapes

7.Bill Clinton got a blow job!
Anwar Ibrahim got a screw job!

8.Anwar Ibrahim was upset by press report!
Bill Clinton was upset by Starr report

This joke was supplied by Asian Joke.com !

DAP ganti PAS

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada orang Melayu bahawa Pas sama sekali tidak boleh menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan PAS.

Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan orang Melayu jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang hanya mahukan mereka menjadi kuda tunggangan untuk menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas," tegas beliau.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Dalam ucapan bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad' itu, Muhyiddin seterusnya mengingatkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

Kata beliau: "Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.

"Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan bumiputera."

Tuesday, November 29, 2011

PANAS !! Perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Haram live dari Dewan Rakyat

PANAS !! Saksikan perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Haram 2011 secara live streaming dari Dewan Rakyat.

Perhimpunan Agung UMNO 2011 : Kami ucapkan selamat bersidang



Mulai hari ini sehingga Sabtu, akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2011. Seluruh ahli UMNO dari pelbagai cawangan, bandar, pekan, kampung atau FELDA, akan bertemu di berhimpun di dewan keramat PWTC. Sepanjang tempoh ini, kita akan melihat kekuatan orang Melayu bersatu di bawah satu payung bernama UMNO.

Percaya atau tidak, perhimpunan Agung UMNO amat dinantikan-nantikan oleh rakyat di luar sana. Mereka akan mengikuti dan memerhati dengan penuh minat ucapan dan perbahasan ahli-ahli UMNO.


Kami mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan serta pemerhati yang akan hadir.
Teruskan tradisi membela rakyat.

Kami tidak ingin menjadi penyokong hipokrit yang mana 'LANGSUNG TIDAK BOLEH BERSUARA' mengkritik.

Sebelum menulis lanjut, ingin kami nyatakan disini bahawa sokongan kami kepada pasukan bolasepak Malaysia adalah sokongan sepanjang zaman.

Kami tetap berdiri teguh dibelakang ketika pasukan kalah atau menang.

Namun demikian, kami tidak ingin menjadi penyokong yang hipokrit yang mana 'LANGSUNG TIDAK BOLEH BERSUARA' mengkritik pasukan kebangsaan.

Terbaru, ramai yang marah bila akhbar Kosmo letakkan tajuk 'Harimau Muda malukan negara, tewas 2-3 kepada Bahrain.' Malah, ada yang berkempen untuk boikot akhbar Kosmo. Kenapa?

Sebelum perlawanan, Harimau Muda yakin menang. Jurulatih pun yakin menang. Penyokong pun turut sama yakin, kita boleh menang!

Namun apa yang berlaku?
Kita mendahului 2-0 dan Bahrain bermain 10 orang sejak minit ke 60. Ketika perlawanan memasuki 10 minit terakhir, keadaan dah jadi tak tentu arah. Akhirnya kita bolos 3 gol dan kalah 2-3. Tiga mata hampir dalam gengaman tapi hilang begitu saja.

Mana satu kekalahan yang lebih bermaruah? Kalah 0-3 atau kalah 2-3(lawan 10 orang)? Apa yang Kosmo tulis itu betul dan setuju. Ia amat memalukan negara.



Cukuplah kita diawang-awangan ketika memenangi pingat emas suka SEA di Indonesia. Itu sudah tercatat dalam sejarah. Bangkitlah Harimau Malaya!

Sunday, November 27, 2011

Misi hidup mati Harimau Muda. Bertemu Bahrain malam ini.




Malam ini akan berlangsung perlawanan ketiga kelayakan olimpik bagi zon asia. Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain di Stadium Bukit Jalil.

Untuk rekod, Malaysia telah tewas dalam perlawanan pertama kepada Jepun(2-0) dan Syria(0-2).

Skuad Harimau Muda sudah menempuh perjalanan begitu jauh untuk sampai ke peringkat ini. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ayuh Harimau Muda! Dapatkan kemenangan untuk Malaysia malam ini. Jangan biarkan misi ke Olimpik 2012 London berkubur begitu saja.




Saturday, November 26, 2011

KR1M tidak akan saman Tony Pua dan Nurul Izzah?



Baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa
susu segar Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) adalah selamat dan dakwaan bahawa ia tercemar dengan e-coli adalah terbukti tidak benar dan salah.

Untuk makluman anda semua, individu yang membuat dakwaan berkenaan adalah Tony Pua dan Nurul Izzah.

Kami cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak KR1M melalui twitter. Adakah mereka akan menyaman individu-individu berkenaan? Lebih-lebih lagi dakwaan yang dikeluarkan oleh mereka itu boleh mencalar nama baik KR1M dan DS Najib selaku pencetus idea kedai runcit rakyat.


Dan berikut adalah jawapan pihak KR1M. Mereka TIDAK AKAN MENYAMAN individu-individu berkenaan kerana saman menyaman bukan cara terbaik menyelesaikan masalah.


Kami bimbang jika tindakan selanjutnya tidak diambil, akan mengundang lebih banyak dakwaan yang tidak benar dan berniat jahat. Maklumlah, manusia sekarang ramai yang macam syaitan. Perasaan hasad dengki memanjang.

Namun begitu, kita wajar menghormati pendirian yang telah diambil oleh pihak KR1M berhubung isu ini.

Friday, November 25, 2011

KR1M - Dakwaan Tony Pua tidak benar. Ini buktinya!

Klik imej untuk gambaran lebih jelas

Pada 11 November lalu, Tony Pua mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) telah dicemari dengan e-coli.

Menurut laman FB KR1M, KKM telah mengesahkan kandungan vitamin A dalam produk susu tumbesaran yang dijual di KR1M tidak melebihi had maksimum yang ditetapkan dibawah Peraturan Makanan 1985. 4 sudu susu tepung bersamaan dengan 30 gram vitamin A dan bukannya 1 sudu bersamaan 30 gram seperti yang dinyatakan oleh Tony Pua.

Oleh yang demikian, susu segar KR1M adalah selamat dan dakwaan bahawa ia tercemar dengan e-coli adalah terbukti tidak benar dan salah.

Namun demikian, kami masih menanti tindakan selanjutnya daripada pihak KR1M. Bila nak saman pihak yang membuat tuduhan tidak benar itu? Kenapa masih berlengah?

PKR : Anwar Ibrahim adalah PM Ketujuh Malaysia


Azmin Ali kata Anwar akan jadi PM Ketujuh Malaysia.

Apa kata PAS?
PAS akan cakap itu pandangan peribadi Azmin.

Apa kata DAP?
DAP akan cakap isu siapa bakal PM belum dibincangkan antara ahli Pakatan.

Apa kata penyokong Pakatan?
Siapa pun takpa asalkan bukan UMNO waima ianya seekor monyet.
Yang penting, asalkan bukan UMNO!

Masing-masing keliru.
Siapa bakal PM yang sebenarnya jika Pakatan memerintah Malaysia?

Anwar Ibrahim terus burukkan Malaysia di Indonesia

ANWAR Ibrahim menyampaikan ceramah dalam satu forum di hadapan sekumpulan pelajar Indonesia di republik itu pada 30 Julai lalu.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.

‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.

‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.

Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya. (SUMBER-UTUSAN)

Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh beritahu orang luar negara sistem kehakiman negara tidak adil. Tapi dia tak nak pulak cerita ...
- pernah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat 1998,
- dia ada ramai peguambela yang hebat,
- kes liwat ditunda berpuluh-puluh kali,
- memberi keterangan dari kandang tertuduh dimana pihak pendakwa tidak boleh menyoal balas,
- mengulas kes liwat di atas pentas ceramah politik ketika perbicaraan sedang berlaku di mahkamah
- boleh membawa saksi yang hebat dari luar negara seperti pakar forensik dari Australia
- masih bebas bergerak ke luar negara kerana passportnya tidak ditahan
- bebas mengulas kes liwat di dalam blog dan twitter secara live dari kandang tertuduh
- mahkamah membenarkan permohonan Anwar bagi menjalankan pendakwaan secara tertutup

Macam mana hubungan Malaysia - Indonesia tidak selalu bergolak, sebab ada duri dalam daging.

Thursday, November 24, 2011

Tony Pua harus dedahkan laporan dua makmal mengenai susu segar e-coli


Pada 11 November yang lalu, Tony Pua mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) telah dicemari dengan e-coli. Ia berdasarkan kepada ujian makmal bebas yang dilantik oleh Pakatan Rakyat. (Sumber)

Walaubagaimanapun, Tony Pua ENGGAN MENDEDAHKAN nama makmal yang menjalankan ujian berkenaan kononnya takut kalau makmal berkenaan menghadapi ketika masalah mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan susu segar KR1M dicemari e-coli. (Sumber)

KKM mengesahkan kandungan vitamin A dalam produk susu tumbesaran yang dijual di KR1M tidak melebihi had maksimum yang ditetapkan dibawah Peraturan Makanan 1985. Hasil pemeriksaan di kilang yang mengeluarkan produk berkenaan mendapati kandungan vitamin A dalam produk tersebut tidak melebihi had 5,000 I.U(unit antarabangsa) dalam setiap hidangan seharian.

Kami minta Tony Pua dedahkan secara terbuka laporan kedua-dua makmal yang dilantik oleh Pakatan. Buktikan kepada rakyat dengan data dan maklumat yang kamu ada. Buat apa nak takut?

Wednesday, November 23, 2011

Malaysia vs Syria : Saksikan secara live streamyx


Kelayakan Olimpik 2012
Malaysia vs Syria
Kick Off : 8.45pm waktu tempatan

Pasukan Harimau Muda kembali berjuang atas padang. Memori indah Sukan Sea Indonesia wajar diletak tepi terlebih dahulu. Sekarang adalah masa untuk fokus kepada misi Olimpik 2012.

Kepada anda yang tidak dapat menonton perlawanan ini di kaca televisyen, tidak mengapa. Anda boleh tonton secara live streamyx.

Tuesday, November 22, 2011

Gelora Bung Karno ditakluk nyanyian lagu Negaraku



Lagu Negaraku berkumandang megah di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. SYABAS !! Time ni berapa ramai antara kita yang mengalir air mata di depan kaca televisyen?

Monday, November 21, 2011

Pemimpin mungkir janji - Adakah PAS buta?

PAS kata rakyat benci pemimpin yang mungkir janji.
Memang betul..kami pun setuju. Pemimpin yang mungkir janji harus dibenci.

Tapi PAS hanya nampak kelemahan pihak lain.
Kelemahan di pihak sendiri dia buat-buat tak nampak.

Tak pernah pulak PAS tegur kepimpinan Pakatan Rakyat yang jelas mungkir janji.
Ambil contoh Kampung Buah Pala. Lihat apa janji Anwar Ibrahim kepada penduduk-penduduk di situ.

Sekarang apa sudah jadi?

Dalam isu ini, PAS nampaknya double standard, hipokrit dan berpura-pura.



Saturday, November 19, 2011

Tonton perlawanan bolasepak Malaysia-Myanmar di laman ini


Perlawanan Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA

Malaysia vs Myanmar
Kick Off : Jam 5 petang

Selamat berjuang skuad Harimau Muda.
Misi untuk mempertahankan pingat emas.

Jom tonton secara live di laman streaming TV1.
KLIK SINI

Friday, November 18, 2011

Ini namanya pengecut @ tiada egg !!


Tiap-tiap hari puak inilah yang sibuk berpolitik.
Dari siang ke malam, malam ke pagi, pagi ke siang, politik memanjang...

Hari ini, berceramah politik di Shah Alam.
Hari kedua, berceramah Klang.
hari ketiga, di Meru.
Hari keempat, berceramah pula di Kota Damansara.
Dan begitulah untuk hari seterusnya.
Seola-olah macam esok adalah pilihanraya umum.

Nampak gaya, puak ini amat kemaruk nak berkuasa, tapi takut jika hilang kuasa.
Sebab itulah bila ditanya 'adakah kamu sanggup nak bubar DUN jika parlimen dibubar', banyak pulak alasan yang puak ini bagi.

Cuba kita tengok kerajaan PAS Kelantan. Sejak tahun 1990, Nik Aziz bubar DUN Kelantan serentak dengan pembubaran parlimen. Takde nak tangguh-tangguh. Takde nak bagi seribu satu alasan. Akhirnya PAS jadi kerajaan jugak di Kelantan jugak sehingga sekarang.

Jangan cerita banyak la wahai MB Selangor. Kalau dah pengecut tu pengecut jugak...

Thursday, November 17, 2011

Hasad Dengki : Cara 'IBLIS' binasakan Kedai Rakyat 1Malaysia

Kita semua sudah maklum pasaraya dan kedai runcit di luar sana dimiliki oleh tokey-tokey besar. Tokey-tokey ini ada kuasa untuk tentukan turun naik harga. Jadi, yang jadi mangsa adalah rakyat. Rakyat terpaksa bayar pada harga yang mahal untuk membeli sesuatu produk.

Imej kerajaan juga terjejas. Kononnya kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barang atau inflasi. Akhirnya, rakyat marah dengan kerajaan.

Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil langkah mulia dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Tujuannya adalah untuk bantu mengurangkan beban rakyat. Kerajaan tawarkan produk pada harga yang berpatutan. Kualiti juga setanding dengan produk di pasaraya milik tokey-tokey besar.

Dalam diam, ada pihak tak senang dengan kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia. Hati orang-orang ini penuh dengan hasad dengki. Mereka tak mahu lihat rakyat dibantu oleh kerajaan. Mereka ini boleh diumpakan sebagai iblis kerana perangai pun sebijik macam iblis.

Jika rakyat beroleh kegembiraan, mereka akan bersedih hati. Jika rakyat dan Kedai Rakyat 1Malaysia mendapat bencana, maka mereka akan gembira.

Iblis pernah mengungkap rahsia strateginya untuk membinasakan manusia, yakni dengan menanamkan sifat dengki (hasad, iri hati) dan serakah dalam diri manusia. “Wahai Nuh, aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara. Pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka, dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat Allah dan dijadikan sebagai syaitan terkutuk. Dan karena serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di surga sehingga ia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari surga,” kata iblis.

“Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya…” (Q.S. 3: 120).

“Janganlah kalian saling benci, jangan bersikap hasad, jangan saling membelakangi, dan jangan bermusuhan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang besaudara!” (H.R. Bukhari dan Muslim).

Sikap hasad ini berbahaya karena dapat merosak nilai persaudaraan atau menumbuhkan rasa permusuhan secara diam-diam. Hasad juga dapat mendorong seseorang mencela, menjelek-jelekkan, dan mencari-cari kelemahan atau kesalahan orang lain dan menimbulkan prasangka buruk (suudzan).

Wednesday, November 16, 2011

Penduduk Kelana Jaya terkilan

INILAH padang Kompleks Sukan PKNS di SS7, Kelana Jaya yang hendak dihapuskan dan tapaknya dibangunkan dengan projek pangsapuri dan pusat komersial.

“Kami terkejut dengan perkembangan terbaharu ini dan amat kecewa serta terkilan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana usaha membangunkan padang PKNS ini mendapat bantahan keras daripada penduduk di sini.”

Itulah reaksi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya, Datuk Zul Mukshar Md. Shaari terhadap kenyataan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid, yang tetap berkeras mahu meneruskan projek pembinaan pangsapuri dan pusat komersial di tapak Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.

Menurut beliau, Selangor merupakan sebuah negeri yang kaya serta maju dan pemimpinnya sepatutnya mampu mencari tapak alternatif bagi menjayakan projek pembangunan seumpama itu, tetapi bukanlah di tapak Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya yang menjadi kegunaan rakyat sejak 30 tahun lalu.

“Saya amat yakin dengan kemampuan negeri Selangor, jadi mustahil Abdul Khalid tidak boleh mencari cara dan tapak lain untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat.

“Kenapa padang PKNS yang sudah mencatat pelbagai sejarah ini yang menjadi mangsa?” tegas beliau. Sumber - Kosmo

Apa cerita penduduk di Kelana Jaya? Ada rasa-rasa menyesal sebab bagi undi sama Pakatan Rakyat dalam PRU 2008 dulu?

Penduduk dakwa PKNS tamak


Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghapuskan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya di sini dengan menjadikannya tapak tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat mendapat tentangan kuat daripada penduduk setempat.

Mereka menyifatkan PKNS bukan sahaja tamak haloba malah sudah hilang pertimbangan kerana pembangunan di kawasan seluas 7.5 hektar di SS7, Kelana Jaya itu dijangka mengundang pelbagai masalah kelak seperti kesesakan jalan raya, gejala sosial, jenayah dan kesan negatif alam sekitar.

Lebih 10,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut dikatakan sangat kecewa dengan keputusan agensi milik kerajaan negeri Selangor itu dan mahu cadangan tersebut dihentikan.

Seorang penduduk yang sudah menetap di situ sejak 19 tahun lalu, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 40, berkata, PKNS telah diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengurus harta yang dimiliki oleh rakyat.

“Nampaknya PKNS tidak ada integriti langsung kerana sanggup memperdayakan rakyat mengatakan mereka hendak membina sebuah bandar sukan tetapi motif sebenar adalah keuntungan materialistik.

“Saya harap kerajaan negeri menilai semula kedudukan PKNS ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengajar mereka pada pilihan raya umum nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kelana Jaya semalam.

Isu projek pembangunan di kawasan tersebut mula mendapat bantahan penduduk pada Oktober lalu kerana kompleks sukan yang berusia lebih 30 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi. - Kosmo

PKNS dibawah telunjuk siapa? Menteri Besar.

Menteri Besar dibawah telunjuk siapa? Penasihat Ekonomi Negeri bernilai RM Seringgit.

Penasihat Ekonomi Negeri tu ikut telunjuk siapa? DAP.


Monday, November 14, 2011

Najwa Muhyiddin : Anak Timbalan Perdana Menteri yang berbakat



Rupanya-rupanya artis yang memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dan Lagu Tempatan Inggeris Terbaik dalam AIM adalah anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najwa Muhyiddin. Dia menang kerana bakatnya dalam bidang nyanyian.

Saturday, November 12, 2011

Krohh..kroohh...YB PKR lena diulit mimpi


Oh Selangorku..kroohh...
Oh Wakil Rakyatku..krooohhh
Jangan ganggu tidurku...kroohhh

Kepada pengundi-pengundi di DUN Seri Andalas,
Lihatlah..betapa mantap 'performance' YB kamu dalam sidang DUN...krohhhh

Friday, November 11, 2011

Dimana ada Tony Pua, disitu ada Nurul Izzah

Mereka serang Menu 1Malaysia. Mereka cakap, lauk pauk macam di sekolah.

Kemudian, mereka takutkan penjawat awam. Jika menang PRU, mereka akan kurangkan separuh. Daripada 1.3 juta, akan tinggal 650 ribu. Yang kene buang tu, balik kampung tanam anggur.

Sekarang, mereka lanyak kedai 1Malaysia. Mereka kata harga di situ 'tidak murah'. Malah, menuduh wujudnya e-coli dalam produk susu segar.

Mudah sungguh kerja pembangkang. Tiada isu, cari isu. Walaupun ianya berbentuk persepsi tahap dajal.


Apa yang kita lihat, ini kerja DAP. Mereka mahu sabotaj usaha DS Najib yang gigih membantu bumiputera.

Paling cibai, usaha DAP dibantu oleh orang bumiputera sendiri iaitu anak betina si Brader Anwar Bin Ibrahim.

Perghhh..Tony Pua bikin panas!!


Lagi permainan bodoh Tony Pua dan Nurul Izzah nak jatuhkan nama baik kedai 1Malaysia.
Beli susu segar kemudian buat ujian. Kononnya dicemari e-coli.

Tony Pua kata ujian dibuat oleh makmal bebas. Tapi tak berani pula dia nak sebut nama makmal. Bodoh! Nak main spekulasi kotor!

Paling keji sekali, Tony Pua budat sidang media depan kedai 1Malaysia.
Untuk apa tu? Nak jatuhkan imej kedai? Nak takutkan pembeli?

Selagi belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan, jangan memandai buat kenyataan melulu.

Kalau didapati dusta dan menipu, kedai 1Malaysia boleh saman Tony Pua.

Kartun : Kita harus memperkasa Bahasa Malaysia

11 Sebab Mengapa PRU13 Tidak Akan Diadakan Tahun Ini


Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.

Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:

1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.

3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.

4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.

5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.

6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.

7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.

8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.

9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.

10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.

11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.

Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang.

-Kredit untuk Mstar

Thursday, November 10, 2011

Pasangan gay ini memerlukan bantuan Seksualiti Merdeka!!

PEDRO (kanan) dan Buddy sering dilihat bersama di dalam kurungan Zoo Toronto

TORONTO, Kanada - Pihak pengurusan Zoo Toronto di sini mengumumkan bahawa mereka akan memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay.

Dalam satu kenyataan media kelmarin, pihak Zoo Toronto memberitahu bahawa keputusan memisahkan dua ekor penguin Afrika bernama Pedro dan Buddy itu dibuat bagi mengekalkan kesinambungan spesies terancam berkenaan.

Menurut kenyataan sama, Pedro dan Buddy akan disatukan semula selepas 'mereka' mengawan dengan penguin betina lain di zoo berkenaan.

Seksualiti Merdeka, apa kamu tunggu lagi? Cepatlah pergi bantu. Kamu kan pejuang gay dan lesbian. Kah kah kah!