Wednesday, November 16, 2011

Penduduk Kelana Jaya terkilan

INILAH padang Kompleks Sukan PKNS di SS7, Kelana Jaya yang hendak dihapuskan dan tapaknya dibangunkan dengan projek pangsapuri dan pusat komersial.

“Kami terkejut dengan perkembangan terbaharu ini dan amat kecewa serta terkilan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana usaha membangunkan padang PKNS ini mendapat bantahan keras daripada penduduk di sini.”

Itulah reaksi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya, Datuk Zul Mukshar Md. Shaari terhadap kenyataan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid, yang tetap berkeras mahu meneruskan projek pembinaan pangsapuri dan pusat komersial di tapak Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.

Menurut beliau, Selangor merupakan sebuah negeri yang kaya serta maju dan pemimpinnya sepatutnya mampu mencari tapak alternatif bagi menjayakan projek pembangunan seumpama itu, tetapi bukanlah di tapak Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya yang menjadi kegunaan rakyat sejak 30 tahun lalu.

“Saya amat yakin dengan kemampuan negeri Selangor, jadi mustahil Abdul Khalid tidak boleh mencari cara dan tapak lain untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat.

“Kenapa padang PKNS yang sudah mencatat pelbagai sejarah ini yang menjadi mangsa?” tegas beliau. Sumber - Kosmo

Apa cerita penduduk di Kelana Jaya? Ada rasa-rasa menyesal sebab bagi undi sama Pakatan Rakyat dalam PRU 2008 dulu?

No comments: