Thursday, November 17, 2011

Hasad Dengki : Cara 'IBLIS' binasakan Kedai Rakyat 1Malaysia

Kita semua sudah maklum pasaraya dan kedai runcit di luar sana dimiliki oleh tokey-tokey besar. Tokey-tokey ini ada kuasa untuk tentukan turun naik harga. Jadi, yang jadi mangsa adalah rakyat. Rakyat terpaksa bayar pada harga yang mahal untuk membeli sesuatu produk.

Imej kerajaan juga terjejas. Kononnya kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barang atau inflasi. Akhirnya, rakyat marah dengan kerajaan.

Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil langkah mulia dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Tujuannya adalah untuk bantu mengurangkan beban rakyat. Kerajaan tawarkan produk pada harga yang berpatutan. Kualiti juga setanding dengan produk di pasaraya milik tokey-tokey besar.

Dalam diam, ada pihak tak senang dengan kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia. Hati orang-orang ini penuh dengan hasad dengki. Mereka tak mahu lihat rakyat dibantu oleh kerajaan. Mereka ini boleh diumpakan sebagai iblis kerana perangai pun sebijik macam iblis.

Jika rakyat beroleh kegembiraan, mereka akan bersedih hati. Jika rakyat dan Kedai Rakyat 1Malaysia mendapat bencana, maka mereka akan gembira.

Iblis pernah mengungkap rahsia strateginya untuk membinasakan manusia, yakni dengan menanamkan sifat dengki (hasad, iri hati) dan serakah dalam diri manusia. “Wahai Nuh, aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara. Pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka, dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat Allah dan dijadikan sebagai syaitan terkutuk. Dan karena serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di surga sehingga ia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari surga,” kata iblis.

“Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya…” (Q.S. 3: 120).

“Janganlah kalian saling benci, jangan bersikap hasad, jangan saling membelakangi, dan jangan bermusuhan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang besaudara!” (H.R. Bukhari dan Muslim).

Sikap hasad ini berbahaya karena dapat merosak nilai persaudaraan atau menumbuhkan rasa permusuhan secara diam-diam. Hasad juga dapat mendorong seseorang mencela, menjelek-jelekkan, dan mencari-cari kelemahan atau kesalahan orang lain dan menimbulkan prasangka buruk (suudzan).

2 comments:

Anonymous said...

Dato Seri tolonglah buka banyak-banyak KR1M termasuk bandar-bandar kecil. Dulu ada kedai Save More tapi dah tutup. Jangan tunggu lama-lama. Buka disemua Bandar kecil besar.

Anonymous said...

hasad dengki ni kerja iblis dan syaitan. iblis dan syaitan penuh dalam saluran darah bagi menghasut manusia supaya berdengki sesama sendiri. mudah mudahan itu lah kali terakhir dia dapat dengki pada yg lain.