Tuesday, November 29, 2011

Kami tidak ingin menjadi penyokong hipokrit yang mana 'LANGSUNG TIDAK BOLEH BERSUARA' mengkritik.

Sebelum menulis lanjut, ingin kami nyatakan disini bahawa sokongan kami kepada pasukan bolasepak Malaysia adalah sokongan sepanjang zaman.

Kami tetap berdiri teguh dibelakang ketika pasukan kalah atau menang.

Namun demikian, kami tidak ingin menjadi penyokong yang hipokrit yang mana 'LANGSUNG TIDAK BOLEH BERSUARA' mengkritik pasukan kebangsaan.

Terbaru, ramai yang marah bila akhbar Kosmo letakkan tajuk 'Harimau Muda malukan negara, tewas 2-3 kepada Bahrain.' Malah, ada yang berkempen untuk boikot akhbar Kosmo. Kenapa?

Sebelum perlawanan, Harimau Muda yakin menang. Jurulatih pun yakin menang. Penyokong pun turut sama yakin, kita boleh menang!

Namun apa yang berlaku?
Kita mendahului 2-0 dan Bahrain bermain 10 orang sejak minit ke 60. Ketika perlawanan memasuki 10 minit terakhir, keadaan dah jadi tak tentu arah. Akhirnya kita bolos 3 gol dan kalah 2-3. Tiga mata hampir dalam gengaman tapi hilang begitu saja.

Mana satu kekalahan yang lebih bermaruah? Kalah 0-3 atau kalah 2-3(lawan 10 orang)? Apa yang Kosmo tulis itu betul dan setuju. Ia amat memalukan negara.



Cukuplah kita diawang-awangan ketika memenangi pingat emas suka SEA di Indonesia. Itu sudah tercatat dalam sejarah. Bangkitlah Harimau Malaya!

7 comments:

Anonymous said...

Ape2 pun aku bangga permainan anak muda kita... kita mampu bersaing dengan negara2 arab spt bahrain... insyallah kita akan bangkit...

Anonymous said...

Kita tetap menyokong walau kalah atau menang. Namun, jadilah penyokong yang matang dan terbuka mindanya.

sesejuk mata memandang said...

Kita juga harus ingat perlawanan di antara negara dari timur tengah ibarat kuda melawan unta bukan harimau melawan unta.

Jika harimau lawan unta , tentu dia akan memikirkan cara mudah untuk membaham unta sebaliknya jika kuda dia cuma berlari menggelilingi unta tanpa befikir bagaimana mahu mebunuh unta tersebut sebaba kedua dau dari psesis yang sama 'tidak makan daging'

Apa pun tahniah kerana kita mempounyai kuda yang akan bertukar menjaid harimau adlam tempoh 2 tahun lagi..

Jangan putus asa teruskan perjuangan anda semua.

Bingai @ Bangang said...

Macam mana pun aku makin bangga dengan harimau muda dan harimau malaya. kalau dulu kebanyakan pemain sayangkan kaki untuk bermain dengan pasukan kelab tapi bila main dengan pasukan kebangsaan, nak tacle pun tak berani.

Anonymous said...

simpati ngan harimau muda..hanye beberape hari saje meraikan emas sukan sea dan hanye beberape hari saje terime pujian melangit..kini bertukar menjadi kritikan dan kutukan..realitinye harimau tetap melawan walaupun ramai yg cedera & kepenatan..syabas harimau muda..ini baru lawan tetap lawan..

Anonymous said...

bila nazmi kuar...barisan tengah longgar...apa pun aku tetap berbangga dgn pasukan harimau muda...faktor kecederaan dan kecergasan pun kena amik kira...dalam masa 9 hari perlu harungi 4 perlawanan penting...mmmm

azmi

Anonymous said...

FAM tolong hantar 'budak skolah' tu kat europe.. Dia ade bakat.. Jgn sia2kan bakat 'budak skolah' tu.. Aku tak malu bila kalah ngn BAHRAIN.. Tapi aku malu bila penyerang2 kita lagaknye seperti 'penumpang' sahaja.. Idop pasukan MALAYSIA..