Wednesday, November 9, 2011

Misi nekad PRU13, penjawat awam akan 'langgar' DAP


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempersoalkan tujuan sebenar DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam tanpa memikirkan implikasi besar yang akan berlaku kepada negara pada masa hadapan.

"Bila bilangan penduduk negara makin bertambah maka perkhidmatan awam juga seharusnya wajib ada dan mencukupi. Sebagai contoh doktor, tidak mungkin kita hendak kurangkan bilangan mereka.

"Jadi bila mereka kata nak kurangkan penjawat awam yang mana satu hendak dikurangkan? Tentera? Polis? Guru? Doktor atau yang mana satu?"

JPA mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua baru-baru ini untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara.

Kenyataan tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Kepada DAP dan Pakatan Rakyat, tunggulah dalam PRU akan datang nanti. Undi yang diberi pada kamu pada Mac 2008, akan 'diambil balik'. Penjawat awam bersedia untuk swing undi. Buat apa beri undi kepada kamu yang berhasrat untuk mengusik periuk nasi penjawat-penjawat awam ini.

PRU13 akan jadi misi nekad penjawat awam 'melanggar' DAP dan sekutu-sekutunya.

2 comments:

usin said...

hah! apa lg penjawat awam melayu, masih membodohkan diri lg ke sokong parti paling rasis abad ini? dap ni ibarat anjing. kita tolong, dia baham kita balik. cina sendiri dh ada yg mengaku dap rasis (contoh: tan tee beng), yg melayu ni tarak otak mau pikir ke? dap nk putuskan pengaruh melayu dlm struktur negara. ingatlah ye...

praha2 said...

eden terkonang maso den bersamo TUDM dulu lah tahun 1964 -1974. Ramai jo penjawat awam dikementah dan di base atau kem askhar. Kito kono lihatlah prestasi mereko. kalo kou tanyo den, ontahlah nak kato prestasi tinggi tak jo kalo dongar kato kato "macam cari makan" tu biaso lah. jadi kito jangan tengo ramainyo atau "quantity" kito kono tengok "quality". kalo quality ado tak payah sampai 1.2juta pon bolih deliver. sebob nyo sekarang dah ado computer dsbgnyo. jadi soalan "apo fasal tak bolih delievr?"
eden nak ambil mishalannyo-pejabat tanah-susah ko nak buet geran baru? kalo dah ado komputer dan ado program nyo tak lah makan maso sampai berminggu minggu? cuba tanyo what can you do for the country and not what the country can do for you?" ." Kalo eden lah KSN dan PSD patut lihat kedalam jangan lokes nak melatah. Cuepacs pun samo jangan ingat quantity tu untuk dijadikan senjata agar bolih mengugut kerajaan. Quantity tak ado quality tak bermanao. jadi kito kono buet analisis jangan melatah copet copet.