Friday, April 29, 2011

Sumpah laknat berjaya dilafaz. Allah Maha Besar !!




Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 4.15 petang tadi.

Nak tahu apa kata Shamsul AMK?

"Eskay pegang Al-Quran terbalik."


Inilah wajah dalang kekecohan Masjid Amru Al-As Sentul

Inilah dia wajah dalang kekecohan. Peliwat dan penzina dipertahankan.


Budak suruhan PKR. Maskot AMK. Peliwat dan penzina dipertahankan.


Majlis angkat sumpah lakmat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat kecoh apabila jemaah jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila mereka melaungkan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.

Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat di tengah-tengah kekecohan berkenaan.

Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.

Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat. - Mstar

p/s - Foto kredit Bro Jinggo

Lagi buku bertemu ruas. Anwar VS Wartawan (Video)



Lu sibuk perjuangkan kebebasan dan hak bersuara. Tapi bila kena batang hidung sendiri, lu dah macam orang gila.

Bila wartawan tanya, lu kena jawab. Jangan dalih-dalih.

Kami rakyat mahukan jawapan dan kebenaran.

Lu memang kurang ajar. Berani tepis microphone wartawan. Hak ptuihhhh !

Anwar angin satu badan bila ditanya lagi pasal jam Omega, DNA dan soalan yang tak digemari. Baca ulasan Agenda Daily di SINI.

Kami tak mahu bakal Perdana Menteri Malaysia adalah seorang penzina


Terkini !! Video seks full version telah tersebar dalam internet.


Semalam, Eskay telah mengajak Anwar bersumpah laknat bagi membuktikan bahawa si pelaku itu bukan Anwar. Namun, Anwar enggan.


Pada saya, Eskay sebenarnya bukan nak membunuh karier politik Anwar tetapi dia mahu membantu Anwar bagi membersihkan nama dan maruah keluarganya.

Jadi, kenapa perlu Anwar takut untuk bersumpah jika si pelaku dalam video seks itu bukan diri dia? Ingat Anwar... berani kerana benar dan takut kerana salah !!


Kepada puppet Anwar bernama Nik Nazmi, hentikanlah tindakan kamu dari mempertahankan Anwar. Ini bukan masalah kamu pun. Ini antara rakyat dan orang bernama Anwar. Kamu tolong ke tepi !!


Kami rakyat Malaysia berhak untuk mendesak Anwar supaya bersumpah. Kami tak mahu bakal Perdana Menteri Malaysia adalah seorang penzina.



Thursday, April 28, 2011

56 papan tanda Mansuh ISA - Hadiah kerajaan negeri kepada rakyat Selangor

Seorang sahabat mengeluh panjang. Saya tanya, apa masalahnya?

Dia jawab "negeri saya tak habis-habis berpolitik. Walaupun sudah jadi kerajaan dan pegang tampuk kuasa, mentaliti masih seperti pembangkang. Ni ha yang terbaru, kerajaan Selangor akan membelanjakan duit rakyat sebanyak RM600,000 bagi senggara papan iklan Mansuh ISA".

Saya mendengar lagi dia mengeluh.



"Sebelum ini, kerajaan saya sibuk berperang dengan Syabas. Otak rakyat Selangor 'diracun pemikiran' dengan menjaja cerita seolah-olah Syabas sangat kejam kerana merompak hak rakyat. Pelik dan jelik dibuatnya. Saya tak nampak apa pun melainkan agenda politik jahat mahu mengajak rakyat berpolitik hingga ke jalanan."


Saya pun bertanya "eh, bukankah majoriti rakyat Selangor memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor. Sepatutnya, disokonglah apa saja usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri."


Dia lantas menjawab "kami menyokong jika ianya baik untuk rakyat. Tapi jika ianya berpaksikan kepada politik, sapa pun tak akan dapat faedahnya. Duit RM600,000 ribu bukan sedikit bang. Nak buat papan tanda bukan sikit. 56 papan tanda pulak tu.



Eloklah...dulu Selangor penuh dengan papan tanda 'Sokong Air Selangor', sekarang nak pasang 'Mansuh ISA'. Saya difahamkan juga, kerajaan negeri nak anjurkan sesi penerangan dengan rakyat mengenai 'kekejaman' ISA. Alahai, ini kerja yang buang masa dan duit je"

"Maaflah cakap. Perjuangan 'Mansuh ISA' adalah perjuangan Pakatan Rakyat sahaja. Bukan rakyat Selangor keseluruhannya. Kami langsung tak sokong! "


Wednesday, April 27, 2011

2 artikel Malaysiakini mengenai kenaikan harga barang diterbitkan dalam tempoh 24 jam. Apa maknanya?

Dalam tempoh 24 jam sahaja, Malaysiakini telah menerbitkan 2 buah artikel yang berkaitan dengan kenaikan harga.

Pertama, artikel bertajuk '
Kerajaan diminta jelaskan kenaikan inflasi yang tinggi'. Ini diikuti dengan artikel kedua bertajuk 'Ceupacs : Naikkan gaji bagi imbangi harga barang'.

Kita tak perlu marah dengan Malaysiakini kerana mainkan isu berkenaan. Biarlah. Itu kerja mereka.

Cuma, apa yang perlu kita tahu adalah kenaikan harga barang merupakan isu terbaik untuk dimainkan oleh pembangkang bagi menumbangkan kerajaan dalam pilihanraya akan datang. Kerana tekanan harga barang dan hidup yang melampau, rakyat boleh tunjuk protes dalam kertas undi. Ini bahaya !


Dalam isu kenaikan harga barang, saya sendiri akui bahawa kerajaan telah laksanakan apa yang terdaya. Namun masih gagal membendungnya. Buatlah apa saja kempen, ia tetap temui noktah - gagal. Dalam bab penguatkuasaan, pun gagal. Harga tetap naik. Di mana silapnya?


Ada sumber mengatakan ini konspirasi dan muslihat kelompok besar peniaga dan pengimport. Kerajaan sudah buat pelbagai undang-undang, tapi masih gagal membendung 'gerakan halus' mereka ini. Siapa mereka? Tak perlulah saya jelaskan. Pasti semua dah tahu. Maklumlah mereka ini kan dominan dalam berniaga.


Berita panas !! Memandangkan majoriti kaum India sudah kembali ke pangkuan BN, maka terdapat usaha menaikkan harga keperluan barang untuk orang India antaranya adalah ulundu iaitu bahan untuk buat tosei. Dulu harganya cuma RM2.5 sekilo, tapi sekarang sudah cecah RM7 sekilo. Apa cerita ni? Nak buat orang India marah sama kerajaan?

Eskay serah DNA. Ini barulah anak jantan !


Terbaik dari Datuk Eskay. Tak perlu nak rasa takut atau gundah gulana. Beliau dengan rela memberikan sampel DNA bagi melancarkan siasatan polis.

Tindakan Datuk Eskay itu betul. Bukankah kita semua nak cari keadilan. Kita tak nak lagi terperangkap mainan persepsi.

Tak macam si 'Anugerah Tuhan' yang sorang tu...hehe.



Thursday, April 21, 2011

Kain rentang 'misteri' dinaikkan di kawasan Lembah Pantai. Apa cerita ni Nurul Izzah?

Klik pada imej untuk gambaran lebih jelas


Gambar di atas diambil jam 8 pagi tadi. Lokasinya adalah di jejantas pejalan kaki berhadapan stesen komuter Angkasapuri.


Yang tertera itu ialah nama Nurul/PR. Adakah ia merujuk kepada Nurul Izzah, ahli parlimen Pakatan Rakyat Lembah Pantai? Apa cerita ni ?? Orang Lembah Pantai mungkin tahu.

Jika benar, adakah Nurul Izzah hanya pandai cakap (macam papanya) tapi tak pernah selesaikan masalah rakyat? Jeng jeng jeng !

Wednesday, April 20, 2011

Projek email 1M tidak guna duit rakyat lah...

Gambar Hiasan


Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tweet beliau pada awal Rabu berkata, projek yang melibatkan pelaburan sebanyak RM50 juta tersebut
tidak menggunakan duit kerajaan.

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-Mel 1Malaysia ialah projek sektor swasta. Dana awam tidak digunakan dan ia dilakukan secara sukarela," katanya.

Projek E-Mel 1Malaysia menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.


Lagi usaha menyemai sentimen kebencian terhadap kerajaan DS Najib

Gambar hiasan


Isu terbaru adalah mengenai projek email 1Malaysia. Dari semalam hingga ke hari ini iaitu sejurus selepas DS Najib lancar projek ETP berkenaan , DAP tak habis-habis spin dan mainkan sentimen kebencian.Kononnya, kos sebanyak RM50 juta untuk bina projek tersebut guna duit rakyat.


Punyalah hebat diaorang bakor sentimen..sampai bukak satu laman bodoh dalam FB '1M Malaysian who don't want Najib's 1Malaysia email' untuk kumpul ahli.


Orang yang bukak FB tu dan yang join pun sama bodoh jugak agaknya. Kerja macam bangla. Tak selidik dulu. Main taram saja.


Untuk makluman semua, DS Najib sendiri dah keluarkan kenyataan di sini bahawa "1Malaysia email adalah projek pihak swasta. Tiada wang rakyat yang terlibat."


Ternyata mereka mereka tidak boleh hidup dalam sehari tanpa 'aktiviti spin' minda rakyat.

Tuesday, April 19, 2011

Ca Ya Nun Alif mahu DAP takluk Putrajaya. Bersediakah anda?


Yam Seng ! Teresa Kok meraikan kejayaan DAP dan Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi dalam pilihanraya negeri Sarawak.

Dalam pada itu, DAP diberi sokongan penuh oleh para penyokong mereka dalam menakluk Putrajaya.


Tersebar berita bahawa operasi menambah pengundi baru dari kalangan belia cina dan penukaran alamat/kawasan mengundi sedang giat dijalankan oleh DAP. 43 kerusi parlimen di bandar dan di kota dalam perhatian mereka.


Monday, April 18, 2011

Apakah nasib TV3 dan akhbar Utusan jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia?


Anwar Ibrahim bertegang leher dengan wartawan RTM yang bertanya soalan mudah "bila mahu dedah bukti yang mendakwa ahli PKR keluar parti telah dibayar RM2 juta?"Last-last Anwar suruh wartawan tu shut up. - Wartawan RTM vs Anwar (Jun 2010)

Anwar Ibrahim berang ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega - Wartawan 8TV vs Anwar (April 2011)

Gara-gara tidak memenuhi kehendak, radio Selangor FM telah diberi kata dua oleh MB Selangor, "Jika anda tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri, lebih baik berpindah ke tempat lain". Sekarang, radio Selangor telah berpindah dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan kini beroperasi di Angkasapuri. - Selangor FM vs MB Khalid (April 2008)

Di atas adalah 3 contoh seteru yang berlaku antara Pakatan Rakyat dan media. Saya terfikir..apa akan jadi pada Utusan Malaysia dan TV3 jika Pakatan Rakyat memerintah negara?

Tahniah PAS! 5-5=0 @ Telur Omega


1. PAS bertanding 5 kerusi dan kalah 5 kerusi. Kalau ikut matematiknya 5 tolak 5 = 0 @ telur omega.

2. PAS dengan bangga umum penubuhan 12 cawangan baru di Sadong Jaya pada malam 14 April iaiatu sehari sebelum hari pengundian. Namun, PAS tetap kalah. 12 cawangan bertukar tragedi kepada 12 batu nisan.


3. Petugas PAS bangga mendedahkan mereka menggunakan air hujan kerana tiada air paip di Sarawak. Namun, mereka sendiri lupa krisis air bersih yang berlaku di Kelantan. Nak mandi junub pun susah.

4. Salah satu alasan kekalahan PAS di Sarawak adalah 'kempen lambat'. Mereka menambah 'walaupun parti Islam itu bertapak sejak hampir 10 tahun, ia lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik. PAS bukan setakat lambat malah lembab. Bila dah kalah, maka secara automatiknya nama Islam digunakan bagi menutup kemaluan.


Malam minggu yang lalu : Penyokong PAS oiii...tak tengok Akademi Fantasia ke?


Tahniah rakyat Sarawak kerana terus memberi kepercayaan kepada BN untuk memimpin negeri anda.


Walaupun BN kehilangan 8 kerusi dalam pilihanraya kali ini namun kemenangan yang dicapai adalah tetap signifikan. Tak mengapa, 'masalah hilang kerusi' itu boleh difikirkan kemudian. Yang penting sekarang adalah menunaikan segala janji yang ditabur ketika tempoh berkempen dahulu.


PKR hancur..PAS tenggelam. Cuma DAP yang sedap. Mereka bertanding 15 kerusi dan cuma kalah 3 kerusi. It's ok. Ini membuktikan pilihanraya Malaysia adalah adil dan saksama.


Pada malam minggu hari tu, penyokong BN bersemangat lepak depan tv untuk mengikuti keputusan pilihanraya negeri Sarawak walaupun pada waktu tersebut rancangan Akademi Fantasi sedang live di Astro Ria.


Penyokong PAS dah tak berselera nak ikut pilihanraya Sarawak. Memang dah tahu parti mereka akan akan bungkuih. Disebabkan terlalu frust menonggeng, penyokong PAS berdiri depan tingkap rumah dan mendongakkan kepala ke langit macam hantu Kak Limah.


Kemudian, Usin sebelah rumah datang menyapa "Penyokong PAS oiii..tak tengok Akademi Fantasia ke? Tak nak tengok Aznil Nawawi?

Thursday, April 14, 2011

DS Najib serius. Beliau terus gempur bumi Sarawak.

Sebelum ini ada pemimpin Pakatan keluarkan kenyataan bahawa BN terdesak untuk mengekalkan pemerintahan di Sarawak. Manakan tidak, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kelihatan berkampung di Sarawak untuk berkempen menjelang hari pengundian pada hari Sabtu ini.

Apa yang peliknya bila seorang ketua dan timbalan turun padang untuk berkempen? Adakah ia salah? Dengar sini ya, pilihanraya negeri Sarawak bukan kerja main-main. Ini kerja serius. Pilihanraya Sarawak adalah tempat untuk membina kepercayaan rakyat. Tidak timbul soal dia PM maka dia 'tidak boleh mencemar duli' untuk berkempen.

Tindakan DS Najib dan TS Muhyiddin turun padang adalah tindakat tepat. Mereka serius untuk menang. Mereka serius untuk kerajaan BN di Sarawak.

Di bawah ini merupakan gambar kempen DS Najib dan petugas BN di Pekan Bau. Layannnn....



















Siapa bakal Ketua Menteri jika Pakatan menang di Sarawak? Tercengang-cengang mereka mencari jawapan.

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 10 April 2011 menyiarkan artikel penulis khas, Guan Tai Fatt dan Lee Tiam Hua mengenai harapan tipis pihak pembangkang memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) Ke-10.

Artikel bertajuk ‘Pakatan Rakyat tidak dapat ubah keadaan’ disiarkan dalam ruangan dalam negeri, muka surat A7.

Menurut penulis, apabila pimpinan pembangkang ditanya pemberita pada satu sidang media, Jumaat lalu mengenai siapakah yang akan menjadi Ketua Menteri jika mereka menang di PRN Sarawak, masing-masing hanya terdiam.

Ketika itu, pemimpin pembangkang saling melihat antara satu sama lain dan tercengang-cengang. Akhirnya, Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menjawab bahawa jawatan itu akan disandang oleh Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian.

Pemimpin pembangkang nampaknya lambat menjawab dan lambat bertindak balas untuk menjawab soalan-soalan itu. Ini menunjukkan pihak pembangkang belum membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRN Sarawak.

Mereka tidak merancang untuk masa depan Sarawak sebaliknya hanya pentingkan apa yang ada di depan mata iaitu bagi merampas kuasa dari tangan Barisan Nasional (BN) dengan berusaha untuk menang sebanyak mungkin kerusi.

Wednesday, April 13, 2011

TPM ronda-ronda di Pasar Miri


1. Penyokong BN kelihatan cukup bersemangat menanti ketibaan TPM.



2. Ketibaan TPM dirai.



3. Bertemu para penjaja. Salam dihulur dan disambut.



4. Dahaga. Jom pekena air tebu ais. Fuhhh....



5. Makcik ni pun semangat bersalam dengan TPM.



6. Bertemu pula dengan penjual kuih muih.



7. TPM beri isyarat bagus kepada penjaja. Sebab apa ya? Sedap dan murah mungkin.



8. Dapat topi BN..



9. Dah penat ronda, lepak di kedai makan. Najib's style. Terbaik !




10. Banyaknya petai! Kalau di Semenanjung, 3 keping je dah RM3-RM4. Kalau di Miri berapa ya harganya?


Kemeriahan perang poster di Sarawak


















Monday, April 11, 2011

Perang poster di Sibu









Inilah roket yang akan membawa ahli PAS ke bulan..hehe