Wednesday, May 25, 2011

Subsidi : Mereka yang berada di kerusi empuk sahaja yang buat keputusan

Sesiapa yang menonton Buletin Utama semalam tentu rasa lain macam. Hampir separuh daripada berita yang disampaikan dalam Buletin Utama adalah berkisar tentang subsidi. Banyak perkara dibincangkan. Ada temubual dengan ahli bijak pandai dan ahli ekonomi. Rata-rata mereka menyokong subsidi dimansuhkan secara berperingkat. Baiklah.

Saya tunggu juga temubual Buletin Utama dengan rakyat bawahan. Rasanya macam tiada. Elok juga soalan mengenai pemansuhan subsidi ditanya kepada operator kilang, nelayan, petani, peniaga pasar tani, kakitangan awam, penuntut universiti, pengutip sampah mahupun kerani bawahan. Kita lihat apa komen mereka. Tentunya berbeza 100%.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan harga petrol dan elektrik nak dinaikkan. Sahih atau tidak kita tunggu sahaja. Mereka yang berada di kerusi empuk sahaja boleh buat keputusan, bukan kita. Kita di bawah hanya ada kerusi empuk dalam kereta. Itupun kereta nasional.


Tuesday, May 24, 2011

CEUPACS dikritik lagi

Sebelum ini CEUPACS telah dikritik kerana mereka seolah-olah hanya memperjuangkan kelompok tertentu dalam perkhidmatan awam. Tuntutan yang dikemukakan CEUPACS kebanyakan hanya untuk golongan sokongan sahaja. Baca SINI.

Hari ini, CEUPACS sekali lagi dikritik.

Semuanya gara-gara saranan Presidennya agar usia bersara wajib bagi penjawat awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Tidak wajar usia bersara hingga 60 tahun

SAYA sebagai kakitangan awam tidak bersetuju dengan saranan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Othman, agar usia bersara wajib penjawat awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Pendapat atau cadangan Omar kadang kala 'agak menghiburkan hati' penjawat awam yang diwakili oleh badan berkenaan.

Tetapi ada masanya 'agak menjengkelkan' dengan idea yang hanya indah dalam bentuk angan-angan tetapi mengarut jika dijadikan kenyataan!

Pada asalnya usia bersara wajib penjawat awam ialah 55 tahun. Kemudian ditambah setahun lagi menjadi 56 tahun dan terakhir dipanjangkan pula menjadi 58 tahun mulai 2007. Kini mahu dilanjutkan pula sehingga usia 60 tahun?

Faktor mentaliti, kualiti kerja dan komitmen terhadap tugas dalam kalangan penjawat awam di Malaysia sebenarnya masih jauh daripada menyamai tahap pemikiran dan keupayaan yang dimiliki oleh negara-negara maju, walaupun Presiden CUEPACS cuba menafikannya.

Bayangkan, kakitangan awam yang baru mencecah usia 45 tahun hingga 50 tahun sudah banyak yang menjadi 'pelupa', 'merasa diri telah amat tua' dan 'menjadi perlahan dalam serba-serbi'.

Ini belum diambil kira golongan yang telah dihinggapi penyakit 'terkenal' dalam kalangan rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, lemah tulang, sakit jantung dan sebagainya tatkala usia semakin menghampiri 50 tahun.

Apakah tuntutan Presiden CUEPACS tersebut hanya semata-mata bersandarkan kepada alasan untuk 'melapangkan sedikit sumber kewangan penjawat awam' yang rata-rata banyak menanggung beban hutang?

Misalnya hutang rumah, kenderaan, pendidikan anak-anak, insurans kesihatan, kemalangan dan lain-lain?

Dengan memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan mereka, sekali gus memanjangkan juga tempoh bayaran balik hutang berkenaan?

Bagaimana dengan generasi anak-anak muda yang baharu hendak mencari penghidupan?

Perlukah mereka menunggu sehingga orang lama yang sudah lelah ini meninggal dunia terlebih dahulu baharu peluang kerja akan terbuka untuk mereka?

CUEPACS sebagai badan induk yang diwujudkan untuk menyuarakan hasrat kakitangan awam, sekali gus membela nasib mereka, ada masanya kelihatan bagaikan dipengaruhi oleh 'golongan tertentu' atau pun 'isu tertentu' sahaja.

Isu pelarasan gaji kakitangan awam tanpa mengira gred yang dilaung-laungkan oleh presidennya, sebagai contoh, boleh dikatakan relevan dan dialu-alukan memandangkan kos sara hidup meningkat berkali-kali ganda hanya dalam tempoh setahun.

Harga petrol dan diesel kerap kali naik. Apabila ini berlaku, harga barangan keperluan harian secara langsung akan ikut naik.

Bayangkan bagaimanakah kakitangan awam gred bawahan terpaksa berdepan dengan keperitan hidup apabila kos barangan dan perkhidmatan melonjak naik bebarapa kali setahun, sedangkan anjakan gaji tahunan mereka tidak sampai RM50?

Perkara ini yang lebih perlu difokuskan oleh CUEPACS, bukan tuntutan untuk melanjutkan usia bersara wajib sehingga 60 tahun!

Jika ini dipenuhi, adakah pada tahun-tahun akan datang akan diminta agar usia persaraan dilanjutkan sehingga 65 tahun pula?


Monday, May 23, 2011

Ranking Arak : Ucapan tahniah patut diberikan kepada.....


Malaysiakini melaporkan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan 'tahniah' kepada BN atas 'kejayaan' meletakkan Malaysia di tangga ke 10 negara konsumer arak.

Jika betul Malaysia di ranking ke 10, saya tak nafikan sangat. Lihat saja kilang Carslberg di tepi Lebuhraya Persekutuan. Tetap gah berdiri walapun pemerintah negeri sudah bertukar tangan. Ketika BN memerintah, kilang arak beroperasi. Bila PR/PAS memerintah, kilang arak TETAP juga beroperasi. Tiada perubahan. Tak kena tutup pun.

Walau bagaimanapun, semacam ada yang kureng bila Pemuda PAS ucap tahniah pada BN. Ini yang orang selalu cakap. Lembu punya susu sapi dapat nama. Saya yakin dan percaya Pemuda PAS Wilayah masih waras dan tidak mabuk todi. Kejayaan di ranking ke 10 negara konsumer arak bukan atas usaha BN. Pemuda PAS tak patut melupakan jasa Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Jangan buat hati kecil Khalid Samad terluka.


Mana mungkin kamu boleh lupa Lawatan Bersejarah Khalid Samad pada tanggal 5 Ogos 2010. Begitu besarnya jasa beliau kepada Malaysia, hingga mampu mencapai ranking ke 10 dunia...


Wednesday, May 18, 2011

Wikileaks keluarkan cerita 'pembunuhan Altantuya' sejurus tandatangan MOU dengan Raja Petra


Bila Malaysiakini keluarkan berita di bawah ni, saya langsung tak terkejut beruk. Percayalah..beruk pun tak terkejut macam saya.


Sabtu lepas, blog ini telah dedahkan satu 'perjanjian persefahaman atau MOU' yang telah ditandatangan antara Julian Assange (Wikileaks) dan Raja Petra Kamaruddin(Malaysia Today).

Untuk tujuan apa? Apa relevannya MOU tersebut?

Kita boleh cabar Raja Petra untuk dedahkan isi kandungan MOU tu kalau boleh. Apa maklumat yang dikongsi? Berkualiti atau sahihkah maklumat yang diberikan?

Kita tau siapa Raja Petra sebenarnya. Kita tau sangat-sangat.

Kini kita sudah ada jawapan. Game 'pembunuhan Altantuya' kembali dimainkan.

Raja Petra dan Altantuya sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bagi irama dan lagu. Lagipun, itu saja modal yang Raja Petra ada untuk terus hidup.

Kesian Julian Assange..tak pasai-pasai kena auta.



Julian Assange and Raja Petra Kamarudin at the Sunday Roast lunch in the Duke of York

The Memorandum of Understanding between Wikileaks and Malaysia Today is signed, sealed and delivered

Benarkah CEUPACS hanya memperjuangkan kelompok tertentu?

CEUPACS jangan lupa gred 41

KENYATAAN CUEPACS memohon kenaikan elaun perumahan (ETP) gred 1 hingga 40 daripada RM180 kepada RM350 manakala elaun perumahan untuk gred 41 dan ke atas dikekalkan mengejutkan ramai pihak.

Elaun ETP yang diminta CUEPACS sebanyak RM350 akan menjadikan elaun gred 1-40 lebih tinggi daripada pegawai mereka sedangkan bayaran ETP yang diterima kakitangan gred 41 hanya RM250.

Dalam kenaikan gaji sebelum ini, kumpulan sokongan mendapat kenaikan antara 25 hingga 35 peratus, tetapi bagi gred 41 cuma 10 peratus.

Setiap kali tuntutan dikemukakan CUEPACS hanya untuk golongan sokongan, seolah-olah ia berjuang untuk kepentingan kelompok itu sahaja. Selalu gred 41 tersisih dan tidak mendapat manfaat sewajarnya.

Diharapkan CEUPACS lebih adil dalam memperjuangkan semua golongan penjawat awam.

SANG ALGOLJO
Merlimau, Melaka

Tuesday, May 17, 2011

Tahniah Tan Sri


Kontrak perkhidmatan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985 berkata, kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuat kuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.

"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan... saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, Isnin.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak. -Mstar

Monday, May 16, 2011

Tweet pertama Anwar Ibrahim selepas keputusan kes dibaca oleh Tuan Hakim

Imej atas adalah tweet pertama Anwar selepas keputusan dibaca oleh Tuan Hakim.

Soalan saya..kenapa Anwar perlu kesal dengan penghakiman?

Anwar patut selidik sebelum cepat jatuh cukup pada sistem.

Pihak yang perlu dikesalkan oleh Anwar tak lain tak bukan adalah team pembelaannya yang diketuai oleh Karpal Singh.

Cuba check balik apa kata Tuan Hakim tadi.

Pertama, keterangan Mohd Saiful Bukhari boleh dipercayai.

Kedua, kejadian liwat itu benar-benar berlaku.

Dan ketiga, tiada apa yang disoal ketika soal balas bagi menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Ini point paling penting.

Maksudnya disini..team pembelaan Anwar 'tak buat kerja'. Mahkamah dah beri peluang pada team Anwar untuk soal balas tapi ...tiada apa pun yang dibuat.

Anwar tak boleh terus mainkan sentimen "tiada ruang bela diri". Lagipun mahkamah dah tetapkan 6-30 Jun untuk menyambung perbicaraan kes liwatnya. Hm..lagi pening lah kepala Karpal Singh.

Wikileaks dan Malaysia Today menandatangani MOU !! Untuk apa??

Julian Assange and Raja Petra Kamarudin at the Sunday Roast lunch in the Duke of York

The Memorandum of Understanding between Wikileaks and Malaysia Today is signed, sealed and delivered


Untuk apa MOU ditandatangan antara Wikileaks & Malaysian Today?
Satu dunia tahu siapa Wikileaks.
Kita pun tahu siapa sebenarnya Raja Petra.

Pihak berkuasa tolong siasat dan pantau.

Saturday, May 14, 2011

Kalau dah video itu sahih…lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah-Timbalan Ketua Polis Negara


"Polis telah terima laporan pakar luar dan ia mengukuhkan keterangan pakar tempatan mengenai kesahihan video tersebut,"kata Timbalan Ketua Polis Negara.

"Apa yang saya boleh katakan, kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah," katanya berjenaka ketika menjawab satu soalan lain.

Selanjutnya, anda boleh baca di Agenda Daily. Klik SINI.

Sebelum ini, pakar tempatan sudah sahkan bahawa video seks itu tulen dan bukannya super impose. Agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan juga telah menganalisis rakaman video tersebut dan keputusannya positif. Pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Lelaki Y.

Terbaru, sebuah agensi penyiaran swasta di Amerika Syarikat juga mengesahkan bahawa rakaman tersebut tulen dan sahih.

Apa nak dikato? Jom buat solat hajat lagi. Kebenaran tetap akan menjelma.


Giler Kentang !! Blogger.com sudah pulih.

Semalam, operasi blogger.com mengalami masalah.

Langsung tak dapat nak posting artikel atau tulis komen.

Dasyat..dasyat !

Bila blog crashed, rasa macam dunia terhenti seketika.

Tak dapat kita nak perolehi maklumat terbaru.

Apa pun, blogger.com dah kembali pulih hari ni.

Boleh sambung tulis artikel. Boleh sambung usik dan gentel Brader Anwar & Juak-Juaknya. Hehe

Thursday, May 12, 2011

Tawan Putrajaya : Bolehkah DAP rampas undi Melayu dari tangan UMNO?

AKHBAR China Press melalui ruangan perbincangan umum rakyat pada 8 Mei 2011 pula menceritakan tsunami politik yang sudah tidak hangat lagi. Dengan tajuk ‘Realitinya Keadaan Politik Di Malaysia’, penulis Goh Chee Chong berkongsi situasi politik selepas Mac 2008 yang telah berubah normal seperti sediakala buat masa ini, seperti berikut:

Model politik rasis di Malaysia pada dasarnya kekal tiada perubahan. Pada tsunami politik 2008, keadaan pada masa itu pada dasarnya semua kaum dalam keadaan sedang ‘menentang’ kerajaan kecuali kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Jika kita lihat dari segi keseluruhanya, undi orang Cina secara tradisinya berpihak kepada Pakatan Rakyat, undi kaum India juga berpihak kepada Pakatan Rakyat apabila timbul isu Hindraf tetapi hanya sedikit undi Melayu memihak Pakatan Rakyat. Undi Melayu memberi laluan pada BN terus kekal berkuasa di kerajaan Pusat.

Undi Melayu Telah Banyak Kembali Kepada BN

Mengikut satu petikan laporan, undi Melayu telah banyak kembali kepada BN, undi kaum India oleh kerana pihak Hindraf dingin juga kembali pada BN, undi orang Cina masih kekal dan tetap menyokong pakatan pembangkang tetapi kini kelihatan mula goyang.

Mengikut keadaan sekarang ini, dijangka BN akan dapat habuan besar dari kawasan Melayu, terus kekal memerintah tanpa sebarang halangan dan dijangka dapat majoriti 2/3 di Parlimen.

Di kawasan pengundi Cina yang lebih ramai, mungkin BN akan kalah lebih teruk daripada 2008. SUPP alami keadaan itu, lambat-laun mungkin akan berlaku pada MCA dan parti Gerakan di Semenanjung.

Apabila sekutu-sekutu BN semua telah kecundang, keseluruhan BN akan terdiri daripada UMNO. Di situ akan berlaku satu keadaan orang Melayu memerintah dan orang Cina jadi pembangkang.

Di dalam dewan Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri tidak nampak wakil-wakil parti Cina yang boleh mewakili kaum Cina kecuali dilantik dengan cara yang lain. Pada masa itu, apa yang akan berlaku pada masyarakat Cina, kita tunggu dan lihat apa yang akan dirasai oleh masyarakat Cina itu sendiri.

Orang Melayu Memerintah Dan Orang Cina Pembangkang

Pengundi Cina tidak mahu lihat berlakunya fenomena “orang Melayu memerintah dan orang Cina jadi pembangkang”. Pengundi-pengundi Cina percaya dan tidak berganjak, satu hari nanti pakatan pembangkang akan dapat lepasi pemikiran yang dibelenggu dengan isu perkauman dan zahirkan semua orang ‘sama rata’ dalam masyarakat ini.

Kejayaan pakatan pembangkang merampas lima negeri pada PRU lepas memberi harapan pada orang Cina. Penulis anggap pada PRU akan datang, Perak dan Selangor menjadi satu ukuran terhadap keyakinan masyararakat Cina nanti. Jika kedua-dua negeri itu jatuh ke tangan BN, harapan masyarakat Cina mahu pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya pasti merudum.

Jika benar pakatan pembangkang berhasrat mahu melangkah ke Putrajaya, mereka perlu rampas pengundi Melayu dari tangan UMNO, tapi bagaimana? Yang dikhuatiri, bukan sahaja pakatan pembangkang tidak dapat ubah pemikiran orang Melayu, sebaliknya nanti mereka sendiri terikut-ikut pemikiran orang Melayu dan kembali semula kepada jalan lama UMNO.

-Rencana Utusan

Anugerah Tokoh Melayu Terbilang - Komen Penerima Anugerah

Mari baca apa komen penerima anugerah.

Ahli falsafah Islam, Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas berkata "Saya dapati perjuangan UMNO sudah mulai ada keinsafan terutamanya soal adat. Ia penting sebab adat itu ilmu, ilmu yang bukan boleh dipelajari di universiti tetapi diturunkan kepada ibu bapa".

Pakar astrofizik Prof Datuk Dr Mazlan Othman pula berkata "Saya amat bangga anugerah ini saya terima daripada UMNO kerana UMNO selama ini membela nasib Melayu termasuk saya. Ini juga hadiah khas untuk wanita yang merupakan langkah progresif dan saya harap ia akan dapat diteruskan."

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Wednesday, May 11, 2011

Tunku Abdul Rahman 1988 - Penubuhan Awal UMNO



Blog ini mengucapkan selamat ulangtahun yang ke 65 kepada UMNO.
Teruskan bersatu, bersetia dan berkhidmat demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.


Allahuakbar !!

Gara-gara rambut, pemain bola dibuang padang

Van Someren dengan gaya rambut ala paku. Cukup merbahaya jika tercucuk mata pemain lain.

Gara-gara gaya rambut ala paku yang tajam, seorang pemain bola sepak dibuang padang oleh pengadil semasa perlawanan liga di Melbourne yang berlangsung minggu lalu.

Nathan Van Someren pada mulanya dilayangkan kad kuning ketika pasukannya, Simpson menentang Daerah Otway di Colac.

“Sebelum perlawanan berlangsung pengadil menyatakan saya tidak boleh bermain dengan gaya rambut sebegini kerana ia membahayakan pemain lain,” kata Van Someren.

“Kami semua menyangka ia hanya gurauan, kerana sebelum itu beberapa orang pengadil turut secara berjenaka menegur rambut saya.

“Saya sempat bermain sehingga masuk separuh masa kedua sebelum dibuang padang kerana alasan rambut yang membahayakan,” katanya.

Van Someren, 25, bagaimanapun berkata, dia tidak bercadang untuk menukar gaya rambutnya kerana pegawai perlawanan kemudiannya memutuskan tindakan pengadil itu adalah salah. - Utusan

Tuesday, May 10, 2011

Shamsul AMK dah jadi Detektif Conan. "Insiden sabotaj ini tentunya ejen BN" !!


Malaysiakini menulis : Pemandu Syak Kenderaan Anwar Disabotaj

Itu adalah tajuk berita Malaysiakini yang kelihatan seperti satu kenyataan sebab tiada tanda soal diletakkan.

Maknanya di sini, kenderaan Anwar memang sah disabotaj walaupun pihak polis belum buka kertas siasatan.

Yang di bawah ni lagi hebat. Tak sangka pula orang dalam PKR ada bakat jadi Detektif Conan.

"Saspek terbesar insiden sabotaj ini tentunya ejen BN! ". Itu kata Detektif Conan Ketot.



Macam gampang. Ptuih !

Tahniah Tan Sri.


Kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dilanjut selama dua tahun.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di sini Selasa.

Ismail dilantik sebagai KPN berkuatkuasa pada 13 September tahun lalu, menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tamat selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).-Mstar

Bolehkah BN tumbang hanya kerana harga gula naik 20 sen?



Hari ini gula naik harga 20 sen. Daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilo.

KPDNKK sudah beri alasan dan sebab kenapa harga gula terpaksa dinaikkan iaitu untuk merasionaliasasi subsidi. Orang kampung macam saya tak faham sangat apa makna rasionalisasi subsidi. Kalau KPDNKK terus terang cakap untuk potong subsidi barulah kami faham.

Paling tak boleh
blah adalah dengan ayat berikut "harga runcit gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina".

Saya nak bagi sedikit peringatan pada pembuat keputusan yakni kerajaan. Alasan begini boleh buat rakyat sakit hati. Hati rakyat akan panas, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas sekarang. Kerana alasan sebegini lah juga BN hampir tersungkur dalam pilihanraya tahun 2008.

Saya masih ingat kerajaan BN naikkan papan tanda 'perbandingan harga barang antara negara ASEAN' di sepanjang lebuh raya PLUS. Dari KL hingga ke Utara. Ketika ini rakyat berpusu-pusu balik ke kampung untuk mengundi. Terpandang pula papan tanda sebegini. Akibatnya, kertas undi jadi tempat rakyat buat protes.


Monday, May 9, 2011

Malaysia Memang Pengeluar Minyak Tapi Lebih Banyak Mengimport. Ini Fakta Yang Perlu Kita Ambil Tahu.


Kedua Termurah Di Asia Tenggara


JIKA dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (S$2.12) seliter bagi RON 95, diikuti Thailand (RM3.91), Filipina (RM3.90), Indonesia (RM3.18), Vietnam (RM3.14) dan yang paling murah ialah Brunei (RM1.28 untuk RON 97).


Rakyat Singapura Bayar Lebih Untuk Petrol Berbanding Rakyat Kita


Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000 sebulan masih perlu membayar S$2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.


Mengapa Brunei Tidak Boleh DIbandingkan Dengan Malaysia?


Harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.


Berdasarkan data Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei ialah negara keenam terkaya di dunia, satu tangga di belakang Amerika Syarikat dalam senarai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita terbanyak.


Malaysia Memang Pengeluar Minyak Tapi Lebih Banyak Mengimport.


Malaysia sememangnya ialah negara pengeluar minyak, namun ia bukanlah pengeluar yang utama. Malaysia tidak pun layak untuk menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kerana ia lebih banyak mengimport minyak untuk kegunaan sendiri daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.


Berdasarkan maklumat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia dengan jumlah pengeluaran 703,920 tong sehari. Jika dibandingkan dengan sepuluh negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol keempat termurah.


Sumber - Utusan Malaysia


Sunday, May 8, 2011

Kristian Agama Rasmi : Utusan Malaysia cuma bertanya..adakah ia benar berlaku.



Tahniah kepada Utusan Malaysia memuatkan berita bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" di muka hadapan akhbar anda. Walaupun Utusan hanya membangkitkan persoalan dan bukan bersifat kenyataan mutlak, namun ia memberikan satu mesej penting kepada umat Islam di negara ini agar sentiasa beringat dan tidak mudah lupa. Ini adalah hak rakyat untuk tahu apa agenda tersirat kelompok tertentu di negara ini.

Terasa sangat lucu bila melihat respon pemimpin Pakatan Rakyat berhubung persoalan "Kristian Agama Rasmi?" ini. Utusan tidak pula mengusik atau mengaitkan mereka secara langsung, tapi tiba-tiba pula ramai yang berkokok. Seolah-olah terkena batang hidung sendiri. Masa ini barulah kita dengar mereka berkata "kita akan mendokong Perlembagaan Malaysia, Islam agama rasmi...bla bla bla". Eh...kenyataan apa ni? Macam nak 'cuci dosa' pula.

Kita tahu Utusan makin kerap diserang kiri dan kanan, depan dan belakang. Ada kelompok tak puas hati dengan akhbar yang menjadi wadah orang Melayu di negara ini. Percayalah, lagi rancak mereka menyerang Utusan, lagi ramai rakyat akan membaca Utusan.



Friday, May 6, 2011

Statistik terkini pemilih baru


Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mencatatkan peningkatan jumlah mereka mendaftar sebagai pemilih baru – lebih 300,000 orang mengemukakan permohonan pada suku pertama tahun ini.


Angka itu mengatasi lima suku terakhir sebelum ini dan mengalami peningkatan peningkatan ketara.Ia juga dua kali ganda lebih tinggi berbanding suku pertama tahun lalu.


Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku pertama tahun 2011 iaitu dari Januari hingga Mac, SPR menerima 301,171 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 59,075 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.


Arah aliran peningkatan jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihan raya umum ke-12, yang berlangsung pada suku pertama tahun 2008.- MI


Jom kita sanggah kenyataan Nik Aziz !!

Saya nak bertanya kepada anda semua...

1. Adakah kepala anda telah diacukan dengan senapang ketika mahu pergi ke masjid tadi untuk bersolat Jumaat?

2. Adakah anda pergi ke masjid dengan perasaan gerun dan gementar, takut-takut kalau anda diserang hendap atau dibom?

3. Adakah masjid atau surau di Malaysia dilarang untuk melaungkan azan?

4. Adakah subjek Pendidikan Islam diharamkan untuk di ajar di sekolah rendah dan menengah di Malaysia?

5. Adakah ulama-ulama di Malaysia ditindas dan dianiaya?

6. Adakah selama anda hidup di Malaysia ini, anda rasa terkongkong untuk mengamalkan cara hidup Islam?


Jika jawapan anda semua adalah TIDAK, mengapa orang tua yang kita kenali ini keluarkan kenyataan yang terlalu dangkal dan mengarut. Seolah-olah, selama ini bumi yang kita pijak dan junjung ini berada dalam keadaan huru hara dan tidak aman.



Kalau orang tua ni nak berkias dan menyindir pun, buatlah macam orang yang berilmu tinggi. Bukan macam orang tua yang nyanyuk.

Shamsul AMK akan 'beraksi' di Masjid Negara hari ini?


Kita ke masjid nak solat. Dia ke masjid nak berhimpun.

Thursday, May 5, 2011

Shah Alam - Bandaraya Jalan Berlubang?

KERETA terpaksa bergerak perlahan untuk mengelak daripada terhentak akibat permukaan Persiaran Kemajuan di Seksyen 16, Shah Alam, yang rosak teruk.


Paku dulang, paku serpih. Dulu mengata Kerajaan Persekutuan tidak menjaga infrastruktur dengan baik tetapi apabila mentadbir Selangor, parti pembangkang sendiri gagal melaksanakan tugas tersebut.

Buktinya, selepas tiga tahun kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor mentadbir, masalah jalan berlubang dan turapan tidak rata di negeri ini masih tidak dapat diatasi.

Lebih memalukan, keadaan itu turut dilihat di beberapa jalan utama di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ini termasuk di sekitar Persiaran Kemajuan, Seksyen 16; Persiaran Budiman, Seksyen 25; Persiaran Sukan, Seksyen 13, Persiaran Hishamuddin, Seksyen 13; Seksyen 15 dan Seksyen 20.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lubang-lubang dan jalan tidak rata ada yang telah lama wujud dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki. Contohnya, lubang besar sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedalam 13 sentimeter yang lokasinya agak terlindung di Persiaran Kemajuan, Seksyen 16.

Ada jalan rosak yang telah diperbaiki tetapi kembali berlopak ekoran kerja-kerja turapan yang tidak sempurna dan tidak rata atau ala kadar hingga boleh mengundang bahaya seperti di Persiaran Budiman, Seksyen 25 dan sekitar Persiaran Selangor, Seksyen 16.

Lubang-lubang dan jalan tidak rata yang wujud di laluan utama ini bukan sahaja menyakitkan mata malah boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan terutama penunggang motosikal, selain menyebabkan kerosakan kenderaan.

Sepatutnya, sebagai ibu negeri yang bertaraf bandar raya dan diiktiraf sebagai negeri maju, masalah infrastruktur sepatutnya tidak dibiarkan dan segera diatasi.

Ini kerana jalan raya merupakan penghubung dan laluan keluar masuk orang ramai ke Shah Alam termasuk pelancong asing yang datang ke ibu negeri ini.

Keindahan ibu negeri Selangor ini sepatutnya tidak dicacatkan dengan lubang-lubang dan tampalan yang menyakitkan mata memandang.

Kerajaan PKR Selangor juga perlu prihatin tentang keselamatan warga Shah Alam di jalan raya terutama pengguna motosikal yang turut terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi di sekitar bandar raya ini. - Utusan Malaysia

Nasionalis1982 - Sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Selangor, banyak jalan raya makin berlubang. Malah lubangnya makin besar pula. Bukan makin mengecil.

Cuba tanya Khalid Samad selaku Ahli Parlimen Shah Alam, lubang mana yang dia sibuk nak tutup? Of course lubang Anwar Ibrahim.

Wednesday, May 4, 2011

Anwar Doll?


Saya telah melihat video sidang media yang dijalankan oleh Anwar Ibrahim di pejabat Keadilan Tropicana. Walaupun Anwar sering berbulu dengan wartawan, namun beliau dengan muka tak malunya beliau tetap menjemput wartawan datang ke pejabatnya. Umpama pungguk rindukan bulan kan? kan? kan?

Apa yang menarik dalam sidang media ini adalah kehadiran Hadi Awang, Presiden PAS. Saya agak beliau telah dijemput oleh Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan wartawan bagi menjelaskan isu video seks dan sumpah laknat Eskay.





Secara jujurnya, saya amat bersimpati dengan Hadi Awang. Tak pasal-pasal dia kena bersoal jawab dalam isu peribadi Anwar. Wartawan soal Anwar, tapi Hadi Awang kena jawab. Wartawan soal Anwar lagi, Anwar diam dan jegil mata pada Hadi Awang. Hadi Awang tak dapat buat apa dan kena jawab pada wartawan lagi. Wan Azizah sengih memanjang.


Adakah Hadi Awang sedar atau tidak yang dia sudah jadi Anwar Doll? Kawan-kawan, cepat selamatkan Hadi Awang. Jangan biar dia terus hanyut dalam 'pelukan' Anwar.



Hadi Awang tak layak jadi pengkritik AF sebab dia tahu kondem saja.


Tuan-tuan jangan keliru. Ini bukan artikel mengenai Akademi Fantasia @ AF.


Saya cuma kaitkan program tersebut dengan sikap Hadi Awang yang begitu berselera besar menjadi benteng kepada Anwar Ibrahim. Kalau Hadi Awang nak kritik, kritiklah dengan sihat. Tapi dengan Anwar Ibrahim, lain sungguh nadanya. Manja-manja gitu.


Terbaru adalah mengenai sumpah laknat Eskay. Hadi Awang berkata "Eskay pegang Al Quran tapi tak ikut hukum". Banyak lagi yang diulas oleh Hadi Awang. Namun apa yang saya lihat, semua kenyataannya berpaksikan politik dan Anwar Ibrahim.


Jika Hadi Awang nak kondem sumpah laknat Eskay, dia boleh berbuat demikian. Namun, bak kata pepatah, "buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan".

Kondem, kondem jugaklah. Tapi apa kata Hadi Awang tunjuk cara sumpah yang betul pada Eskay. Betul pada mata Hadi Awang dan juga Nik Aziz. Ye tak?


Hadi Awang pun janganlah segan-segan nak ajar Anwar Ibrahim sumpah ye.Member tu duduk kat sebelah u je. Pergilah bisik kat telinga dia. "Bersumpahlah...bersumpahlah"


Penguatkuasaan HANCUR!! Kenderaan berat tetap guna lebuh raya pada waktu puncak.

PLUS ! Dulu u kasitau sama kami, kenderaan berat kelas dua dan kelas tiga dilarang guna lebuh raya selama 3 jam bermula jam 6.30 pagi. Kalau langgar peraturan ni, kena kompoun RM300.

Tapi sekarang apa cerita? PLUS sudah lupa atau buat-buat lupa?

Masa peraturan ni dikuatkuasakan dulu memang nampak cantik. Tak nampak langsung kelibat atau bayang-bayang kenderaan berat. Pengguna kenderaan ringan macam kami rasa amat selesa. Perjalanan ke pejabat lancar. Tapi untuk 2 ke 3 minggu je la. Lepas tu paham-pahamlah. Mimpi ngeri beb.

Papan tanda larangan untuk kenderaan berat memang ada dipasang. Kampi pun nampak. Kaler merah lagi. Tapi pemandu kenderaan berat agaknya buta huruf. Tak reti bahasa.

Jadi di manakah pihak berkuasa? Masa ni lah u'all kena bertindak. Tahan dan beri saman serta merta. Tapi sayang...penguatkuasaan hancor !

Tuesday, May 3, 2011

Inilah bukti PAS sayang sangat sama DAP..hahahaha


Inilah dia DAP yang amat dipuja dan disayangi PAS. hehe..
So jangan haraplah PAS nak keluar dari pelukan hangat DAP.