Monday, August 29, 2011

Perhatian kepada rakyat Selangor : PBT kini telah ambil alih pengurusan pembersihan awam daripada Alam Flora

Penduduk di Selangor yang ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan pembersihan awam di kawasan masing-masing kini perlu mengajukannya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Alam Flora Sdn Bhd yang sebelum ini mengendalikan perkhidmatan pembersihan awam, dalam satu kenyataan hari ini berkata perkhidmatan itu telah diambil alih sepenuhnya oleh PBT berkuat kuasa 1 Ogos.

Perkhidmatan tersebut mencakupi antara lain pembersihan longkang, menyapu jalan, pembersihan taman permainan, pemotongan rumput, kutipan sampah kebun, kutipan sampah pukal, pembersihan sampah haram dan pelupusan bangkai haiwan.

"Bagaimanapun perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti kutipan sampah domestik di setiap rumah di Selangor masih lagi dikendalikan Alam Flora," kata kenyataan itu. - Mstar

So, selepas ni kalau anda alami masalah berkaitan longkang, jalan, rumput atau lalang, terus hubungi PBT masing-masing. Pihak Alam Flora tidak lagi bertanggungjawab.
Link
Ini adalah keputusan kerajaan negeri Selangor PKR pimpinan Khalid Ibrahim. Kita tunggu dan lihat..sejauhmana efisien PBT dibawah regim Khalid menguruskan perbersihan awam di Selangor.

Sunday, August 28, 2011

Mat Sabu dah nyanyuk atau amnesia?

Biasalah...bila dah 'terlepas cakap', mula lah gelabah.
Kemudian cakap 'saya tak ingat, saya lupa, saya nyanyuk' untuk selamatkan diri sendiri.

Mat Sabu tak perlu risau. Kalau hang lupa apa yang hang dah cakap pasal tragedi Bukit Kepong, blogger pisau.net ada rakaman video. Tapi video ni hanya ada satu angle saja. Tak macam video seks anugerah tuhan, ada empat angle.

Wajah Mat Sabu memang jelas. Clear! Jadi susah nak spin cakap 'rupa mcm saya, suara macam saya tapi itu tak semestinya saya.'

Anda saksikanlah video ceramah dibawah. Memang sahih! Mat Sabu menyokong komunis.



Minit 0:26
"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup."

Minit 0:44
"Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung"

Minit 1:40
"Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak"

Saturday, August 27, 2011

Jadual Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri


Hari Raya Pertama

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, (10 pagi-1 petang)

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, di Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, Wilayah Persekutuan. (1 petang – 6 petang)

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dataran Bagunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. (11 pagi – 3 petang)

Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Istana Bukit Beruang, Melaka. (10 pagi – 3 petang)

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di Pusat Konvensyen Borneo, Sejingkat, Kuching, (BCCK) Sarawak. (11 pagi – 5 petang)

Hari Raya Kedua

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Sejingkat, Kuching. (10 pagi – 3 petang)

Sumber-Mstar

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri @ Nasionalis1982


Sempena bulan mulia yang akan menjelma ini, kami blogger Nasionalis1982 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada pembaca dan pelawat setia blog ini.

Kami memohon maaf jika terdapat sebarang salah dan silap yang mungkin kami sendiri tidak sedari. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan galakan anda semua.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan hati-hati.



Liwat 2.0 : Live Dari Mahkamah Jalan Duta

Hari ini sudah masuk hari kelima prosiding membela diri kes Liwat 2.0 Anwar Ibrahim.

Dikhabarkan Dr Brian McDonald, dari Australia, iaitu saksi keempat pihak pembelaan masih disoal oleh peguambela Anwar iaitu Ram Karpal Singh.

Kita masih menunggu sesi pemeriksaan balas(cross examination) yang akan dijalankan terhadap Dr Brian Donald.

Dijangka pendakwaraya Dato Yusuf berusaha 'kerat lapan belas' hujah-hujah Dr Brian.

Untuk mengetahui perkembangan terkini, sila layarai blog The Unspinner. KLIK SINI



Thursday, August 25, 2011

DS Najib akan turun ke kubu Anwar Ibrahim 11 Sept. Permatang Pauh Menjerit !!


Dijangka 10 ribu tetamu akan hadir ke Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh pada 11 September ini.

Bukan saja DS Najib yang akan turun. Malah Menteri-Menteri Kabinet pun mungkin akan turut serta.

Anwar Ibrahim pun dijemput hadir sama..datang jangan tak datang..hehe


"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Akhirnya saya buat keputusan sbg saintis nuklear"

Gambar : Sebelah kanan adalah Fuziah Salleh manakala Dr Che Rosli di sebelah kiri.

Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh bermain emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.

Dia menakutkan penduduk Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami kesan radiasi yg sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.

Semalam, 2 orang saintis termasuk Ahli Parlimen PAS Hulu Langat iaitu Dr Che Rosli Che Mat tampil menceritakan hal sebenar.

Untuk pengetahuan anda, Dr Che Rosli ini bukan calang-calang orang. Dia bukan ahli politik tong kosong seperti Mahfuz Omar, tapi merupakan seorang saintis nuklear.

Dalam buletin utama TV3 semalam, Dr Che Rosli 'membedil' Ahli Parlimen Kuantan, parti PAS serta Harakah berhubung kilang Lynas. Saksikan video di bawah.



Minit 2:03
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

Minit 2:35
"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."


Ketegasan Dr Che Rosli patut dicontohi. Dia sanggup ketepikan soal undi dan politk. Yang lebih penting adalah fakta dan kebenaran.

Apa komen Fuziah Salleh? Nak tuduh Dr Che Rosli telah 'dibeli'?

Kami pasti Fuziah Salleh tak senang duduk. Isu Lynas meruapakan nyawa politiknya. Jatuh bangun dalam PRU akan datang bergantung sepenuhnya dalam Lynas.

Mungkin kerana Lynas jugaklah, kerusi parlimen Kuantan boleh lepas dari genggaman Fuziah.

Wednesday, August 24, 2011

Pakatan Rakyat Selangor berada diambang kekalahan??


Nampaknya Pakatan Rakyat di Selangor sudah dapat hidu kekalahan dalam PRU akan datang.

Masakan tidak, pihak Pakatan terutamanya PAS telah keluarkan statement 'bunuh diri'.

Sebelum turun bertanding lagi, PAS dah keluar bermacam jenis alasan. Kali ini isu 'daftar pemilih kotor' pula. Baik punya cerita.

Orang dah tahu nak kalah..macam tu lah.

Nampaknya PAS makin rasai 'ombak besar' yang melanda rakyat Selangor terutamanya selepas peristiwa JAIS menjalankan pemeriksaan(bukan serbuan) di gereja DUMC.

Pengundi Selangor memerhati saja gelagat dan pendirian PAS yang kelihatan amat 'bergoyang-goyang'. Tidak tegas dan kerap kali flip flop. Akidah tak penting. Undi lebih penting kan..kan

So, isu 'daftar pemilih kotor' hanya alasan buat PAS untuk tutup kemaluan menjelang PRU akan datang. Itu sahaja.

Liwat 2.0 : Pakar forensik mengakui penetrasi @ tusukan berlaku??

Hari ini merupakan hari ketiga prosiding membela diri Anwar Ibrahim.

Paling menarik, pihak pendakwa akan menyoal balas pakar forensik Dr David Wells.

Dengar cerita, suasana agak panas di mahkamah. Anwar Ibrahim diberitakan sedang berada dalam keadaan risau dan keliru. Ini semua gara-gara kenyataan yang diberikan oleh Dr David bahawa "berlakunya penetrasi(tusukan) pada rektum".

Untuk mengetahui perkembangan terkini dari Mahkamah Jalan Duta, sila ke blog The Unspinner.
(Klik SINI)



Edisi Mantap !! AMK Johor menang hadiah kemejaT 1Malaysia daripada DS Najib

Malam tadi DS Najib melalui twitternya telah mengajukan satu soalan kepada pengikutnya. 10 orang pertama yang menjawab dengan jawapan yang betul akan menerima kemeja T 1Malaysia.


Soalan oleh DS Najib : Apakah 2 perkataan terakhir dlm lagu kebangsaan?

Tidak lama selepas itu, DS Najib telah senaraikan 10 nama pemenang. Dalam 10 nama itu, ada satu nama yang menarik perhatian kami iaitu AMK Johor @ Angkatan Muda Keadilan Johor.

Betul kata orang..hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong. Apapun, tahniah lah pada AMK Johor.

Bila dah dapat hadiah kemeja T 1Malaysia tu, jangan segan-segan nak pakai. Lepas tu upload gambar kat FB @ Twitter k.

Tuesday, August 23, 2011

Terbaekkk punya spin !!


Akhbar Kompas sudah minta maaf pada DS Najib berkenaan fitnah terhadap DS Rosmah dan cincin RM24 juta.

Sepatutnya isu ini sudah selesai. Rakyat pun sudah jelas mana satu benar dan mana satu yang salah.

Malah ia menunjukkan kepada kita siapa kaki fitnah sebenarnya.

Namun demikian, fitnah ini rupanya tak pernah tidur.

Hari ini Malaysiakini keluarkan satu artikel bertajuk 'Muslihat Di Sebalik Permohonan Maaf Kompas'.

Bagi kami ianya artikel tahap sampah. Ia sengaja dibuat untuk timbulkan persepsi tidak baik terhadap DS Najib. Malah, ia bertujuan untuk memanjangkan lagi kekusutan.

Maaflah..hanya mereka yang otak dungu saja boleh termakan cerita dongeng Malaysiakini. Layan Wallace & Gromit lagi best lah woi.


Liwat 2.0 : Live Dari Mahkamah Jalan Duta


Hari kedua prosiding pembelaan kes liwat 2.0 Anwar Ibrahim bermula lebih kurang jam 9.00 pagi tadi di Mahkamah Jalan Duta.

Untuk mengetahui perkembangan terbaru, layari blog The Unspinner (klik SINI).


Video Terakhir Pemeriksaan JAIS 3 Ogos DUMC



Untuk makluman, rakaman video ini merupakan bahagian terakhir yang dimuat turun oleh blogger screwkuat(klik SINI). Video ini juga telah diupload di YouTube pada 22 Ogos oleh seseorang bernama
fantafruit44(klik SINI).

Blogger screwkuat turut menulis artikel bertajuk Bingkisan Aidilfitri : Pemeriksaan JAIS Bahagian III.

Semoga video ini dapat menepis segala persepsi dan provokasi yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak terhadap tanggungjawab yang dijalankan oleh JAIS.

Allahuakbar...Allah Maha Besar !!


Monday, August 22, 2011

DNA Dalam Dubur 2.0 : Pertama kali Peguam Cara Negara II dengar pembelaan sebegitu rupa


Sebaik sahaja Anwar Ibrahim selesai memberikan pembelaannya pada pukul 11.47 pagi, Peguam Cara Negara II iaitu Datuk Mohd Yusof berdiri dan memberitahu bahawa ini adalah kali pertama beliau mendengar pembelaan seumpamanya yang diberikan dari dalam kandang pesalah.

“Saya sangat berminat untuk menyoal balas tertuduh berhubung kenyataannya yang tidak berkaitan dengan kes ini,” tambah Mohd Yusof.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, pembelaan yang diberikan dari kandang pesalah tidak boleh disoal balas oleh barisan pendakwaan.

Gelagat Anwar hari ini memang menarik. Tak puas dia mendendangkan 'Lagu Irama Liwat 1998' di pentas ceramah pulusuk tanah air, kini dia menjadikan pula kandang tertuduh sebagai tempat melepaskan perasaan.

Sesi pembelaan yang sepatutnya dipenuhi dengan fakta bagi membela diri bagi menafikan bagaimana DNAnya boleh berada di dalam dubur Saiful Bukhari, namun sesi berkenaan telah dipenuhi dengan penafian, spekulasi, dan persepsi. Skrip konspirasi turut diulang siar oleh Anwar.

Sebab itulah pendakwaraya pun terkejut. Tak pernah lagi dia lihat cara orang membela diri seperti Anwar Ibrahim.

DNA Dalam Dubur 2.0 : Anwar lagi-lagi bangkitkan soal 'konspirasi'


Dalam kes Liwat 2.0 yang berlangsung di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi, ada beberapa isu yang 'diulang siar' oleh tertuduh iaitu Anwar Ibrahim.

Pertama, tuduhan konspirasi.
Kedua, isu pemecatan oleh Tun Dr M.
Ketiga, kes liwat 1.0 pada tahun 1998.

Selain itu, tertuduh terus menyalahkan tindakan hakim sebagai berkata 'menindas haknya dalam mendapatkan perbicaraan adil'.

Perbicaraan adil untuk siapa? Anwar atau Saiful Bukhari?

Anwar Ibrahim memang amat 'istimewa'. Dia bukan saja boleh bercakap di pentas ceramah malah juga di dalam mahkamah.

Kami dan rakyat Malaysia tak pernah lupa keputusan kes Liwat 1.0 dulu. Ya, benar. Anwar Ibrahim dibebaskan pada tahun 2004. Tapi, ingat kembali apa kata hakim ketika itu.


“Kami (hakim-hakim) menemui bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu, Anwar dan Sukma, telah terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa dakwaan aktiviti homoseksual yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, apartmen Sukma Darmawan, beberapa ketika dahulu, benar-benar berlaku.” (Sumber)

Akhirnya, Anwar dibebaskan pada tahun 2004 kerana berlaku pertikaian tarikh sebenar kejadian liwat tersebut.

Liwat 2.0 : Live Dari Mahkamah Jalan Duta


LinkLiwat 2.0 : Live dari Mahkamah Jalan Duta.
Untuk mengetahu perkembangan terbaru, sila klik SINI.
Dibawakan khas oleh blog The Unspinner.

Friday, August 19, 2011

Janji-janji manis. Cakap tak serupa bikin




Tidak menepati janji adalah salah satu ciri munafik. Ia juga salah satu bentuk kezaliman.

Soalan kami, berapa banyak janji telah ditunaikan oleh pemerintah negeri sejak menang dalam PRU12? Sila rujuk manifesto di atas.

Tabung permulaan RM100 untuk anak kelahiran Selangor. Ada sesiapa yang sudah terima? Bagaimana pula dengan bantuan RM75 untuk anak yang dihantar ke nurseri?

Itu janji-janji yang dibuat di atas kertas. Tapi, bagaimana pula dengan janji yang dibuat atas pentas ceramah?

Ingat lagi tentang rumah kuarters exco Selangor di Seksyen 7?






Seorang pemimpin berceramah di padang permainan Seksyen 7 berkata "Bila kita menang SAHAJA di Selangor ni, kita akan jual rumah-rumah itu dan duitnya kita guanakan untuk manfaat orang Selangor. Atau, kalau kita tidak jual, kita akan jadikan is rumah kebajikan!" Klik
SINI.

Bergegar kawasan ceramah dengan sorakan dan tepukan hadirin. Sekarang apa sudah jadi dengan rumah berkenaan? Adakah ianya sudah dijual? Penduduk Seksyen 7 Shah Alam mungkin ada jawapannya.

Janji-janji manis. Cakap pula tak serupa bikin. Itu contoh orang munafik.



Thursday, August 18, 2011

Pelajar Saman Khazanah Selepas Gagal Dapat Biasiswa ??? Boleh ke macam ni??


Kes 1 : Ahmad menghadiri satu sesi temuduga kerja di sebuah syarikat. Sepanjang proses temuduga itu, Ahmad berjaya menjawab setiap soalan yang ditanya oleh penemuduga dengan lancar dan penuh yakin. Selang 2 minggu kemudian, Ahmad telah dimakumkan bahawa dia tidak berjaya dalam temuduga dan gagal mendapat kerja di syarikat berkenaan. Soalan kami, bolehkah Ahmad menyaman syarikat berkenaan?

Kes 2 : Dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu lalu, ramai peminat meramalkan lagu nyanyian Faizal Tahir akan jadi juara kerana lirik dan melodinya yang menarik. Namun demikian, lagu berkenaan tidak dipilih sebagai juara sebaliknya lagu Ana Raffali jadi pilihan juri. Soalan kami, bolehkah Faizal Tahir menyaman penganjur Anugerah Juara Lagu?

Cuba anda baca kes di bawah ini dan kaitkan dengan kes di atas tadi.


Seorang pelajar yang gagal mendapat Biasiswa Khazanah-Cambridge menfailkan saman terhadap Khazanah Nasional Berhad dan tiga lagi.Chan Xian Yao, 19, memfailkan saman itu melalui firma guaman bapanya Chan Chow Wang di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, Khamis.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, pengarahnya Azman Mohd Hussein, Khazanah dan Yayasan Khazanah sebagai defendan.Dalam saman itu Chan memohon perisytiharan bahawa pemberian Biasiswa Khazanah-Cambridge kepada tiga penerima adalah tidak sah.

Dia juga memohon pampasan dan ganti rugi kerana mengalami perasan malu dan tekanan akibat gagal mendapat biasiswa itu.Chan, yang ditawarkan tempat di Universiti Cambridge selama empat tahun bagi mengikuti kursus kejuruteraan kimia bermula Oktober tahun ini, mendakwa defendan tidak menjalankan proses pemilihan yang baik atau adil semasa peringkat pemilihan.

Pelajar itu berkata, Yayasan Khazanah telah menghantar satu e-mel kepadanya menyatakan dia tidak berjaya dalam permohonannya tanpa sebarang alasan.Katanya, defendan dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Jun lepas telah menyatakan hanya tiga pemohon diberi biasiswa itu tanpa memberi maklumat pemohon itu seperti nama, kursus atau keputusan akademik mereka.-Mstar



Pada pendapat anda, bolehkah seorang pelajar yang gagal mendapat biasiswa menyaman syarikat yang menawarkan tajaan biasiswa berkenaan?


Hai...macam-macam hal. Macam ini pun boleh jugak ke. Bikin dunia makin pening.


Selepas cubaan menolak hakim, kini Anwar cuba menolak peguam pula


Orang lain tak betul. Dia saja yang betul.
Tak habis-habis. Semua orang nak ditolaknya.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim sibuk nak menolak Hakim Mahkamah Tinggi daripada mendengar kes perbicaraan liwatnya. Namun, cubaan tersebut gagal, gagal dan gagal.

Kini Anwar Ibrahim sekali lagi cuba menolak. Bukan lagi menolak hakim tapi kini cuba menolak peguam Zainul Rijal yang mewakili Pendakwa Raya Syariah, Ketua Pengawah Jawi dan juga Dato Jamil Khir.


" Anwar sewaktu mengulas berkata Zainul Rijal sebagai seorang peguam syariah menghina mahkamah syariah apabila melambat-lambatkan perbicaraan kes itu dan mencampuri perjalanan kes Fitnah II di Mahkamah Sivil.

“Kes ini kita majukan sebab sejak 2008, pendakwa, Menteri Agama Umno, halang pendakwaan dari berlaku. Sebagai seorang yang mengaku sebagai peguam Muslim, dia sibuk (mengganggu) kes mahkamah sivil.


Anwar Ibrahim cakap Zainul Rijal menghina mahkamah syariah kerana melambat-lambatkan perbicaraan. Ini memang tak boleh blah. Statement tahap maharaja lawak. Kata dulang paku serpih...


Ulasan akhbar Cina mengenai pemeriksaan JAIS ke atas DUMC

Kami memetik beberapa fakta yang ditulis oleh akhbar cina mengenai pemeriksaan JAIS (bukan serbuan) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).


Artikel dalam akhbar cina Nanyang Siang Pau ini ditulis oleh pengkritik semasa, Loh Hon Chew.

1. Pegawai JAIS dan polis yang tidak mendapat perintah mahkamah telah menggeledah gereja DUMC ketika satu majlis makan malam diadakan.

2. Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor turut meluahkan perasaan tidak berpuas hati kerana merasakan JAIS telah menyalahgunakan kuasa.

3. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menyokong sepenuhnya tindakan JAIS itu.

4. Perbuatan beliau dikritik semua pihak. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Exco Selangor dari parti itu, Teresa Kok telah memarahi Hasan. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dari PAS turut membuat teguran dengan menyatakan Hasan perlu tahu batas-batasnya.

5. Apa yang berlaku ini telah menyebabkan, Hasan terperangkap dan dikelilingi musuh.

Untuk membaca artikel penuh, sila klik DISINI.

Wednesday, August 17, 2011

Entri tanpa ulasan. Hanya foto semata-mata.

Kredit untuk Minaq Jinggo

Video Menggemparkan : Perusuh London serang penunggang scooter




Info terbaru : Perusuh-perusuh London bakal ditawarkan watak sebagai beruk berpenyakit sawan babi dalam filem Rise of the Planet of the Apes Episode 2 yang akan ditayangkan tahun 2013. Sekian.


Nama Nazir Razak sebagai tajuk berita sedangkan ganjaran tertinggi milik Pengarah Genting


Majalah Malaysian Business telah mengeluarkan satu senarai nama pengarah yang terima bayaran tertinggi tahun 2010.

Daripada 10 orang itu, hanya ada satu nama milik orang Melayu/Islam iaitu Nazir Razak.

Malaysiakini highlightkan nama Nazir Razak sebagai tajuk utama berita 'CIMB bayar Nazira Razak 12 juta tahun lalu'.

Kenapa nama Nazir Razak digunakan sedangkan dia berada di ranking keempat?

Kenapa tidak nama TS Kim Kok Thay sebagai tajuk berita sedangkan dia adalah penerima ganjaran tertinggi tahun 2010 sebagai Pengarah Genting?

Permainan dan strategi media pro-pembangkang sangat mudah dibaca. Propagandanya sangat halus.

Nazir Razak itu Najib Razak.
Najib Razak itu Perdana Menteri.
Perdana Menteri itu UMNO.
Umno itu Melayu/Islam.

Tak dapat serang Najib Razak, mereka serang Rosmah Mansor.
Gagal serang Rosmah Mansor, maka senjata pun dihala pada Nazir Razak.


Tuesday, August 16, 2011

Pentadbiran MBPJ : Penafian dan ketakutan


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan dakwaan sebuah blog papagomo.com
bahawa beliau mencampuri urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) khusunya berkaitan khabar angin pihak berkuasa tempatan itu akan menyita Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) Khamis lepas.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, beliau tidak pernah menghubungi MBPJ dan mengarahkan supaya membatalkan operasi berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan campur tangan saya dalam pentadbiran MBPJ, malah saya tak pernah berurusan dengan MBPJ," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Sabtu lalu, papagomo menyiarkan dua salinan minit mesyuarat yang didakwa berkaitan laporan 'ops sita DUMC oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ'.


klik imej

klik imej

Menerusi minit berkenaan menyatakan kronologi campur tangan beberapa pemimpin pembangkang termasuk exco kerajaan negeri Selangor yang mengarahkan agar operasi menyita premis berkenaan dibatalkan.

Sebelum ini MBPJ mengesahkan bahawa DUMC dibina secara haram tanpa kelulusan pihaknya.

Sehubungan itu Khalid bersama ahli MBPJ pada Selasa membuat satu laporan polis terhadap papagomo yang didakwa memalsukan minit mesyuarat MBPJ. - Mstar

Allahuakbar..semoga video ini dapat merungkai segala kekusutan.

Tuan-tuan, ini soal akidah. Bukan soal undi pilihanraya atau kelebihan politik.
Alhamdulilllah, video ini hadir tepat pada masanya ketika JAIS diserang kiri dan kanan, depan dan belakang oleh puak pelampau.

Allahuakbar..Allah Maha Besar. Kebenaran tetap menjadi milik Islam.
Semoga para penyokong gereja dibukakan hati untuk bertaubat.



Pemimpin yang berundur selepas tsunami PRU 2008


1. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
- Bekas Presiden UMNO


2. Dato' Seri S. Samy Vellu
- Bekas Presiden MIC



3. Tan Sri Ong Ka Ting
- Bekas Presiden MCA



4. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon??????
- Masih Presiden Gerakan


Selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah. Tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan.

Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan. Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang. Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir. Setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan. Yang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media.

Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia. Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka. Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang. Lalu Awang tertanya-tanya apakah beliau seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang? - Awang Selamat


Friday, August 12, 2011

Malaysiakini peroleh dana dari luar negara?


Tony Yew
dalam Stop The Lies (www.stopthelies.my) mendedahkan bagaimana Malaysiakini yang memperoleh sumber dana daripada Media Development Loan Fund (MDLF), sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan George Soros bagi membiayai operasinya sejak tahun 1999.

Katanya, MDLF sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa Malaysia tidak mempunyai saluran alternatif untuk menyampaikan suara berikutan kawalan kerajaan ke atas media dan dengan adanya Malaysiakini, sebuah portal berita bebas, mereka memanfaatkannya untuk menyalurkan pandangan dan berita ke seluruh dunia tanpa sekatan.

Blog ini mendedahkan, pada 1999, South East Asia Press Alliance menyediakan geran sebanyak AS$100,000 kepada Malaysiakini dan kemudian pada 2001, MDLF menerusi CAMP (Centre for Advanced Media, Prague) iaitu sebuah badan teknologi MDLF telah membayar Malaysiakini sebanyak RM188,000 untuk membangunkan aplikasi dipanggil Adengine dan setahun kemudian MDLF membuat pelaburan tambahan sebanyak RM1.3 juta dalam portal berita itu.

"MDLF mempunyai poket yang dalam (banyak wang) kerana mereka memperoleh dana dari sumber-sumber Association of Alternative Newsweeklies, Bank Vontobel, Calvert Social Investment Foundation, DOEN Foundation, Dreilinden gGmbH, Foundation for Democracy and Media, Fritt Ord Foundation, John D. and Catherine T. MacArthur Foundation, Omidyar Network, Open Society Institute, Oxfam NovibresponsAbility Ventures I, Swedish International Development Cooperation Agency (SIDA), Swiss Agency for Development and Cooperation, Alexej Fulmek dan David Haas.

"Apakah Premesh Chandran masih mengatakan tidak satu pun dana tersebut datang daripada George Soros? Saya tiada apa-apa dengan Soros tetapi dia yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan 1998. Jadi, dia bukan sahaja menjatuhkan nilai mata wang kita tetapi juga memberi wang kepada Malaysiakini," katanya.

Katanya, Malaysiakini boleh berbangga sebagai sumber berita bebas tetapi jika melihat kepada sejarah dan sumber kewangannya, ia nyata menceritakan segalanya.

-Dipetik dari kolum Isu Blog @ Rencana Utusan

Thursday, August 11, 2011

Perhatian!! Lihat apa akan berlaku jika huruf s dibuang dari perkataan blogspot.


PERHATIAN !!

1. Cuba anda buka mana-mana blog
contoh : nasionalis1982.blogspot.com

2. Kemudian, buka semula blog tersebut dengan membuang huruf s pada perkataan blogspot. Seperti ini --> blogpot.
contoh : nasionalis1982.blogpot.com

Lihatlah apa akan berlaku. Bukti taktik kotor 'mereka'.




Rusuhan London : 33% sokong polis gunakan peluru hidup

Golongan belia London mengamuk.

Hasil daripada undian yang dijalankan oleh akhbar The Sun mengenai cara yang patut digunakan oleh pihak polis dalam mengekang rusuhan di London, hasilnya adalah seperti berikut :

> 90% responden menyatakan water cannon(meriam air) patut digunakan manakala 78% responden menyokong penggunaan gas pemedih mata.

> Lebih 60% menyokong penggunaan pistol taser dan peluru getah

> 82% menyokong arahan perintah berkurung oleh pihak berkuasa

> 77% menyokong pihak tentera masuk campur, dan

> 33% menyokong polis guna peluru hidup !



Rusuhan London: Dirompak, dipukul..tapi ia tak akan patahkan semangat saya - Asyraf

Asyraf ketika terlantar di hospital. Beliau turut diziarahi Datuk Mukhriz Mahathir.

Asyraf berkata "walaupun menempuh pengalaman mengerikan dirompak dan dipukul namun dia tetap bersemangat untuk meneruskan pengajian di London".

Rakaman kejadian ini telah diupload di You Tube dan menarik perhatian jutaan penonton seluruh dunia.

Ia turut diulas oleh PM Britain David Cameron "sungguh menjijikkan bila melihat seorang lelaki muda berpura-pura mahu membantu ketika dia dirompak".

Asyraf kehilangan konsol PSP dalam kejadian ini.

Wednesday, August 10, 2011

Rusuhan Di London : Apa sebenarnya yang berlaku ?


Pada malam ketiga , kota London masih dicemari dengan rusuhan, keganasan dan rompakan.
Bagaimana rusuhan boleh tercetus? Apa puncanya?


Hari Pertama
Sabtu, 5.30 petang.
Seramai 120 berarak secara aman dari Broadwater Farm menuju ke balai polis Tottenham. Mereka menuntut keadilan untuk keluarga Duggan Mark.
3 jam kemudian, 2 kereta polis telah dibakar. Tingkap bangunan dipecahkan.


Perusuh mula melontar objek ke arah polis ketika polis menjalankan operasi bersurai.
3.00 pagi, Tottenham Hale Retail Park telah dirompak.
26 polis cedera, 42 perusuh ditangkap.
Pasukan bomba telah diancam ketika menjalankan tugas memadamkan kebakaran.



Hari Kedua
Ahad, 6.30 petang.
Di Enfield, perusuh melanyak kereta polis. Tingkap premis pula dipecahkan.
Sejam kemudian, 100 pemuda bertopeng berkumpul di balai polis.
Di Brixton, rusuhan bermula jam 9.30 malam. 3 polis dicederakan. Foot Locker Store dibakar.
Kedai lain turut menjadi sasaran perusuh iaitu Shepherd's Bush, Dalston, Chingford Mount, Walthamstow. Waltham Forest, Old Kent Road dan Ponders End.
Rusuhan berlanjutan hingga lewat malam melibatkan Oxford Circus, Holloway, Edmonton, Tottenham dan King's College Hospital.


Hari Ketiga
Isnin, 5.00 petang.
Ratusan perusuh menyerbu lori perdagangan, menyerang polis dan menghancurkan kedai-kedai di Hackney.
Di Peckham, bas dibakar perusuh. Polis arah semua kedai ditutup serta merta.
Di Lewisham, perusuh membentuk 'barricade' di luar balai bomba bagi menghalang tugas bomba memadamkan kebakaran.

Sumber- The Sun