Monday, December 31, 2012

Harapan Tahun 2013

1. Semoga negaraku kekal aman dan makmur.

2. Semoga kerajaan terus membantu dalam meringankan beban rakyat terutamanya peningkatan kos sara hidup di bandar khususnya.

3. Semoga agama Islam terus berkembang dan kuat di Malaysia.

4. Semoga rakyat akan lebih bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan tidak terlalu meminta-minta serta hanya tahu komplen sahaja.

5. Semoga kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib akan terus memerintah selepas PRU13.

6. Semoga DS Rosmah dibukakan hati untuk bertudung. (Kenapa saya mendoakan sedemikian? Kerana terdapat sekelompok rakyat telah dibutakan mata untuk melihat kerja-kerja amal yang dilakukan oleh DS Rosmah. Mereka hanya nampak isu tudung sahaja. Jadi tidak salah untuk kita berdoa agar DS Rosmah memakai tudung kan).

Thursday, May 3, 2012

BERSIH ITU GANAS

Rakyat Malaysia tidak lupa dan tidak pernah lupa betapa GANAS nya gerakan Bersih. Video ini akan menjadi bukti kepada semua, adakah rusuhan dan kemusnahan yang kita mahu?

BERSIH itu GANAS
ANWAR itu BERSIH


Selamatkan Malaysia, selamatkan Islam.

Monday, April 30, 2012

Ini bukan Unit Amal. Tapi Unit ANJ***. Sila jangan terasa.


PAS dah nafi. Ok lah. Tapi gambar ni bawah ni apa? 
Siapa yang meluru ke aras siapa? 
Adakah kelompok yang berbaju merah itu berlari ke belakang dengan gaya reverse?


Nampak seperti kelompok berbaju merah ini sedang menggempur barisan polis?




 Oh ya..ini BUKAN Unit Amal. Ini Unit Anjing Gila.


Sumber : Mstar

Friday, April 20, 2012

Adakan Pilihan Raya Secara Berasingan Di Selangor Libatkan Kos RM30 Juta

1. Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh
Sebab pilihanraya dijalankan : 
Wan Azizah 'telah dipaksa' untuk mengosongkan kerusi parlimen bagi memberi peluang kepada suaminya iaitu Anwar Ibrahim untuk bertanding
Kos ditanggung SPR : RM 500 ribu
Kos ditanggung PDRM : RM 2.5 juta

2. Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau, Kedah
Sebab pilihanraya kecil dijalankan :
Masalah dalaman parti menyebabkan perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau daripada PKR iaitu V.Arumugam
Kos ditanggung SPR : RM 400 ribu
Kos ditanggung PDRM : RM 5 juta

3. Pilihanraya  Kecil DUN Penanti, Pulau Pinang
Sebab pilihanraya dijalankan :
Juga disebabkan oleh masalah dalaman parti PKR. Ahli DUN Penanti iaitu Mohammad Fairus Khairuddin telah meletak jawatan.
Kos ditanggung SPR : RM 300 ribu
Kos ditanggung PDRM : RM 5 juta

Cuba tuan-tuan lihat. Oleh kerana parti PKR terlalu suka sangat bermain politik, 3 pilihanraya kecil terpaksa dilakukan. Bermula dengan Permatang Pauh, kemudian di Bukit Selambau dan seterusnya di Penanti. 

Alasan kenapa pilihanraya terpaksa dilakukan adalah cukup remeh iaitu 'masalah dalaman parti'. Masalah ini menimbulkan tekanan sehingga menyebabkan ahli DUN tension dan terpaksa meletak jawatan. Satu lagi alasan sangat sukar diterima berlaku di Permatang Pauh. Seorang isteri terpaksa beri laluan kepada suami untuk bertanding kerana suami sangat gila dan kemaruk nak jadi Perdana Menteri.

Akibat daripada permainan politik PKR, maka SPR dan PDRM terpaksa menelan kos yang tinggi untuk menjalankan pilihanraya.

Baru-baru ini, kerajaan PKR Selangor mula bermain politik lagi. Mereka bercadang untuk tidak mengadakan pilihanraya umum ke-13 serentak dengan pembubaran parlimen. Jika cadangan berkenaan dilaksanakan maka SPR akan tanggung kos sebanyak RM30 juta. Apakah Pakatan Pembangkang 'tidak ambil kisah' duit pembayar cukai yang terpaksa digunakan untuk agenda politik mereka?


Thursday, April 19, 2012

5 SEBAB ANWAR IBRAHIM PERLU DI TOLAK

YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati memberikan lima sebab kenapa Ketua Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ditolak dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Kelima-lima sebab itu adalah
1. Anwar menolak Islam dan berusaha keras meliberalkan PAS,

2. Menukar sistem negara ini kepada sistem Republik,

3. Menghadapi permasalah moral yang sangat berat,

4. Menyokong keselamatan Israel

5. Menyokong LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

 Selanjutnya, KLIK SINI

Propaganda?

Seorang yang berniat melakukan kejahatan tidak akan mendedahkan sebarang maklumat mengenai dirinya seperti nama, alamat, tempat kerja, ahli keluarga, tempat asal dan lain-lain.

Kalau mereka beritahu tandanya mereka tipu atau ia merupakan satu propaganda.


Adakah kita boleh percaya?


Kit Siang Tertekan Digelar Rasis

Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tertekan serta tidak mampu membalas hujah Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang menggelarkan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu sebagai seorang rasis.
Bukan setakat itu, Kit Siang yang merupakan seorang anggota Parlimen veteran dilihat hilang punca dan gagal menjawab isu mudah yang ditimbulkan Abdul Rahman mengenai kenyataan pemimpin pembangkang itu di laman Twitter, pada hari kematian Teoh Beng Hock pada 2009.
Tidak cukup dengan itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dilihat marah dan bangkit untuk mempertahankan Kit Siang, namun hujah mereka dipatahkan dengan mudah oleh Abdul Rahman.
Menurut Abdul Rahman, sifat perkauman menebal Kit Siang terbukti apabila pada kira-kira pukul 4.30 petang, 16 Julai 2009 telah menyeru semua menteri berbangsa Cina dari MCA dan Gerakan mendesak Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock.
“Apa kena-mengena menteri-menteri berbangsa Cina dalam Kabinet yang dikaitkan oleh Ipoh Timur?
“Kalau Ipoh Timur rasa perlu ada suruhanjaya siasatan diraja pada waktu itu sudah tentu kena minta dengan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Padang Rengas yang menjaga hal ehwal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) yang dibacakan buat kali kedua.
Ekoran itu, Kit Siang bingkas bangun, namun hujahnya tidak menjurus kepada soalan Abdul Rahman.
Sebaliknya, Kit Siang cuba mengelirukan dewan apabila mendakwa mesej Twitter beliau pada tarikh tersebut turut mengaitkan menteri dalam UMNO serta komponen lain Barisan Nasional (BN), bukan sekadar menteri berbangsa Cina.
Abdul Rahman terus menyangkal penjelasan Kit Siang dan bertegas wakil rakyat DAP itu memang menyampaikan mesej perkauman kerana beliau merupakan `pengikut’ Kit Siang di Twitter.
“Pada masa dan ketika itu Ipoh Timur sengaja membangkitkan semangat masyarakat Cina terhadap pemimpin Gerakan dan MCA. Ipoh Timur, periksa `timeline’ (mesej Twitter pada 16 Julai 2009) anda, jangan `tweet’ seperti Kit Siang” tegasnya. - MyNewsHub

Wednesday, April 18, 2012

Rupanya kerajaan PR Selangor umpama 'ayam'

Terkejut kami dibuatnya. Kami sangka mereka itu singa garang rupanya tidak. Mereka sebenarnya hanyalah seekor ayam. Bertelur sebiji tapi riuh satu kampung. Siapa yang kami maksudkan? Tidak lain dan tidak bukan, kerajaan pakatan rakyat negeri SELANGOR. Mereka berpolitik tak kira siang dan tak kira malam. Dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Pukul 8 malam berceramah politik di Shah Alam, pukul 10 malam pula berceramah di Meru pula. Kemudian sambung lagi ceramah diKota Damansara jam 11 malam. Tak cukup dengan ceramah di atas pentas, mereka ceramah pula atas mimbar masjid. Tak cukup..masih tak cukup. Mereka sambung berpolitik dalam laman FB dan twitter. Hujung minggu pula mereka anjur Karnival Rakyat. Banner digantung kiri kanan jalan. Terpampang gambar exco kerajaan negeri. Karnival bukan sebarang karnival. Siap ada cabutan bertuah lagi. Hadiah pertama Perodua Viva. Sudah tentu ramai akan datang. Mana tau kot kot ada rezeki untuk menang kereta. Mereka berpolitik seolah-olah esok nak pilihanraya. Semangat luarbiasa. Tapi hari ni mereka jadi ayam. Penakut tak tentu pasal. Seperti kata penasihat ekonomi bernilai RM1, Selangor perlu tunda pilihanraya negeri. Jangan bubar DUN serentak dengan pembubaran parlimen. Alasan yang diberikan 'peningkatan jumlahnya pengundi yang tidak munasabah di Selangor'. WTF?

Kisah kaki demo mansuh PTPTN

Tiada apa yang mengejutkan bila melihat kaki demo mansuh PTPTN berkhemah di Dataran Mederka sejak 5 hari lepas. Semuanya telah di rancang dan di atur. Mereka mula berhimpun di Sogo kemudian berarak menuju ke Dataran Merdeka. Sekarang mereka berkhemah di kawasan dataran untuk mengemis simpati.

Kita boleh tanya mereka, kenapa berhimpun di Sogo? Apa kena PTPTN dengan Sogo? Apa kena PTPTN dengan Dataran Merdeka? Apa kena mengenai PTPTN dengan Jalan Tunku Abdul Rahman? Secara tersuratnya, lokasi berkenaan langsung tiada kaitan dengan agenda mansuh PTPTN.

Kita boleh tanya mereka, kenapa tidak dilakukan demo di Jalan Semantan, Damansara Height? Bukankah disitu terletaknya pejabat PTPTN. Kenapa tidak berkhemah saja di depan pejabat berkenaan?

Ah..apa barang buat demo di Jalan Semantan. Tempat tu tak glamor. Tak jadi tumpuan orang. Dataran Merdeka lagi baik.

Sebenarnya apa yang kaki demo mansuh PTPTN cuba lakukan adalah hanya untuk menarik perhatian umum. Dataran Merdeka adalah tempat tumpuan rakyat dan pelancong dan sangat sesuai untuk mengemis simpati.


Paling penting, kaki demo mansuh PTPTN hanya perlu menurut perintah dan arahan yang diberikan oleh 'tuan director' iaitu si tangan ghaib yang mengatur itu dan ini.



Jika 'tuan director' kata bina khemah, maka mereka pun bina khemah. Jika 'tuan director' kata terus bertahan maka mereka pun bertahan biarpun diarahkan oleh DBKL supaya beredar. Degil. Memang degil. Tapi arahan 'tuan director' haruslah dipatuhi. Kalau tak patuh, tidak mustahil 'bayaran elaun' akan dipotong.

Saturday, March 24, 2012

Hancur Wanita maka hancurlah BN

Ada pihak tidak senang dengan kekuatan Wanita UMNO. Mereka cukup gentar dengan semangat dan power Wanita UMNO. Sekarang puak-puak berkenaan cuba melemahkan, memecahbelahkan, merosakkan Wanita UMNO.

Kehancuran kepada Wanita UMNO akan membawa kepada malapetaka buat UMNO dan BN. Semua orang tahu akan hal ini.

Kita harus berhati-hati. Jangan mudah terperangkap dengan permainan puak berkenaan terutamanya agen yang bijak mengatur permainan persepsi iaitu Malaysiakini. Sekian.

Friday, March 23, 2012

Berita ini tidak akan disiarkan di Malaysiakini



PBB beri penghargaan kepada Malaysia? Jangan haraplah berita sebegini disiarkan di Malaysiakini :)

Friday, March 16, 2012

Wakil Rakyat bertelagah kemudian berpelukan

Penghujung sesi perbahasan persidangan Dewan Rakyat padaKhamis menjadi gamat apabila wakil rakyat pembangkang dan kerajaan bertelagah mengenai isu tomyam apabila kenyataan yang dikeluarkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) diputar belit oleh Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian).

Ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tajuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan PAS Kelantan gagal mewujudkan peluang pekerjaan di negeri berkenaan hingga menyebabkan ramai peniagadari negeri tersebut berhijrah membuka perniagaan di Perak termasuk di kalangan peniaga tomyam.

"Berapa ramai orang Kelantan yang datang ke Perak berniaga...jual tomyam.

"Mereka tak boleh buat (tiada peluang berniaga) di Kelantan," katanya.

Bagaimanapun kenyataan Tajuddin itu disalah tafsir oleh Salahuddin dan menuduh Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan menghina peniaga tomyam.

"Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam, harta mereka halal...jangan hina orang Kelantan," tuduh Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS.

Kejadian bertikam lidah kedua-dua wakil rakyat berkenaan makin tegang apabila Salahuddin mengaitkan isu peniaga tomyam itu dengan perkahwinan anak Tajuddin sebelum ini.

Berang dengan tuduhan bersifat peribadi tersebut, Tajuddin kemudiannya mencabar Salahuddin membuat kenyataan tersebut di luar dewan.

"Mengapa membuat tuduhan peribadi. Ingat anak saya tidak ada maruah ke, isteri saya tidak ada maruah ke. Saya kata disebabkan kerajaan PAS gagal menyediakan peluang perniagaan, ramai di kalangan rakyat merekatermasuk peniaga tomyam terpaksa berhijrah...itu sahaja. Bila masasaya hina peniaga tomyam," kata Tajuddin.

Tidak menghiraukan penjelasan berkenaan, Salahuddin terus menuduh Tajuddin menghina peniaga tomyam dalam kenyataan asalnya sebelum ini.

Drama kekecohan berkenaan berlanjutan selama lebih 10 minit dan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee agar bertenang.

Tidak lama selepas itu, di luar dewan, kedua-dua ahli parlimen berkenaan dilihat berdakapan malah Salahuddin datang memeluk Tajuddin dan menciumnya di pipi sebagai tanda 'pertelagahan' mereka sudah berakhir. -Mstar

Wednesday, March 14, 2012

Selangor menangis lagi


Hanya di Selangor. KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

Friday, March 2, 2012

Jom kita gelak pada Malaysiakini


Makin pening dibuatnya.
Siapa yang pening?
Malaysiakini atau Tony Pua yang pening?

Mari kita sama-sama saksikan.

Tajuk artikel bertulis Pengarah keluarkan 81.4 juta dari akaun NFC.
Tapi dalam artikel tertulis pula RM81.4 bilion.

Mana satu yang betul? Hai..mereka pun dah pening agaknya.


Satu lagi projek konspirasi UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.


Sebelum tol mansuh, pengguna perlu bayar RM3.80.

Selepas tol mansuh, pengguna hanya perlu bayar RM1.90.

Kalau sebulan ada 22 hari bekerja, pengguna akan jimat sebanyak RM41.80. Kalau setahun, akan jimat RM501.60.


Seperti biasa, pemansuhan bayaran tol ini merupakan satu lagi ‘konspirasi’ dan didalangi oleh parti pemerintah UMNO.


Kemungkinan, satu perhimpunan mega membantah pemansuhan tol 2.0 atau dikenali sebagai Kenapa Tol Turun 2.0 bakal dianjurkan bagi mengutuk tindakan kerajaan.


Friday, January 20, 2012

Saiful Bukhari, teruskan perjuanganmu!

Berita terkini -

Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lepas.

Alhamdulillah. Terima kasih Peguam Negara.
Teruskan perjuanganmu Saiful Bukhari. Yang hak terus berdiri.

JUSTICE 4 SAIFUL BUKHARI

Saiful Bukhari telah merayu kepada Peguam Negara supaya memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lepas.

Dan hari ini adalah hari terakhir untuk Peguam Negara berbuat demikian. Sekarang jam menunjukkan 4.26 petang. Tinggal lagi beberapa detik saja. Namun, kita masih belum ada apa-apa berita dari pejabat Peguam Negara. Senyap. Sunyi sepi.

Apa sudah terjadi? Adakah Saiful Bukhari tidak berhak merayu? Kita sekarang bercakap soal hak seseorang warganegara Malaysia mendapatkan keadilan tapi apa yang kita lihat sekarang amat mengecewakan.

Jika Peguam Negara TIDAK memfailkan notis rayuan untuk Saiful Bukhari maka Peguam Negara WAJIB MENYATAKAN SEBAB-SEBAB mengapa beliau tidak melakukannya. Rakyat mahu tahu kenapa.

Thursday, January 19, 2012

JURUWANG DISURUH PEGANG DAGING BABI - INI RESPON YANG DITERIMA

Asingkan kaunter bayaran barang haram

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat aduan seorang pekerja di sebuah pasar raya seperti yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia, 18 Januari 2012.

Berdasarkan aduan itu, juruwang di pasar raya itu telah diarahkan oleh pihak pengurusannya supaya memegang daging babi tanpa berlapik. Perkara ini amat sensitif bagi orang Islam.

Kebanyakan pasar raya di negara ini mempunyai ruangan khas untuk meletakkan barang jualan tidak halal bagi memisahkannya dengan barang lain tetapi mungkin tidak mempunyai kaunter bayaran yang memisahkan khusus untuk menerima bayaran bagi barang tidak halal seperti yang dinyatakan dalam surat pengadu.

Semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini perlu lebih sensitif kepada agama dan budaya rakyat di negara ini dan mereka perlu menghormati agama dan budaya pekerja mereka dengan mengambil kira setiap perkara yang sensitif serta mengelakkan daripada melakukan tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya orang lain.

Sehubungan itu, CAP mencadangkan kepada semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini agar mengadakan lorong kaunter bayaran khusus untuk membuat bayaran barang tidak halal semoga perkara yang sensitif seperti ini dapat dielakkan.

CAP turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) agar menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurus dan pasar raya itu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekerja ini.

Semua pihak perlu peka dan sensitif dalam menjaga keharmonian hubungan antara semua bangsa dan agama memandangkan kita semua berada di negara berbilang kaum dan agama.

Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa berkenaan agar tidak timbul konflik yang lebih buruk pada masa hadapan.

Arahan pengurusan pasar raya tidak munasabah

SAYA merujuk kepada Forum Utusan Malaysia bertarikh 18 Januari 2012 (Rabu).

Saya seorang bukan Islam yang sekurang-kurangnya mengetahui sensitiviti orang Islam mengenai daging babi yang dikategorikan haram.

Maka, orang bukan Islam perlu prihatin untuk menghindarkan penjualan, penggunaan dan pemakanan daging babi di hadapan orang Islam sebagai langkah untuk menghormati sensiviti orang Islam di negara kita.

Dalam insiden yang dihadapi Juruwang Teraniaya yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping, saya turut menaruh malu serta kesal dengan sikap pihak pengurusan atasan pasar raya itu yang kononnya meletakkan pelanggan di tempat utama, sebaliknya telah membelakangkan suasana harmoni dan tolak-ansur yang kita kecapi selama ini. Sebagai pengusaha perniagaan yang mengutamakan keuntungan, tidak dapat dinafikan bahawa organisasi perniagaan perlu mengutamakan permintaan pelanggan memandangkan persaingan kian sengit bagi perniagaan pasar raya.

Namun, apabila permintaan pelanggan jelas bercanggah dengan suasana harmoni dalam konteks masyarakat majmuk (seperti insiden dalam kes ini), maka menjadi tanggungjawab pihak pengurusan atasan pasar raya untuk menilai baik buruk langkah yang bakal diambilnya.

Saya berpendapat tindakan pengurusan atasan pasar raya dalam menegur dan mengugut pekerja Islam untuk memegang daging babi tanpa lapik merupakan arahan yang bukan sahaja tidak adil, malahan tidak munasabah terhadap pekerja Islam. Tindakan pihak atasan ini turut bercanggah dengan kontrak pekerjaan yang sedia termeterai antara majikan dengan pekerja.

Akta Kerja 1955 jelas menyenaraikan kewajipan majikan dan pekerja. Terma kontrak tersurat mewajibkan majikan membayar gaji sebagai balasan untuk pekerja yang menunaikan tanggungjawabnya di tempat kerja, membayar elaun lebih masa, memberi cuti rehat, cuti sakit dan sebagainya kepada pekerja. Manakala terma tersirat majikan adalah tidak menimbulkan suasana tegang di tempat serta tidak mengarahkan pekerja membuat tugas yang menyalahi undang-undang.

Dalam kes ini, tindakan majikan menegur dan mengugut pekerja Islam untuk memegang daging babi jelas melanggar terma kontrak tersirat majikan yang mengkehendaki majikan untuk tidak menimbulkan suasana tegang di tempat kerja. Keprihatinan majikan terhadap sensitiviti pekerja Islam terutamanya dalam hal makanan haram haruslah diberi perhatian.

Dalam konteks ini, majikan telah memecah terma kontrak tersirat yang membolehkan pekerja yang terkilan membatalkan kontrak pekerjaannya, lantas menuntut pampasan terhadap majikan seolah-olah dirinya telah dipecat.

Pada masa yang sama, insiden ini juga harus dilaporkan kepada kesatuan sekerja bagi membolehkan isu ini dipanjangkan demi perhatian pihak berkuasa. Harapannya adalah untuk mengelakkan insiden sama terjadi bukan sahaja di organisasi yang sama, malahan ia turut menjadi iktibar di organisasi lain.

Mengikut kod penjualan makanan haram di pasar raya, ia seharusnya diasingkan di suatu ruang di mana juruwang bukan Islam harus ditugaskan untuk urusan pembayaran. Dalam insiden ini, majikan telah melanggar kod etika penjualan makanan haram yang sekaligus membolehkan lesen perniagaannya digantung oleh pihak berkuasa.

Wednesday, January 18, 2012

JURUWANG DISURUH PEGANG DAGING BABI TANPA LAPIK

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.

Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?

Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.

Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.

Sumber- Forum Utusan Malaysia, 18.1.2012

PAS HANYA LAYAK JAGA PORTFOLIO SUKAN?

Khalid Ibrahim mengumumkan Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

Manakala Abdul Khalid sendiri akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipegang Hasan sebelum ini.

Nampaknya, bukan lagi exco dari Parti Islam SeMalaysia yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor. PKR sudah mengambil alih. Siapa paling gembira? Sudah tentu tuan besar iaitu DAP.

BUKAN DR RANI

Teka-teki mengenai siapa pengganti Dr Hasan Mohamed Ali terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, DrAhmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Pelantikan itu sekaligus mengenepikan jangkaan awal bahawa jawatan berkenaan bakal diberikan kepada calon yang disebut-sebut sebelum ini iaitu ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

"Apakah Hak Membuat Rayuan Hanya Pada Anwar?" - Mahathir



Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukar untuk mencari individu lain yang menang dalam membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tidak ada perkara lain yang didengar selama empat tahun itu selain daripada rayuan Anwar terhadap keputusan mahkamah berhubung dirinya dalam kes itu.

Namun, katanya, yang menjadi persoalan ialah, apabila Anwar yang juga ketua pembangkang didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini kerana tidak ada "mentahkikkan keterangan", hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

"Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

"Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya berjudul "Hak Merayu" , Selasa.

Entri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari dan bapanya Azlan Mohd Lazim kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 9 Jan lepas.

Dr Mahathir mempersoalkan apakah keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam.Pada Jumaat 18 Ogos 2008, Mohd Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa.

"...dan apakah sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira," soal Dr Mahathir.

Beliau berkata jika keputusan mahkamah baru-baru ini tidak menyebelahi Anwar, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

Menurutnya dari awal perbicaraan kes itu lagi, Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah sehingga perbicaraan ditangguh berbulan-bulan sementara tuntutannya ditimbang kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

"Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah dia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.

"Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,"katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan pembangkang, sepertimana yang disarankan Anwar dalam wawancara dengan BBC di Mumbai India baru-baru ini, bahawa undang-undang negara sudah lapuk dan perlu ditukar.

Dalam sesi wawancara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. - BERNAMA

Tuesday, January 17, 2012

A.Samad Said & Ambiga - Kekasih awal dan akhir

Pak Samad berkata, penglibatannya secara langsung dalam Bersih dapat meringankan beban yang ditanggung Ambiga.

"Sebelum ini saya hanya mengikuti dan menyokong Bersih. Tapi akhir-akhir ini saya dirasakan dapat memberikan sumbangan yang lebih."

"Jadi saya kira sudah sampai masanya juga untuk saya berikan sumbangan...mungkin juga dapat kurangkan beban Ambiga."

Oh..so sweet!

Monday, January 16, 2012

Dr Hasan Ali : Mengapa saya tidak boleh bekerja dengan Anwar?

Sumber gambar- Agenda Daily

Dalam temubual dengan BBC, Anwar Ibrahim menyokong supaya dihapuskan undang-undang liwat dalam negara. Apa komen Dr Hasan Ali iaitu bekas ahli PAS?

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar."

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku.”

“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku."

Dr Hasan Ali betul. Dia nampak dengan jelas apa yang berlaku. Malang sekali dengan pemimpin di dalam parti PAS. Mana suara Hj Hadi? Mana suara Nik Aziz?

Kita harus faham, jika undang-undang liwat dilonggar atau dihapus maka gejala terlaknat ini akan lebih terancang di bumi Malaysia. Keadaan akan jadi lebih membimbangkan. Kelab gay dan lesbian akan lebih bertambah.

Lihat apa nasib Kaum Nabi Lut. Kaum yang mengamalkan liwat dihapuskan dari muka bumi dengan aliran larva dan gempa bumi yang dasyat sekali.

Dulu dia digelar sesumpah, sekarang dilabel pula sebagai "pemimpin yang tidak boleh dipercayai".


Sebuah majalah antarabangsa iaitu The Economist berkata "Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai oleh khususnya bagi generasi muda Malaysia".



Baca terjemahan di bawah:

"
Bagaimanakah keputusan itu(liwat) akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan kepada Anwar akan memberi rangsangan yang sangat diperlukan terutamanya terhadap gabungan parti-parti pembangkang yang diketuai beliau.

Sehinggakan, Perdana Menteri(DS Najib) mungkin perlu mengambil langkah yang lebih berhati-hati, dan salah satunya adalah menangguhkan pilihanraya umum.

Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang ia akan memberikan kesan yang agak jelas. Walaupun Anwar Ibrahim kekal sebagai tokoh yang berkarisma dan pembahas yang baik, reputasinya telah tercemar.

Pada usia 64, Anwar adalah seorang tokoh yang tidak boleh dipercayai khususnya kepada generasi muda rakyat Malaysia. Beliau dilihat gagal untuk memupuk generasi baru pemimpin pembangkang.
Ya betul. Anwar menjadikan partinya ke dalam satu pasukan yang bertenaga dan mengamalkan politik moden tetapi akhirnya berlaku perbalahan dalaman disebabkan oleh urusan parti yang dikendalikan oleh keluarga."

-Terjemahan artikel The End of Sodomy 2.0, The Economist

Untuk makluman anda, The Economist adalah media bebas. Tiada siapa pun yang mengupahnya.

Ini bukanlah kali pertama The Economist menulis mengenai Anwar. Sebelum ini, mereka melabelkan Anwar Ibrahim sebagai Malaysia's chamelion atau sesumpah.



Friday, January 13, 2012

Akhlak Wanita PAS lebih baik dan berdisiplin daripada .....



Terjerit-jerit
Terkinja-kinja
Terhegeh-hegeh
Inilah contoh mulia Wanita Parti Islam Se-Malaysia
Pakai tudung labuh tapi akhlaknya...lu pikirlah sendiri!