Wednesday, January 18, 2012

JURUWANG DISURUH PEGANG DAGING BABI TANPA LAPIK

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.

Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?

Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.

Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.

Sumber- Forum Utusan Malaysia, 18.1.2012

9 comments:

Anonymous said...

Dulu, mereka pertikai pasal ibadah korban dan laungan azan. Sekarang pasal sentuh babi pula. Hmmm...apa dah jadi dengan negaraku Malaysia.

Anonymous said...

Mereka semakin melampau!..akhir2 ini kerana orang politik beragama Islam sendiri yg beri ruang dan peluang.

usin said...

betul la tu adik oi. laporkan ke pejabat agama. bukan ada prosedur2 bagai. datang je ke pejabat agama yg berdekatan, ceritakan apa masalah yg berkaitan dgn pegawai yg sepatutnya. kalau selepas itu pegawai itu tidak berbuat apa2, jwblah dia diakhirat nanti. pesan teman, kalau lepas ni kena tukar ke bahagian lain atau kena buang kerja, terimalah dgn redha. Allah ada utk meminta pertolongan & perlindungan.

Anonymous said...

Inilah tektik kafir laknat hendah menghina agama Islam. Bukan mereka tidak tahu bahawa babi adalah haran bagi Islam. Inilah juga tarbiah PAS kepada kafir, PAS gagal. Kerajaan dan jabatan Agama Islam Perak mesti bertindak. Kenapa tak diujudkan jurujual cina saja untuk barang tak halal. Pekerja melayu dan pengguna melayu jangan bersubahat.

Ahmadi Abdul Latif said...

sebut je pasaraya mana tu. biar org kita boikot!

sesejuk mata memandang said...

Rasa nya TESCO Taiping/Kamunting

Anonymous said...

Boikot TESCO seluruh Malaysia

Dot said...

banyak laghi pekerjaan lain yg boleh dibuat. mengapa kerja yg kena pegang babi jugak yg ditunggu? lebih baik jual air/pisang goreng/kueh tepi jalan daripada makan hasil pegang daging babi tuh!

jgn nak kata cakap senang tak kena ka saya tp hukum Islam bukan boleh digadaikan dgn hanya krn cina babi lahanat tu ugut sikit!!


berhentilah jika tidak boleh berunding & laporkan ke jab agama terdekat kalau mrk tidak mahu bertolak ansur. jgn subahat!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Betuul Betuul Betuul.(upin ipin style )