Monday, January 16, 2012
Dulu dia digelar sesumpah, sekarang dilabel pula sebagai "pemimpin yang tidak boleh dipercayai".
Sebuah majalah antarabangsa iaitu The Economist berkata "Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai oleh khususnya bagi generasi muda Malaysia".
Baca terjemahan di bawah:
"Bagaimanakah keputusan itu(liwat) akan memberi kesan kepada politik Malaysia? Dalam jangka pendek, kemenangan kepada Anwar akan memberi rangsangan yang sangat diperlukan terutamanya terhadap gabungan parti-parti pembangkang yang diketuai beliau.
Sehinggakan, Perdana Menteri(DS Najib) mungkin perlu mengambil langkah yang lebih berhati-hati, dan salah satunya adalah menangguhkan pilihanraya umum.
Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang ia akan memberikan kesan yang agak jelas. Walaupun Anwar Ibrahim kekal sebagai tokoh yang berkarisma dan pembahas yang baik, reputasinya telah tercemar.
Pada usia 64, Anwar adalah seorang tokoh yang tidak boleh dipercayai khususnya kepada generasi muda rakyat Malaysia. Beliau dilihat gagal untuk memupuk generasi baru pemimpin pembangkang. Ya betul. Anwar menjadikan partinya ke dalam satu pasukan yang bertenaga dan mengamalkan politik moden tetapi akhirnya berlaku perbalahan dalaman disebabkan oleh urusan parti yang dikendalikan oleh keluarga."
-Terjemahan artikel The End of Sodomy 2.0, The Economist
Untuk makluman anda, The Economist adalah media bebas. Tiada siapa pun yang mengupahnya.
Ini bukanlah kali pertama The Economist menulis mengenai Anwar. Sebelum ini, mereka melabelkan Anwar Ibrahim sebagai Malaysia's chamelion atau sesumpah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment