Saturday, July 31, 2010

Tengku Abdullah, Annuar Musa Timbalan Presiden FAM 2010-2014


SHAH ALAM 31 Julai - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada pemilihan Kongres Tahunan ke-47 yang diadakan sebentar tadi.

Manakala jawatan Naib Presiden menjadi milik Datuk Subahan Kamal, Datuk Hamidin Mohd. Amin, Datuk Afandi Hamzah dan Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim. -
Utusan

Tahniah. Semoga anda akan berjaya memartabatkan sukan bola sepak negara ke persada antarabangsa.


Ingat..kamu menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia, bukan Persatuan Kenasepak Malaysia.


Friday, July 30, 2010

Haram ! Haram ! Haram DAP !


Aku sokong tulisan YB Zulkifli Noordin. Aku sokong apa yang diluahkan oleh beliau. Terbukti, kata-kata YB Zul itu lebih tajam dari mata pedang. Sudah cukup untuk menghiris hati mereka yang makin biadap dan tak sedar diri.


Sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini tidak boleh dinafikan lagi. Parti itu cukup merbahaya kepada perpaduan rakyat dan negara yang amat kita cintai ini. Maka dengan itu, DAP harus diisytihar sebagai sebuah pertubuhan haram kerana DAP itu umpama najis Mughallazah. Najis yang amat berat seperti anjing dan babi serta keturunannya.


Sekian.



Tuduhan ke atas Ling Liong Sik


Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan memberikan penilaian bahawa tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub) di Pelabuhan Klang dibeli pada harga RM25.82/kaki persegi. Jadi, jumlah pembelian yang sepatutnya adalah sebanyak RM1,124,156,324.00(RM25.82 X 43,538,200.0 kaki persegi) atau RM1.1 bilion.

Namun demikian, Tun Ling Liong Sik telah rekomen pada Kabinet(ketika itu di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir) bahawa harga tanah tersebut adalah RM25.00/kaki persegi. Jadi, jumlahnya adalah RM1,088,455,000.00 atau RM 1.08 bilion.


Maksudnya di sini adalah, harga belian yang direkomen oleh Tun Ling Liong Sik adalah kurang daripada harga yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan. Perbezaan sebanyak RM0.82 sen.


Ini menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berjumlah RM35,701,324.00.


PPP Bela Diskaun Bumiputera Beli Rumah

Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk A.Chandrakumanan membidas anggota Parlimen DAP Tony Pua yang meminta kerajaan Selangor memansuhkan diskaun Bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah sewa di negeri berkenaan.


Menurutnya Tony Pua tidak sepatutnya menyentuh hak istimewa kaum Bumiputera yang terlindung dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Mengapa beliau harus menyentuh hak keistimewaan orang Melayu, sedangkan beliau boleh mencadangkan supaya diskaun seperti itu juga diberi kepada kaum bukan Bumiputera yang berpendapatan kurang daripada RM3,000," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.


Chandrakumanan juga mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyokong cadangan tersebut, sambil mendakwa ia adalah agenda politik Khalid.

Beliau berkata Khalid sepatutnya berusaha mengekang kumpulan yang menyalahgunakan hak istimewa yang diperuntukkan kepada kaum Bumiputera serta membantah cadangan DAP itu.


Sumber: Mstar Online


Apa yang disebutkan di atas itu betul. Hak istimewa kaum Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jangan sesekali di usik. Jangan sesekali di hakis. Tapi Khalid Ibrahim buat-buat tak faham. Dia sokong jugak si Tony Pua tu.



Thursday, July 29, 2010

Melayu PKR akan 'disedut' keluar dari Pakatan Rakyat

Kita selalu dengar ada orang Melayu PKR masuk UMNO dan ada juga orang UMNO masuk PKR.

Tapi kita jarang dengar orang Melayu PKR masuk PAS walaupun PAS adalah parti Melayu/Islam (kononnya). Mereka ini lebih rela ‘mengetuk pintu’ UMNO berbanding PAS.

Mengapa?

Jawapannya mudah. Hati orang Melayu PKR lebih lembut dari hati Melayu PAS yang mungkin sudah hitam legam. Hati mereka terbukti begitu keras sehingga menolak gagasan kerajaan perpaduan walaupun ia dicadangkan oleh Hadi Awang sendiri.

Dan apabila tiba saat dan ketikanya, majoriti orang Melayu akan ‘disedut’ keluar dari PKR dan Pakatan Rakyat. Yang tinggal cuma saki-bakinya saja iaitu Anwar Ibrahim dan keluarga beliau. Akhirnya, Melayu PAS akan tinggal sendirian bersama Anwar Ibrahim dan DAP sehingga akhir hayat mereka.


Satu hari nanti kamu akan ditinggalkan sendirian bersama Anwar dan DAP.


Gerakan Subuh 1 Ogos 2010


Satu hakikat yang mesti diketahui oleh semua orang Islam pada hari ini ialah Yahudi tidak akan sekali-kali takut dengan Islam selagi mana masjid-masjid dan surau-surau masih kosong ketika solat subuh. Bangsa Yahudi telah sedia tahu bahawa pertolongan allah dan kejayaan umat islam hanya akan berlaku apabila masjid dan surau penuh dengan jemaah seumpama solat jumaat.

“Mari Kita Bina Ummah Melalui Solat Subuh Berjemaah di Masjid”

Sultan Brunei ada 7,000 kereta

GAMBAR menunjukkan kereta Lamborghini Diablo Jota.


Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com.


Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).


Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.


Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.


Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.


Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.


Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.


Komen : Perghhh....ternganga sekejap.