Friday, July 23, 2010

Petunjuk terbaru pilihanraya umum semakin hampir


Cakap-cakap politik sebelum ini meramalkan pilihanraya umum bakal dilaksanakan pada suku pertama tahun 2011. Kemasukan Senator Dato' T Murugiah ke dalam MIC semalam telah memberikan bayangan terbaru bahawa pilihanraya umum adalah semakin hampir (down to the wire). Seperti yang kita sedia maklum, Dato' T Murugiah ketika ini adalah seorang yang tidak berparti kerana beliau adalah bekas ahli Parti Progresif Rakyat (PPP). Dengan jawatan sebagai Timbalan Menteri di dalam kerajaan persekutuan, adalah penting kepada Dato' T Murugiah untuk terus mengekalkan jawatan dalam kabinet DS Najib dalam pilihanraya akan datang.

Tindakan beliau menyertai MIC secara tergesa-gesa memperlihatkan dirinya mungkin mahu terpilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya umum nanti. DS Najib akan umumkan tarikh tarikh pilihanraya umum pada bila-bila masa. Jadi, sebelum terlambat adalah lebih baik Dato' T Murugiah mencari 'payung' yang akan memayungi beliau ketika bertanding kelak. Payung cap MIC pun boleh lah. Yang penting 'sediakan payung sebelum hujan'.


No comments: