Thursday, July 8, 2010

Mesej tersembunyi dalam filem Bukit Kepong

Filem Bukit Kepong merupakan kisah yang diambil daripada kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. Filem ini diarah oleh Jins Shamsuddin dan memenangi Filem Terbaik dalam Pesta Filem Malaysia ke-3, 1982.Jalan cerita memang best dan amat terkesan dalam jiwa. Namun, ada sesuatu yang menarik mengenai filem ini. Itu pun jika anda antara kita yang masih ingat dialog satu babak dalam filem ini. Jom saksikan klip filem tersebut. Cuba dengar dialog perbualan komunis pada minit 3:49 hingga minit 4:25.



Komunis : Mat, lu mesti jaga-jaga. Kita mau lagi banyak

orang Melayu masuk kita punya parti bukan masuk itu AP(Polis Bantuan).

Mat : Apa guna banyak-banyak, nanti kita semua susah.

Komunis : Lu misti ingat. Ini kawasan Melayu.

Kalau ada banyak Melayu sokong, baru kita boleh menang.

Mat : Itu memang betul. Saya tahu…banyak susah la.

Ini orang Melayu banyak kuat sembahyang.

Komunis : Haaaa ! Kalau itu macam, lu misti campur dia orang semayang.

Pelan-pelan lu cakap pasal parti(Parti Komunis Malaya).



Filem Melayu terdahulu sudah beri signal kepada kita. Dalam kita tidak sedar, apa yang diucapkan dalam filem tersebut seperti sedang berlaku disekeliling kita. Jadi, janganlah kita lupa dan terus alpa.


5 comments:

Anonymous said...

Masa tonton filem Bukit Kepong, kita ingat ia sekadar skrip. Rupanya ia adalah peringatan untuk kita. Em....

Ms Pearl said...
This comment has been removed by the author.
Ms Pearl said...

Yes bukit kepong indeed "SATU PERINGATAN YANG JELAS"

sayangsemua said...

Kalau sesiapa masih ingat (pernah baca) ini adalah strategi ke 4 puak-puak DAP dalam menghancurkan umat melayu islam di Malaysia demi cita-cita politik.

Masuk islam bagi mereka bukan macam kita menganut islam. Join kelab pun dah kira masuk islam. Boleh baca ayat pun dah kira islam pada pandangan mereka.

Oleh itu fikir-fikirkanlah. Kesatuan yang kuat dikalangan orang-orang islam boleh menyelamatkan maruah diri, agama dan negara tergadai.

Anonymous said...

Ketika PAS buka keahlian kepada bukan muslim, mereka berduyun-duyun join parti itu.

Adakah PAS sedar realiti sebenar?

Woi..hangpa jangan kacau PAS. PAS tengah dok stim tu..keh keh keh