Thursday, July 15, 2010

Ini kisah pasir ..bukan kisah cinta.


Aku ada kisah nak cerita.

Bukan kisah cinta.

Tapi ini kisah pasir.

Pasir yang boleh ditukar jadi harta.


Ada seorang lelaki namanya Jamal. Beliau sedang memandu di satu jalan menuju ke Hulu Selangor.

Ketika sedang leka memandu, beliau ternampak satu papan tanda yang bertulis ‘SAND’. Kalau korang nak tau, Jamal dulu seorang budak pandai. Dia mendapat A dalam subjek Bahasa Inggeris dalam exam UPSR. Jadi, Jamal tidak perlu mencari kamus untuk mencari maksud perkataan tersebut kerana beliau tahu ‘SAND’ bermaksud pasir.

Umpama ulam petai dan tempoyak, umpama berus gigi dan colgate, begitulah juga antara Jamal dan pasir. Mereka tidak boleh dipisahkan. Ini kerana Jamal adalah seorang pedagang. Bukan pedagang emas atau pedagang pinggan mangkuk, tapi Jamal adalah pedagang pasir. Dengan pasir walaupun sebutir, Jamal boleh jadi kaya raya.

Tanpa membuang masa, Jamal pun mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.

Individu yang dihubungi oleh Jamal adalah seorang yang amat berpengaruh. Namanya Tuan Lim. Dia adalah mentor kepada Jamal dan Jamal pula menganggap Tuan Lim sebagai protegenya. Mereka sama-sama cari duit dengan menjual pasir.

Gambar di atas adalah Tuan Lim. Matanya terpaksa ditutup untuk melindungi identiti diri beliau. Ketika ini, Tuan Lim sedang mendengar report daripada Jamal berkenaan dengan penemuan pasir ketika on the way ke Hulu Selangor. “Berita diterima. Roger n out”. Itu kata Tuan Lim ketika mengakhiri perbualannya dengan Jamal sambil dia lantas menghantar mesej SMS kepada seseorang.

Orang tua di bawah adalah Ketua Unit Lori dan Bulldozer (KULB). Dia bertanggungjawab dalam urusan mengangkut pasir-pasir. Kita boleh lihat betapa gembiranya wajah beliau selepas menerima mesej SMS yang diterima oleh Tuan Lim. “Pasir lagi…masyukkkkkk”

Lori-lori telah dikumpulkan dan semua bersedia untuk mengorek dan menyedut pasir.

“Kamu ! Pastikan hari ni kamu angkut 100 trip pasir. Jangan curi tulang!!”


Begitulah kisah pasir kalau korang nak tahu.

Cerita ini mungkin tipu
Tapi cerita ini mungkin pernah berlaku
Ini nasihat aku bagitahu
Agar kamu tahu satu per satu


Ini kisah kehidupan
Janganlah kita sia sia kan anugerah Tuhan
Cerita pasir ini jadikan tauladan
Inilah hanya satu peringatan


4 comments:

UMPP said...

Salam. Hahaha..., memang terbaik !!

Ms Pearl said...

meleleh air liur orng orng yang penah gondolkan bukit cerakah.

hehe

anymz said...

bagus2..baru akak paham kisah politik pasir nih..ada yg tersirat dan tersurat rupa2nya

Ezzu Raza said...

Salam..Tahniah..cerita bergambar macam ni mmg mudah difahami..terutama utk mereka-mereka yang buat2 tak paham...