Friday, July 30, 2010

Tuduhan ke atas Ling Liong Sik


Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan memberikan penilaian bahawa tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub) di Pelabuhan Klang dibeli pada harga RM25.82/kaki persegi. Jadi, jumlah pembelian yang sepatutnya adalah sebanyak RM1,124,156,324.00(RM25.82 X 43,538,200.0 kaki persegi) atau RM1.1 bilion.

Namun demikian, Tun Ling Liong Sik telah rekomen pada Kabinet(ketika itu di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir) bahawa harga tanah tersebut adalah RM25.00/kaki persegi. Jadi, jumlahnya adalah RM1,088,455,000.00 atau RM 1.08 bilion.


Maksudnya di sini adalah, harga belian yang direkomen oleh Tun Ling Liong Sik adalah kurang daripada harga yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan. Perbezaan sebanyak RM0.82 sen.


Ini menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berjumlah RM35,701,324.00.


No comments: