Friday, July 30, 2010

PPP Bela Diskaun Bumiputera Beli Rumah

Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk A.Chandrakumanan membidas anggota Parlimen DAP Tony Pua yang meminta kerajaan Selangor memansuhkan diskaun Bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah sewa di negeri berkenaan.


Menurutnya Tony Pua tidak sepatutnya menyentuh hak istimewa kaum Bumiputera yang terlindung dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Mengapa beliau harus menyentuh hak keistimewaan orang Melayu, sedangkan beliau boleh mencadangkan supaya diskaun seperti itu juga diberi kepada kaum bukan Bumiputera yang berpendapatan kurang daripada RM3,000," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.


Chandrakumanan juga mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyokong cadangan tersebut, sambil mendakwa ia adalah agenda politik Khalid.

Beliau berkata Khalid sepatutnya berusaha mengekang kumpulan yang menyalahgunakan hak istimewa yang diperuntukkan kepada kaum Bumiputera serta membantah cadangan DAP itu.


Sumber: Mstar Online


Apa yang disebutkan di atas itu betul. Hak istimewa kaum Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jangan sesekali di usik. Jangan sesekali di hakis. Tapi Khalid Ibrahim buat-buat tak faham. Dia sokong jugak si Tony Pua tu.



No comments: