Tuesday, August 9, 2011

Harga Petrol RON95 akan diturunkan?


Sejak 3 bulan lalu, harga minyak mentah dunia jenis West Texas Intermediate (WTI) semakin menunjukkan penurunan yang ketara.

Pada 9 May 2011, harga minyak berada di sekitar USD102.25 per barrel.

Sebulan kemudian iaitu pada 9 Jun 2011, ia berada pada harga USD101.93 per barrel.

Pada bulan Julai, penurunan harga mula berlaku. Ini dapat dilihat pada 8 Julai yang mana harga minyak WTI adalah USD96.20 per barrel.

Seterusnya pada 5 Ogos, harga minyak terus jatuh dan berada pada tahap USD86.88 per barrel.

Dan pada 8 Ogos(semalam), ia jatuh lagi kepada USD80.16 per barrel.



Sumber - WTI Prices, Crude Oil Price


3 comments:

Anonymous said...

kalau harga petrol95 boleh diturunkan, maka ia adalah bonus kepada kakitangan swasta. harap2 la.

Anonymous said...

turun dulu baru boleh sembang

AZLAN HAFIZAN said...

kenapa harga minyak perlu ditirunkan?