Tuesday, August 16, 2011

Pentadbiran MBPJ : Penafian dan ketakutan


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan dakwaan sebuah blog papagomo.com
bahawa beliau mencampuri urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) khusunya berkaitan khabar angin pihak berkuasa tempatan itu akan menyita Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) Khamis lepas.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, beliau tidak pernah menghubungi MBPJ dan mengarahkan supaya membatalkan operasi berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan campur tangan saya dalam pentadbiran MBPJ, malah saya tak pernah berurusan dengan MBPJ," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Sabtu lalu, papagomo menyiarkan dua salinan minit mesyuarat yang didakwa berkaitan laporan 'ops sita DUMC oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ'.


klik imej

klik imej

Menerusi minit berkenaan menyatakan kronologi campur tangan beberapa pemimpin pembangkang termasuk exco kerajaan negeri Selangor yang mengarahkan agar operasi menyita premis berkenaan dibatalkan.

Sebelum ini MBPJ mengesahkan bahawa DUMC dibina secara haram tanpa kelulusan pihaknya.

Sehubungan itu Khalid bersama ahli MBPJ pada Selasa membuat satu laporan polis terhadap papagomo yang didakwa memalsukan minit mesyuarat MBPJ. - Mstar

No comments: