KENYATAAN CUEPACS memohon kenaikan elaun perumahan (ETP) gred 1 hingga 40 daripada RM180 kepada RM350 manakala elaun perumahan untuk gred 41 dan ke atas dikekalkan mengejutkan ramai pihak.
Elaun ETP yang diminta CUEPACS sebanyak RM350 akan menjadikan elaun gred 1-40 lebih tinggi daripada pegawai mereka sedangkan bayaran ETP yang diterima kakitangan gred 41 hanya RM250.
Dalam kenaikan gaji sebelum ini, kumpulan sokongan mendapat kenaikan antara 25 hingga 35 peratus, tetapi bagi gred 41 cuma 10 peratus.
Setiap kali tuntutan dikemukakan CUEPACS hanya untuk golongan sokongan, seolah-olah ia berjuang untuk kepentingan kelompok itu sahaja. Selalu gred 41 tersisih dan tidak mendapat manfaat sewajarnya.
Diharapkan CEUPACS lebih adil dalam memperjuangkan semua golongan penjawat awam.
SANG ALGOLJO
Merlimau, Melaka
7 comments:
Salam,
Elaun atau emolumen bole didefinisi dengan pelbagai nama mengikut kepada kriteria tugasan yg dikenakan ke atas seseorang pegawai...
Sebagai contoh, gred professional bermula dari gred 43 dan ke atas menerima elaun keraiaan,
which was supposed to be used to celebrate or me'rai'kan maybe kakitangan atau tetamu pada sesuatu event tertentu tetapi apa yang berlaku adalah wang panjar runcit sebaliknya digunakan.
But yet setiap bulan pegawai gred 43 dan ke atas menerima elaun ini...Tiada lagi org mempersoalkan relevan utk elaun ini...
Bagi pegawai gred 41 ke atas, cuti sambung belajar diberi gaji penuh kerana pembelajaran adalah sebahagian dari job description mereka...bagi gred 40 dan ke bawah, cuti belajar separuh gaji kerana pembelajaran bukanlah relevan untuk mereka...
Pegawai Gred 41 dan ke atas bole terus berusaha didalam PTK untuk naik gred sehingga ke peringkat lebih tinggi mungkin ke gred 54 atau lebih tinggi, hingga ke JUSA...
Pegawai Gred 40 dan ke bawah akan sentiasa kekal dan tidak bole melangkau ke Gred 41...tiada perks yg lebih tinggi dlam perkhidmatan awam selain dari perks yg diterima gred 41 dan ke atas...kalaupun ada yg melangkau gred, mungkin dari gred 22 ke gred 27 atau gred 22 ke gred 29...
In the end, kesimpulannya, relevan atau tidak tindakan cuepacs adalah atas dasar bagaimana perks yg ditawarkan itu relevan kepada pegawai yg menerima. Kalau pegawai gred 41 dan ke atas fikir tambahan RM 100 adalah perlu untuk mengekalkan jurang yg ada antara gred 1-40 dan gred 41, maka, cuepacs memang tidak relevan...
Truth is RM 100 bukan jurang besar mana pun compare to hundred of perks yg ada untuk kita...
Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh SangAlgojo dalam utusan Malaysia. Contohnya dalam situasi sekarang ini, terutama dalam sistem Perkhidmatan Pendidikan, telah berlaku suasana kacau dan haru diantara pentadbir, guru biasa dan juga guru yang berlainan gred.
Saya ambil contoh berkaitan dengan guru biasa DG 41 yang mengajar disekolah rendah, jawatan mereka ini mati, peluang untuk mereka menjadi penolong kanan dan guru besar tiada peluang langsung kerana gred guru tersebut dikhaskan kepada gred DG 32 dan DG 34. Tetapi apakah perjuangan Cuepacs terhadap golongan ini? Tiada kan. Sebaliknya bagi setiap kali penyelarasan, Cuepacs atau NUTP seringkali meraung untuk membela golongan Gred di bawah 41. Sedangkan Gred lain dikecualikan. Mungkin Cuepacs alpa atau pura-pura tidak tahu, bahawa perbezaan antara gaji DG44 dan 32 permulaan adalah hampir sama. Berdasarkan logik, manakan mungkin Gred 32 lebih tinggi dari 41. Belum lagi dikira dengan perkara-perkara yang lain seperti penumpuan dan pembahagian bebanan tugas yang tidak seimbang dengan alasan pentadbir, Gred 44, gajinya mahal, maka tugasan perlu lebih. Jika Cuepacs dan NUTP ( Pendidikan) benar-benar mahu menjaga ahli dan bukan bertujuan untuk berjuang bagi sekelompok sahaja, Perjuangkan agar tempoh perkhidmatan dalam satu-satu gred agar dipendekkan. Contohnya Guru DG 41 ke 44, biasanya 10 tahun dipendekan kepada 7 atau 5 tahun, manakala lantikan ke 48 pula berdasarkan time base iaitu selama 5 tahun secara automatik dilantik ke 44. Bukan lagi berdasarkan kepada kekosongan.Begitu juga dengan gred-gred yang lain. Ini baru menyeluruh namanya. Jika sekarang ini, seperti yang diumumkan oleh PM menyebabkan suasana disekolah menjadi haru biru. Ia tidak seperti yang dikatakan. Contohnya berkaitan dengan pelantikan guru cemerlang. Ia terhad dan tidak semudah yang diucapkan. Perjuangan NUTP dan juga Cuepacs yang sering merayu, meraung dan mendabik dada dalam mengemukakan pelbagai isu dalam hanya lebih bertumpu kepada satu-satu kelompok saja, sehinggakan mengabaikan ahlinya dalam Gred 41, 44 dan lain-lain. Cuepacs dan NUTP lebih memenuhi kehendak guru besar mereka sehingga kini yang tidak pernah puas. Cuba bayangkan, pada zaman Hishamudin dulu pun begitu, mereka ini diberikan pelbagai kelebihan, terutama mereka yang esok lusa akan pencen ini. Jadi kepada NUTP dan Cuepacs, Kami menyokong perjuangan anda, tetap[i pada masa yang sama, Kek tersebut hendaklah diberikan sama rata, ingatlah bahawa mereka juga merupakan ahli kesatuan. Jangan biarkan mereka berasa kecewa dengan pengumuman PM dan perjuangan anda. Tiada gunanya nanti anda mengaku kesatuan sekerja Kakitangan awam, tetapi untuk golongan tertentu.Apakah ini kerana Presiden,Timbalan Presiden dan rata-rata terdiri dari golongan di bawah Gred 41, maka periuk nasi mereka diutamakan terlebih dahulu?
Pemimpin CEUPACS tu siapa? Nama saja perjuangkan kesatuan sekerja. Tapi kesatuan sekerat-sekerat, bukannya secara menyeluruh.
Kadang-kadang geli jugak dengar kenyataan CEUPACS ni. Suara penjawat awam konon. Tapi hampeh.
ya sya setuju. CEUPACS perlu mengkaji semula tuntutan & perjuangan mereka. perjuangan yang lebih telus,tegas dan menyeluruh.bukan pilih bulu..
ya, pegawai 41 ke atas ada yg tak tau buat keje pandai memberi arahan sahaja proses kerja pun tak tau, tang nak kejo naik gred laju, baru keje 3-4 tahun dah naik 44 siap ada elaun keraian, kumpulan sokongan tunggu 15 tahun baru dpt naik 22 & 32 itu pun sebab ada KUP klu tidak, tak merasa langsung..
pegawai2 41 ke atas ni cerdik..tiap2 tahun create jawatan kanan byk2, semua geng2 dia merasa, dah macam MLM nak kembangkan cabang dia..
anon 4:48,
mesti ko cakap pasal PTD kan. Diaorg mmg lagu tu. Syok sendiri.
tidak ada apa2 istimewa pun yg aku dapat bila dilatik secara KUP sbg Guru Cemerlang DG44 Bahasa Inggeris krn aku dah pun 3 tahun berada dlm kategori DG44 semasa tawaran diberi. kononnya pengalaman mengajar di sekolah rendah 3 tahun dikira sebagai 1 tahun dlm kategori sekarang. 10 thn maknanya aku dapat 3 tahun advantage! member yg dapat AP tingkatan 6 dah naik DG48 baru2 ni, tinggal aku terkontang kanting nak kena buat semua yg perlu utk mengejar DG48 tu - mengajar mcm superman, fail2 kena lengkap, modul2 kena buat, program2 kena rancang & laksanakan atas nama GC, kem2 ilmu kena buat, ceramah2 kena penuhi, seminar/bengkel kena buat kemas...mak datuk! mengalahkan ultraman plak!!
dah tu aku kena apply plak utk naik ke DG48 tp dgn prestasi yg 'dihadiahkan' ppd sebanyak 84% apakah akau ada harapan?? bayangkan dgn berbagai jawatan aku diberi 84% shj??? kata kawan2 aku samada mrk buta @ pekak atau kedua2nya sekali krn bagi prestasi aku begitu!!
tp yg bertambah siksa ialah beban kerja - JU pun kena jadi, Ketua Panitia pun kena sandang, GC kena buat mcm2, kadang2 aku rasa nak tumpu bpada mengajar semata2 krn perkara2 diluar mengajar terlalu membebankan. persediaan nak memberi kursus kadang2 2,3 mlm tak cukup tidor, persediaan fail panitia tak pernah selesai, ada sj yg nak kena tambah, simpan, ambil, buang, catat...beban yg tak diminta tp dianugerahkan setiap masa!!!!!!
yg seronoknya ada cikgu yg sangka aku dapat lebih elaun bila dapat jadi GC padahal nama saja gah, taraf sama mcm guru DG44 yg lain jugak! siksa saja lebih. memang ada GC yg tidak berfungsi, tak pernah hadir mesyuarat, tak jadi ahli jk peringkat daerah mahupun negeri..ntahla...makin serabut adalah...
Post a Comment