Thursday, May 5, 2011

Shah Alam - Bandaraya Jalan Berlubang?

KERETA terpaksa bergerak perlahan untuk mengelak daripada terhentak akibat permukaan Persiaran Kemajuan di Seksyen 16, Shah Alam, yang rosak teruk.


Paku dulang, paku serpih. Dulu mengata Kerajaan Persekutuan tidak menjaga infrastruktur dengan baik tetapi apabila mentadbir Selangor, parti pembangkang sendiri gagal melaksanakan tugas tersebut.

Buktinya, selepas tiga tahun kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor mentadbir, masalah jalan berlubang dan turapan tidak rata di negeri ini masih tidak dapat diatasi.

Lebih memalukan, keadaan itu turut dilihat di beberapa jalan utama di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ini termasuk di sekitar Persiaran Kemajuan, Seksyen 16; Persiaran Budiman, Seksyen 25; Persiaran Sukan, Seksyen 13, Persiaran Hishamuddin, Seksyen 13; Seksyen 15 dan Seksyen 20.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lubang-lubang dan jalan tidak rata ada yang telah lama wujud dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki. Contohnya, lubang besar sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedalam 13 sentimeter yang lokasinya agak terlindung di Persiaran Kemajuan, Seksyen 16.

Ada jalan rosak yang telah diperbaiki tetapi kembali berlopak ekoran kerja-kerja turapan yang tidak sempurna dan tidak rata atau ala kadar hingga boleh mengundang bahaya seperti di Persiaran Budiman, Seksyen 25 dan sekitar Persiaran Selangor, Seksyen 16.

Lubang-lubang dan jalan tidak rata yang wujud di laluan utama ini bukan sahaja menyakitkan mata malah boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan terutama penunggang motosikal, selain menyebabkan kerosakan kenderaan.

Sepatutnya, sebagai ibu negeri yang bertaraf bandar raya dan diiktiraf sebagai negeri maju, masalah infrastruktur sepatutnya tidak dibiarkan dan segera diatasi.

Ini kerana jalan raya merupakan penghubung dan laluan keluar masuk orang ramai ke Shah Alam termasuk pelancong asing yang datang ke ibu negeri ini.

Keindahan ibu negeri Selangor ini sepatutnya tidak dicacatkan dengan lubang-lubang dan tampalan yang menyakitkan mata memandang.

Kerajaan PKR Selangor juga perlu prihatin tentang keselamatan warga Shah Alam di jalan raya terutama pengguna motosikal yang turut terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi di sekitar bandar raya ini. - Utusan Malaysia

Nasionalis1982 - Sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Selangor, banyak jalan raya makin berlubang. Malah lubangnya makin besar pula. Bukan makin mengecil.

Cuba tanya Khalid Samad selaku Ahli Parlimen Shah Alam, lubang mana yang dia sibuk nak tutup? Of course lubang Anwar Ibrahim.

12 comments:

Anonymous said...

Nak buek camno..... MP ralik dok ceramah aje. Jalan-jalan terngok kawasan pon susah. One thing for sure, next PRU nanti Khalid dah hilang 2 votes dari aku dan bini aku.....

Anonymous said...

bukan setakat shah alam, cuba tengok di kawasan damansara atau bandar utama. Jalan berlubang, dalam pulak tu. kalau jatuh, siapa yang naya?

dulu kita undi pakatan kerana mahukan perubahan. ya..memang ada perubahan. jalan makin berlubang dan makin dalam. tahniah punaisihat ekonomi selangor.

Anonymous said...

Punah ranah segal-galanya. Bagi peluang, disia-siakan. Pengalaman mentadbir tak ada itu lah jadinya. BN walaupun banyak benda yang orang kata (cabang fitnah juga) ada 'corruption' tapi sekurang-kurang nya kemajuan itu nampak.

Dasar orang kita bila dapat kuasa macam kera dapat bunga......

Anonymous said...

dari dulu hingga sekarang, saya tak nampak apa kerja yang di buat oleh Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi selangor.

kawan-kawan ada nampak?

Anonymous said...

Nampakkkkkkkkkkkk..... Nampak jalan berlopak-lopak. Nampak ceramah sana-sini. Nampak tiada lagi keharmonian bangsa. Nampak puak dia saja rasa dia betul. Nampak bala bala menimpa-nimpa ANUar.

Betul lah.... Seperti Beruk Mendapat Bunga.

Anonymous said...

Hoiiit! aku nampak aljub tgh sodok ayam kat youtube.. hehehehehe

Anonymous said...

kalid gereja, PRU akn dtg akan ku hasut semua pakcik2 & makcik2 kat shah alam tu jgn undi ngko, kami yg dulu undi ngko semua kena tipu dgn politik gereja ngko...ingat, shah alam bandar ramai pakcik2 & makcik2 yg selama ni hanya mengundi kerana percaya akan keterangan dengar cakap dan muak/jelek dgn segelintir pemimpin UMNO yang lupa diri, la ni kami dah celek...siap kau...PAS seksyen 4,7 & 8 akan ku pastikan terlingkup menyembah longkang....ayuh sahabat2 di shah alam, hentikan pelacur agama bernama kalid gereja dari terus2 merosakkan keharmonian shah alam dari ketaksuban golongan khawarij yang menguasai masjid negeri kubah biru kita...bebaskan shah alam dari kalid gereja!

Anonymous said...

yup tak sabar nak mengundi kat shah alam ni lagi..tau la sape yg aku nak undi nanti..takkan ku undi kera dpt bunga itu..abis berbunyi2kereta aku lalu jln berlobang2..siap la korang PR..golongan koperat..ehh silap keparat.

Anonymous said...

oleh kerana penduduk shah alam 90% melayu, kami mau UMNO tonjolkan pemimpin yang benar2 bersih, kredibel, vokal, hati pemikiran serta tindakannya adalah demi agama bangsa & negara. dia mestilah berani, boleh dibawa berbincang, tidak sombong merendah diri hatta bongkak (seperti kalid gereja yang hanya tau berkokok tapi mengikut telunjuk DAP laknatullah) pandai menyatukan semua tanpa memilih bulu, jgn terlalu menonjol dgn perkara yg bukan2, bijaknya tidak terbatas pada hal2 jln berlubang dan longkang tersumbat, punya pendirian teguh untuk mempertahankan bumi melayu dari serangan puak khawarij, al-juburi dan chauvinis. ayuh UMNO sahutlah seruan kami demi mendaulatkan bumi melayu warisan almarhum tuanku sultan salahuddin yang kami cintai!

Anonymous said...

MANA DIA PUNAISIHAT EKONOMI RM2/=. APA DIA BUAT? MENYIHATKAN PUNAI?

Anonymous said...

mai tgk jln kat bestari jaya..
dun ijok (kawasan MB)..
lagi bes..

Anonymous said...

lobang oh lobang ......lobang sdappp nak pulak .......