Seorang sahabat mengeluh panjang. Saya tanya, apa masalahnya?
Dia jawab "negeri saya tak habis-habis berpolitik. Walaupun sudah jadi kerajaan dan pegang tampuk kuasa, mentaliti masih seperti pembangkang. Ni ha yang terbaru, kerajaan Selangor akan membelanjakan duit rakyat sebanyak RM600,000 bagi senggara papan iklan Mansuh ISA".
Saya mendengar lagi dia mengeluh.
"Sebelum ini, kerajaan saya sibuk berperang dengan Syabas. Otak rakyat Selangor 'diracun pemikiran' dengan menjaja cerita seolah-olah Syabas sangat kejam kerana merompak hak rakyat. Pelik dan jelik dibuatnya. Saya tak nampak apa pun melainkan agenda politik jahat mahu mengajak rakyat berpolitik hingga ke jalanan."
Saya pun bertanya "eh, bukankah majoriti rakyat Selangor memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor. Sepatutnya, disokonglah apa saja usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri."
Dia lantas menjawab "kami menyokong jika ianya baik untuk rakyat. Tapi jika ianya berpaksikan kepada politik, sapa pun tak akan dapat faedahnya. Duit RM600,000 ribu bukan sedikit bang. Nak buat papan tanda bukan sikit. 56 papan tanda pulak tu.
Eloklah...dulu Selangor penuh dengan papan tanda 'Sokong Air Selangor', sekarang nak pasang 'Mansuh ISA'. Saya difahamkan juga, kerajaan negeri nak anjurkan sesi penerangan dengan rakyat mengenai 'kekejaman' ISA. Alahai, ini kerja yang buang masa dan duit je"
"Maaflah cakap. Perjuangan 'Mansuh ISA' adalah perjuangan Pakatan Rakyat sahaja. Bukan rakyat Selangor keseluruhannya. Kami langsung tak sokong! "
No comments:
Post a Comment