Sunday, November 27, 2011

Misi hidup mati Harimau Muda. Bertemu Bahrain malam ini.




Malam ini akan berlangsung perlawanan ketiga kelayakan olimpik bagi zon asia. Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain di Stadium Bukit Jalil.

Untuk rekod, Malaysia telah tewas dalam perlawanan pertama kepada Jepun(2-0) dan Syria(0-2).

Skuad Harimau Muda sudah menempuh perjalanan begitu jauh untuk sampai ke peringkat ini. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ayuh Harimau Muda! Dapatkan kemenangan untuk Malaysia malam ini. Jangan biarkan misi ke Olimpik 2012 London berkubur begitu saja.




2 comments:

Anonymous said...

Aku x kisah kalau dorang kalah (menang kira bonus), sebab development dorang masih in progress. Jauh lagi perjalanan. Apa yang penting, sokongan dari rakyat negara ini kena berterusan. Satu hari nanti malaysia akan menjadi pasukan terbaik dunia. Insya Allah!

Cik Hernie said...

Mudah-mudahan ALLAH permudahkan Malaysia menang malam ini bertemu Bahrain. Amiiin.