Wednesday, November 16, 2011

Penduduk dakwa PKNS tamak


Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghapuskan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya di sini dengan menjadikannya tapak tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat mendapat tentangan kuat daripada penduduk setempat.

Mereka menyifatkan PKNS bukan sahaja tamak haloba malah sudah hilang pertimbangan kerana pembangunan di kawasan seluas 7.5 hektar di SS7, Kelana Jaya itu dijangka mengundang pelbagai masalah kelak seperti kesesakan jalan raya, gejala sosial, jenayah dan kesan negatif alam sekitar.

Lebih 10,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut dikatakan sangat kecewa dengan keputusan agensi milik kerajaan negeri Selangor itu dan mahu cadangan tersebut dihentikan.

Seorang penduduk yang sudah menetap di situ sejak 19 tahun lalu, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 40, berkata, PKNS telah diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengurus harta yang dimiliki oleh rakyat.

“Nampaknya PKNS tidak ada integriti langsung kerana sanggup memperdayakan rakyat mengatakan mereka hendak membina sebuah bandar sukan tetapi motif sebenar adalah keuntungan materialistik.

“Saya harap kerajaan negeri menilai semula kedudukan PKNS ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengajar mereka pada pilihan raya umum nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kelana Jaya semalam.

Isu projek pembangunan di kawasan tersebut mula mendapat bantahan penduduk pada Oktober lalu kerana kompleks sukan yang berusia lebih 30 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi. - Kosmo

PKNS dibawah telunjuk siapa? Menteri Besar.

Menteri Besar dibawah telunjuk siapa? Penasihat Ekonomi Negeri bernilai RM Seringgit.

Penasihat Ekonomi Negeri tu ikut telunjuk siapa? DAP.


5 comments:

Anonymous said...

Apakata penyokong PKR yg ramai tinggal di sekitar padang tersebut ??

Anonymous said...

penyokong PKR tak boleh kata apa-apa dah. Dah mabuk minum kencing juburi.

Anonymous said...

Sebagai seorang yang pernah tinggal dan bekerja di Kelana Jaya, berita ini amat mengecewakan.

Bagi saya, Kelana Jaya ni is one of the best place to live in Kelang Valley. Kompleks sukan PKNS tu adalah simbol Kelana Jaya dan mengekalkan keharmonian dan ketenangan kawasan tersebut dicelah-celah arus pembangunan.

Amat malang kalau ia terpaksa di hapuskan.

Anonymous said...

PEMBANGUNAN SEMULA DA

Anonymous said...

aNON 154

kalau bagus, kenapa penduduk di situ bising? Kamu kena faham, lepas ni tiada lagi padang PKNS dan tiada lagi kemudahan sukan.