Sunday, November 22, 2009

I'm sorry - Thierry Henry



Dia telah melakukan kesilapan. Tapi sanggup mengaku dan terus meminta maaf.

Tindakan ini bukan mudah malah sukar. Lebih-lebih lagi ia melibatkan hati rakyat sebuah negara.

Ahhh..yang penting permohonan maaf telah diucapkan. Sama ada ia diterima atau tidak itu perkara kedua.

Tapi sekarang, maaf hampir tiada nilai. Walaupun sudah dipinta, orang dah jadi pekak dan tak peduli.

Sebagai contoh dalam kes titi gantung runtuh di Perak. Sekarang dah main saman menyaman. RM105 juta untuk tiga nyawa.
p/s : Dalam kes Thierry Henry, ada ke rakyat Ireland yang nak saman dia?

8 comments:

Anonymous said...

Kalau nak dikatakan patut ke tidak,sememangnya saya rasakan ianya tidak patut.Kalau kita lihat kerajaan sendiri tidak berpuas hati dgn kerja yg dilakukan oleh pihak kontraktor.Masalahnya disini,jambatan itu adalah sumbangan dari pihak persendirian yg tiada kena mengena sama sekali dgn kerajaan.Tapi kaitannya disebabkan murid2 sekolah dan aktiviti sekolah,maka kerajaan juga tak lepas dari dipersalah. Kerumitannya bertambah apabila ianya dikaitkan dgn politik dan peluang manusia utk membuat duit.

r.k said...

105J itu pun jumlah saman kepada 10 defendan dan juga ada saman-saman dan peratusan lain.
rasanya tak salah mereka menyaman dengan kerajaan adalah salah satu dari sepuluh 10 defendan.

Lagipun kalau maaf saja memadai, tak perlulah polis dan badan perundangan, bukan?

Mungkin nilai 35J seorang ( 3 orang sekaligus saman) tidak patut, tapi memang tidak salah mereka menyaman.

p/s: dalam kes thierry henry, pihak berkuasa iaitu fifa sudah meneliti dan mengishtiharkan tiada perlawanan ulangan. nak saman? Saman FIFA. =)

Nasionalis1982 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Titi gantung roboh bila overload.
Pulak tu,ada pulak budak2 yang sengaja goyangkan titi hingga terputus kabelnya.
Salah siapa?

Contoh lain.

Lif hanya mampu memuatkan 10 org. Tapi yang masuk dalam lif 20 orang.
Kabel lif putus sebab terlebih berat. Salah siapa?

"Selagi boleh saman kita saman"..

+ anti holligan

Sharinginfoz said...

memang dah mintak maaf, menang juga he he he, my favourite star masa kat arsenal dulu.. jom le tengok my blog

Anonymous said...

Kan bagus kalau henry mengaku dengan pengadil perlawanan sejurus selepas gol tu dijaringkan.

Pemain pun kena ada etika.

-the blues

r.k said...

ye, sbb tu ada 10 pihak yang disenaraikan..
isu bukan sahaja pada jambatan, ada isu cuaca, tempat, keselamatan dari ancaman semulajadi & alatan.. banyak pihak terbabit..
hum, tapi tu la kan, dia tak sebut pulak pihak-pihak lain tu siapa.. nak jugak tahu sapa lagi yang disaman selain kerajaan.

=)

Anonymous said...

pihak2 lain tu mungkin merujuk kepada orang yang mencipta jambatan :) alaai...nasib..nasib