Sunday, November 8, 2009

Sketsa Piala Malaysia


1. Kalau nak tengok orang baring atas jalan, boleh tengok kat luar Stadium Bukit Jalil selepas tamat perlawanan. Mungkin boleh jumpa..

2. Kelantan dapat jugak satu gol saguhati. Orang kata itu gol 'ehsan'. Tapi tak tau la kot2 depa tak mau sebut gol 'ehsan', nak sebut gol 'royalti' jugak..

3. Parti pemerintah harus bertanggung jawab atas kekalahan kelantan...terdapat unsur2 konspirasi..

4. Macc/sprm akan melakukan siasatan serta merta.. Kemungkinan SELCAT turut menyiasat kekalahan memalukan ini.

5. Seorang Doktor dari Thailand akan dibawa utk melakukan bedah siasat di atas kekalahan pasukan Kelantan. Dipercayai beliau adalah Dr Porntip.

6. Esok(hari ini) Kelantan diisytiharkan cuti umum sempena layak ke final Piala Malaysia. Hakikatnya, ia adalah cuti berkabung atas kekalahan malam tadi.

7. Penjaga gol mungkin terima wang ehsan lebih awal dari yang sepatutnya, sebab itu beliau murah hati melepaskan tiga gol...

8. Kemungkinan ramai orang Kelantan akan mengambil MC pada hari Isnin kerana tidak mahu masuk ke opis..tak tahan kene kutuk..

9. Hasan Ali tidak mengaku bersekongkol dalam konspirasi kekalahan kelantan..

10. Konsert kumpulan Carburator Dung yg terkenal dgn lagu Jilat terpaksa dibatalkan ekoran kekalahan pasukan Kelantan..sepatutnya konsert tersebut dilangsungkan di luar stadium jika Kelantan menjadi juara..

11. Satu perhimpunan diadakan dan akan berarak dari Stadium Bukit Jalil menuju Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada YDPA...semua dijemput menyertainya...jika anda disembur air atau asap....itu sendiri tanggung ...

12. Kelantan menyalahkan Najib kerana lambat membayar wang ehsan....
13. Ada permintaan supaya ditubuhkan "Suruhanjaya Diraja" bagi menyiasat punca kekalahan semalam..

14. Penyokong bersifat seperti siamang, macam tengok bola kat pantai...siap buat camp fire dengan membakor kerusi stadium..

15. Pesta mercun dan bunga api dalam stadium. Dipercayai, stok mercun adalah sumbangan parti roket...


Tulisan di atas tiada kaitan antara yang hidup dengan yang mati.
Harap Maklum :)

19 comments:

hilbert said...

Salam bro,

hehehe...banyaknyer senarai antara punca-punca kekalahan Kelantan semalam hehe..

yang pentingnyer..."cuti peristiwa" tan jadik kenyataan..dan pasti Nik Aziz sekali lagi akan masuk wad orang nyanyuk di IJN...

en sesengat said...

wakakakakkaka.....yg last tu x tahan

Zainal A. Kasim said...

Salam Bro,

Kenapa dalam semua segi, Kelantan "lain dari yang lain"?

Orang Muda said...

hahaha...steady la bro...
mmg kena dgn Pakatan rusuhan

tukaqtiub said...

jilat? hahaha..teringat dengan tukar tiub..idea dia lah tu...habis bebudak setan carburetor dung tu tertonggeng2 kat ustazah yang pi tengok bantah naik minya. rupanya tukar tiub hisahamudin rais yg naik miyak tertonggeng tonggeng..wakakaka kah kah kah...

roket said...

org pakatan ni kalau kalah (dan macam nak kalah) mmg suka merusuh...hehehe. terbukti!
ekekeke

Anonymous said...

seharusnya tidak patut penulis mengaitkan kelantan dengan pakatan rakyat...sebagai orang kelantan yang pro BN, saya terasa dengan tulisan saudara. buat makluman saudara Presiden KAFA adalah Tan sri Anuar Musa dan sebahagian ajk adalah orang UMNO dan juga PAS, lansung tiada kaitan kepartian. Sememangnya saya akui ada silap penyokong kelantan tetapi bukan kesemua. Hanya segelintir sahaja. kalau kesemua penyokong ganas saya percaya stadium pun runtuh.. Seharusnya saudara tidak provokasi kepada team bola kelantan dengan isu semasa, ia lansung tiada kaitan. kami orang kelantan boleh bersama atas dasar sukan, Kerajaan negeri dibawah PAS sokong Anuar musa begitu juga pengerusi perhubungan UMNO kelantan. tiada politik dalam bola.

seharusnya anda melihat dari sudut positif, cuba saudara nilai kemelut bola sepak perak yang tiada kesudahan gara2 beza politik hingga perak disingkir dari liga Malaysia tahun hadapan, siapa MB dan siapa presiden PAFA, begitu juga situasi di Perlis walau satu aliran politik masih bergaduh..sekian harap maklum.

peminat bola..kelantanese

GombakRock said...

salam...
saya setuju dengan pendapat "peminat bola...kelantanese"...kelantan merupakan satu2 negeri yg menolak langsung sentimen politik dalam pengurusan bola sepak negeri... satira yang saudara cuba buat langsung tak kena...utk makluman saya bukan orang kelantan malahan saya seorang ultra merah kuning... selamat.

Anonymous said...

Melihat kepada raut wajah2 pemimpin2 Kelantan termasuk Raja Muda Kelantan, nyatalah mereka terasa amat malu melihat kejadian tersebut.

Malu dan memalukan.

Detguaq said...

Kepada Kelantanese yang rasional dan ultra merah kuning, satira ini sudah tentu tidak ditujukan kepada anda berdua....tak perlu melatah.

Duduk relax sambil pekena jagung bertih untuk menyaksikan EPL pula.

Saya jamin kalau Kelantan menang, Harakah akan membuat liputan dan wawancara yang cukup kuat bau politiknya....

PULUN KEDAH PULUN....hu hu hu...

Anonymous said...

kepada detguat, saudara bersangka sebelum ia berlaku, kalau kelantan menangpun bukankah ia bagus untuk umno kelantan...sekarang ini imej positif anuar musa semakin tinggi kedengaran slepas kejayaannya membawa kelantan ke peringkat akhir..

ingat Anuar musa tu adalah pemimpin UMNO, dan tidak mustahil UMNO kelantan pun terima impaknya.

Apa pun saya tidak nampak orang kelantan ingin kaitkan ia dengan politik. cuma orang di luar kelantan sahaja yang suka menangguk di air keruh.Samaada PAS atau UMNO.

Pada kami tiada politik dalam sukan, hanya nama dan semangat sayangkan negeri jadi keutamaan.

Tetapi mungkin di negeri lain apabila sukan berjaya ia telah dikaitkan dengan parti memerintah,pada orang kelantan ini tidak berlaku.

Sebab itu Mb kelantan pun menyarankan agar bendera parti tidak dibawa alam stadium.

-anak kelate

Anonymous said...

Salam..

Den nampok banner penghargaan kepado Tan Sri Anuar Muso dikoyak dan dibakor.

Apo maknonya tu?

Den nampak jugo, bendera PAS dibawa masok dalam stadium. Diangkat dan dikibar melebihi darjat bendera negeri.

Apo maknonya tu?

Membakor harta rakyat di dalam stadium. Adokah itu menepati slogan 'Membangun bersama Islam' atau membina akhlak dan kerohanian?

Apo maknonya tu?

Den nampok penyokong kelantan masuk stadium dengan memanjat pagor wlpn pintu stadium belum dibuko. Kemudian, menjual tiket yang belum diperiksa oleh pegawai kepada orang yang tiado tiket di luar stadium. Urusan menjual beli berlaku di celah pagor.

Moralkah itu?

Kat tompet lain kito ado nampok adegan sebegini?

-pemerhati

Anonymous said...

dalan setandan pisang, tentu ada seulas dua yang buruk. dalam sepohon nyior tentu ada dua tiga biji buah nyior yang rosak do tebuk tupai,

kepada pemerhati saya tidak nafikan ada penyokong kelantan yang nakal dan gila, tetapi bukan kesemua. kalaulah lah kesemua penyokong kelantan gila sudah tentu stadium tu roboh dilakukannya.

Jangan saudara heret kebencian saudara kepada semua penyokong kelantan...

Kami pun kecewa dengan apa yang berlaku...

kalau nak dikira bendera pas dibawa msuk ke stadium, di stadium lain pun ada dibawa masuk... bukan sahaja di kelantan..

janganlah ia dikait dengan kepartian, saya sebagai orang umno tidak melihat ini faktor kepartian hanya kebetulan sahaja.

-anak kelate

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MK IV said...

mohon minta kebenaran untuk copy gambar 2 di atas tu.

Anonymous said...

"Hanya segelintir sahaja"

gelintir besar kelentit takpe la

GombakRock said...

detguaq,
nampaknya saudara kurang faham maksud "melatah"...perlu rujuk kamus dewan rasanya..saya rasa komen saya dan kelantanese bukanlah termasuk didalam kategori "melatah"...
saya terpanggil membaca posting ini kerana tajuknya "sketsa piala malaysia"...akan tetapi lebih kepada "sketsa politik"...satira yg cuba dilakukan juga tidak kena...itu sahaja pandangan saya...

pandangan politik adalah hak peribadi..akan tetapi mana-mana fakta yang tidak tepat haruslah diperbetulkan...

Anonymous said...

alahai..menyesal lak aku baca sketsa bodoh ni..
aku bukan fan bolasepak kelantan/n9

aku tersesat masuk blog ni sbb ada link dari forum lain..

tp please la..jgn la nak kaitkan bolasepak dgn politik..kotor- jijik la..please la ok..

org mcm ko ni la yg membusukkan lagi bolasepak malaysia

Anonymous said...

Buka hati dan terima hakikat...

Keganasan melanda bolasepak negara.

+ anti holligan