Sunday, November 15, 2009

Penasihat Ekonomi Selangor? Kejap..nak pikir.



Anwar dilantik jadi Penasihat Ekonomi Selangor !!


Terkejut beruk?

Tidak.


Teruja sampai terbaring di atas jalan?

Tidak.


Melopong hingga berbuih mulut?

Pun tidak.


Habis apa?

Cuma tertanya-tanya saja.


Kenapa Anwar yang dipilih?

Tidak pasti. Tanya Khalid, dia yang tau.

Hanya jauhari yang mengenal manikam.


Kenapa tanya Khalid?

Sebab dia kan MB Selangor. Khalid yang berkuasa pilih Anwar.


Dulu Anwar adalah bekas menteri kewangan. Kemudian masuk penjara sebab salah guna kuasa. Sekarang, lepas 10 tahun dia dilantik pula sebagai Penasihat Ekonomi. Bukankah itu seperti 'kitar semula'?Tak ada orang lain lagi?

Tang 'kitar semula' hang jangan sebut. Sensitif. Nanti orang kata padan muka kat kita.


Apa sebabnya pulak?

Sebab kita dah kena jilat ludah sendiri. Dulu kita duk kata kat Isa Samad. Calon kitar semula. La ni kita pulak ambil Anwar. Lebih kurang macam 'kitar semula' jugak.


Negeri pakatan lain macam mana? Anwar akan jadi Penasihat jugak?

Tak pasti. Buat masa sekarang, cuma Selangor saja.


Bukankah Selangor tu dah mempunyai ekonomi yang stabil?

Kenapa perlu ada penasihat?

Macam biasa..ini gimik. Setiap keputusan yang kita buat kena ada publisiti walaupun bersifat murahan. Sebenarnya semua hal ekonomi di Selangor dah mantap, dah ok. Tak perlu lagi penasihat ekonomi. Selangor sememangnya dah maju. Lainlah kalau Selangor ni satu spesis negara mundur lain macam Timor Leste, Sri Langka atau lain-lain. Negara atau negeri macam itu memang kena pakai penasihat ekonomi.

Kesimpulannya, jawatan sebagai penasihat ekonomi di Selangor tak payah pening kepala. Dia boleh cuci kaki dan tangan saja. Dengan kata lain, sekadar 'mengurus ekonomi', bukannya bersusah payah 'membina' ekonomi. Akhirnya, lembu punya susu, sapi dapat nama. Sapa lembu? Sapa sapi? Kau pun dah tau. Tak perlu dijawab lagi.


Pelik, sepatutnya dia jadi Penasihat di Pulau Pinang. Negeri kelahiran dia. Jaga ekonomi kat sana. Kan itu lagi baik. Orang Penang yang sokong dia mesti lagi suka. Terutamanya di High Chapparal.

Mungkin Anwar ada alasan lain agaknya. Akhirnya jawatan Penasihat Ekonomi jadi modal.

Betul tak?

Ada kemungkinan jugak. Sebelum ni ada 'ribut kecil' melanda Pelabuhan Klang. Adun keluar PKR. Terdengar jugak sok sek sok sek akan ada Adun lain turut keluar dari PR. Jadi, Anwar kena bertapak di Selangor dengan memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri. Akhirnya semua Adun PR terikat. Tok ketua dah masuk kandang beb!


Masyuk ke jadi Penasihat Ekonomi Selangor?

Masuk tu ada. Masyuk tu tak pasti. Jawatan ni cuma dibayar elaun tetap RM1.00 sebulan.


Kenapa sikit sangat?

Aik..sikit salah. Banyak pun salah. Takpa, biar papa asal bergaya.



Bayar pakai cash atau cek?

Jangan tanya soalan macam ni. Kerana bunyinya amat sinis.


Berapa lama sain kontrak jadi Penasihat Ekonomi Selangor?

Soalan ini amat subjektif. Bergantung kepada keadaan. Kalau dia sangkut dengan kes 'tangguh tetap tangguh' tu, terpaksa la orang lain ganti. Tapi kena cari yang 'A' jugak. Sebab 'A' akan jadi proksi kepada 'A'. Dapat tahu siapa?


Kejap..nak pikir....



10 comments:

Tokayah said...

yang tersurat Elaun RM 1.oo yang tersirat,,,, berhati-hatilah rakyat selangor,,,, orang ini gila kuasa,,, gila kuasa untuk apa?

Anonymous said...

Gimik ? memang pun, yg penting title boleh jaja merata tempat sampai negara yahudi laknattulah..dgn title penasihat ekonomi di negeri termaju di malaysia. Itu kan "grand" tu.boleh lah putar belit alam,entah penasihat ke atau penasebat ke? aku pun tak tahu,aku ingat mb gag.p tu dah terror urus duit rupanya kantoi.Apa pendapat org PAS ,ade bantahan,?mungkin tak de sebab sibuk ceramah tak habis( ceramah politik ) dok maki hamun org.

Local Fighter said...

Kejap Bro,
Ofis Penasihat Ekonomi Selangor ini kat mana?

Aku rasa macam tau je tempat dia. Mesti dalam Selangor juga kan?

Hehe..kat Sg Buloh kan? Betul tak bro?

Tapi bila dia mau masuk? Penat 'orang - orang kat pejabat' di Sg. Buloh, bersihkan ofis dia.

Tunggu dia masuk dan menjalankan tugas rasmi sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Lagipun lokasi 'pejabat' tidak jauh dari Ijok, tempat DUN MB!

Boleh le MB selalu datang bincang-bincang pasal ekonomi! Hehehe

Nasionalis1982 said...

Bro Local Fighter,

Ko punya ayat sinis la..hehehe

Pemikir Politik said...

salam ziarah....

Anonymous said...

cakap ja RM1.00...boleh tunjuk resit atau cash voucher ke RM1.00 elaun...? Kalau buat meeting kat mana mana dearah S'gor ni, kira hangus ke atau dpt hidden elaun? Boleh percaya ka RM1.00 ni, ada sign contract ke? dalam contract apa term & condition? RM100k kot setahun... mungkin Khalid gagap ni tersasul sebut RM1.00 ....rakyat Sgor kena tahu ni jgn mimik kosong ahli bijak pandai pun sangsi...Jutawan atau tukang cuci atau budak sekolah pun tak mau RM1.00 ni apatah lagi c mamat ni...fuyoo suspender ni....

Tapi kan ahli ahli Pakatan ni mesti fikirkan dalam kepala otak ..fuyoo dashyat tul laa pemimpin aku ni..ambik singgit ja, prihatin betul....percaya bulat bulat...

Anonymous said...

RM1.00 je?

Kesian rakyat selangor kena tipu tahap siamang...

+ anti holligan

ghostWRITER said...

yang masyuk singgit, kerja pun singgit, yang nak TGNA ketua pembangkang zaid, yang akan mengangkang DSAI, melopong dan melepas jadi PM buat kali ke dua kalinya...

Anonymous said...

sesesesese hinggit... opsss seseseseratus ghibuuuuuuu..

Anonymous said...

RM1? ke RM1K? atau RM1B? kalau RM1, bererti Anwar tu kurang bernilai dari pekerja warga asing indonesia la ye.