Wednesday, November 25, 2009

BTN diharamkan, lepas ni apa pulak?

"Mencintai negara bermaksud mencintai
tanah air, rakyat, pemerintah dan juga
menjunjung kedaulatan negara."


"Jika hanya kita mencintai tanah air, rakyat dan pemerintah, tetapi kita tidak mampu membuat keputusan sendiri mengenai negara, bermakna kita tiada kedaulatan dalam pemerintahan. Ini bermaksud kita masih dijajah samada secara fizikal atau simbolik. Begitu juga jika kita membenarkan tanah air ini semakin hari semakin banyak dijual kepada orang lain, maka kita juga tidak patriotik. Perasaan patriotik terhadap keempat-empat komponen ini wajib disemai di kalangan bangsa kita, supaya kita mampu terus mempertahankan negara ini dengan segala kekuatan dan kebijaksanaan. Oleh itu, BTN terus mengadakan pelbagai program untuk menyemai perasaan patriotik ini kepada seluruh rakyat."

Itu adalah petikan perutusan KP Biro Tatanegara.

Komen anda?

Komen aku senang saja. Apa yang BTN lakukan adalah demi alif, baa dan taa. Agama, bangsa dan tanah air.

Apa yang penting adalah BTN mampu meningkatkan patriotisme. Ia dibuat secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika.

Mana kau tahu?

Aku tahu lah sebab aku sendiri pernah hadiri kursus BTN dulu.

Oooiiii Kerajaan Selangor Haramkan Kakitangan Negeri dan Pelajar IPT Milik Selangor Hadiri Kursus BTN !! Kau dengar tak !!!

Eh..kerajaan selangor saja yang haramkan BTN?

Setahu aku, cuma kerajaan Khalid Ibrahim saja yang terbabit. Tapi aku percaya lepas ni, akan ada kerajaan negeri lain yang akan terhegeh-hegeh ikut serta. Sehati sejiwa lah katakan. Kalau tak ikut nanti dikatakan tidak mematuhi maksud 'pakatan' pulak. Bukankah 'pakatan' itu membawa maksud pakat-pakat membuat satu tindakan. Kalau tak pakat nanti takut kena gelak pulak.

Awat depa haramkan BTN?

Exco kerajaan negeri kata kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional. Tambah beliau lagi, BTN boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis, seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama.

Indoktrinisasi. Pergghhh..canggih sungguh perkataan tu. Aku carik definisi dalam website DBP tapi tiada. Rupanya salah. Sepatutnya indoktrinasi, bukannya indoktrinisasi. Oii exco,kan dah kantoi tu...sebelum sebut baik check dalam kamus dulu. Jangan main sembur je.

Dan kalau ikut definisi dalam kamus DBP, indoktrinasi bermaksud perihal atau perbuatan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dalam fikiran seseorang atau segolongan manusia.

Exco itu turut berkata, keputusan itu diambil selepas beberapa kajian mengenai BTN dibuat.

Ni aku nak tanya. Siapa yang buat kajian tu? Siapa yang jadi sampelnya? Dan di mana kajian ni dibuat?

Kalau setakat serkap jarang, sapa-sapa pun boleh buat.

Rakyat Malaysia sekalian...

Jangan pula anda terkejut jika Program Latihan Khidmat Negara mungkin akan turut diharamkan di Selangor.

Bukankah tujuan PLKN itu mirip dengan BTN.

Sekarang, bibit-bibitnya sudah ada dan BTN adalah mangsa pertama.

6 comments:

Anonymous said...

Salam perjuangan semua,

Apa nak jadi dengan pakatan rakyat sekarang ni?

macam2 yg kerajaan buat dan dah ada sekarang ni semua nya tidak betul...rase2 nya dia pegi sekolah kat mane ek dulu masa kecik2???

kalu tak sekolah kerajaan, beranak pun kat hospital kerajaan...kat mana diorang asal usul??

tak suka dengan kerajaan bermakna mereka tak suka kami yg bekerja dengan kerajaan jugak...jgn sombong pakatan rakyat dengan kata ramai yg sokong kamu...

nak ubah apa2 yg baik dibuat oleh kerajaan, jgan harap selagi nyawa masih dikandung badan sy...

akan sy pertahankan BTN dengan kudrat dan daya yg sy ada...

Nik
Daejeon

Anonymous said...

maksud pakatan = cina+ india + melayu tulen kot??

sbb tu la .. kerajaan pakatan gitu .. gitu .. gitu .. gitu.. gitu ..

itu langkah pertma mereka..
sbb takut pakatan akan musnah..sbb BTN ..

tak mahu rakyat sedar asal usul mereka .. sbab mereka suka rakyat sekarang.. lupa diri n sejarah tanah melayu..

senang mereka nak memerintah..
tanah malaysia.. Pulau Simpadan.
senang je gi kat singa2Pura2..
sbb mereka suka rakyat sekarang .. x patriot.. x sedar diri..

bila BTN x de.. confirm.. rakyat pemimpin di IPTA sudah lupa daratan juga.. pemimpin2 pemuda2.. di IPTA negara..

Anonymous said...

BTN mengajar kita untuk memahami apa itu perlembagaan negara.

Dan seterusnya dapat membina rasa hormat kepada perlembagaan.

Tapi puak2 PR haramkan pulak BTN. Kenapa?

Alah...kalau kita tengok individu yang nak sgt BTN ni diharamkan pun kita dah tahu apa tujuan mereka.

1. Amirudin Shari(PKR-Batu Caves)
2. Lau Weng San(DAP-Kampung Tunku)
3. Nik Nazmi Nik Ahmad(PKR-Seri Setia)
4. Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai)
5. Hannah Yeoh Tseow Suan(DAP-Subang Jaya)
6. Gan Pei Ni (PKR-Rawang)

Majoritinya siapa???????

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia....

-anti Pakatan Rakyat
Kota Damansara

Semanggigunung said...

Kesamarataan di Pulau Pinang dah terlaksana.

Sekolah Tahfiz dapat RM75 ribu.
Sekolah aliran Cina dapat RM10 Juta.
DEB dipertikaikan

Kesamarataan di Selangor wang zakat boleh digunakan untuk pembangunan.
BTN pula telahpun diharamkan.

Lepas ini mungkin kut sama ada nak tubuhkan republik atau mungkin nak keluar Malaysia.

Selagi tak dapat yang dihajat, macam-macam lagi akan muncul.

Kalau nak selamat musnahkan punca dan perdunya.

Anonymous said...

Dulu depa haramkan Islam Hadhari di Selangor..

La ni haramkan BTN..

Lepas ni haramkan pulak PLKN..

Yang dihalalkan pulak..

1. Kandang babi mega
2. Rumah urut
3. Masa operasi kelab dilanjutkan
4. Jual arak

Apa yg rakyat Selangor boleh buat?
Tengok saja...

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak undi meranalah selama 4 tahun..

Runtuhkan PR !!

Anonymous said...

tak sabar aku tunggu PLKN plak dihapuskan oleh PR.. kahkahkah! tapi mampukah dia? wakakakkakaa!