Saturday, October 17, 2009

Ohhh..ada orang buang bayi di negeri 'Serambi Mekah'!!!


Oiiii...cuba baca berita ini. Gua petik dari laman web harakahdaily bertarikh 22 Feb 2008.

Awang Adek mahu jadikan Kelantan 'Serambi Maksiat'?


Nama Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek Hussin disebut-sebut semalam sebagai 'bakal Menteri Besar' jika Umno/BN berjaya menawan Kelantan.
Gah bunyinya, lantang slogannya mahu menawan Kelantan setelah 18 tahun PAS menerajui negeri 'Serambi Mekah' itu dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa sebarang rasuah mahupun penyelewengan yang dilaporkan.
Rakyat Kelantan sendiri seakan sudah 'lali' dengan pemerintanan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikenali dengan panggilan 'Tok Guru' di sana.

Umno mahupun PAS, semua menghormati 'Tok Guru'.Cuma beberapa kerat dari kalangan kelompok yang 'gilakan' kuasa mahu melihat Kelantan kembali menjadi seperti negeri-negeri lain di Semenanjung yang ditadbir BN.

Paling menarik, 'Tok Guru' cukup dikenali kerana mengimami solat dan menyampaikan tazkirah setiap Jumaat di Kelab PAS Kota Bharu.

Kelantan dan negeri-negeri lain cukup berbeza, dari sudut budaya, adat setempat mahupun kegiatan ekonominya.Ramai yang menyatakan bahawa Kelantan sebuah negeri yang 'miskin' namun berapa kerat sahaja yang berkeadaan demikian di sana berbanding di Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor mahupun Kuala Lumpur sendiri.

Kelantan sendiri bukanlah negeri yang tertinggi dalam statistik kemiskinan tegar.Tabiat rakyat Kelantan sendiri sebenarnya tidak memungkinkan mereka 'jatuh papa' kerana mereka amat dikenali dengan masyarakat yang pandai berniaga.

Justeru kemiskinan yang biasanya dikaitkan dengan Kelantan oleh media-media pro BN hanyalah 'retorik' kerana jika ada kalangan rakyat Kelantan yang miskin sekalipun, bukanlah kerana dasar Kerajaan Kelantan sebaliknya kerana 'kemalasan' individu.

Bumi Kelantan cukup subur dengan aktiviti perniagaan makanan, boleh dikatakan Kelantan adalah hub makanan murah.Sebut sahaja Kelantan, kalangan 'orang luar' mesti terbayang akan keseronokan menjamu makanan murah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Malangnya kini kelompok tertentu di kalangan orang yang cintakan 'kuasa' mahu mengubah lanskap masyarakat di Kelantan.Pengaruh Islam Hadhari yang menjadikan Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 'syurga' maksiat mahu dibawa ke Kelantan.

Mereka ini loghatnya sama seperti loghat orang Kelantan, namun jiwa besar mereka untuk merampas Kelantan bagi mendapatkan kuasa membuatkan semua ini dilupakan.

Usaha itu jika setahun dua yang lalu dikepalai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa, tetapi kini kelompok pengampu mula mengangkat Awang Adek sebagai 'wira sebelum menang' untuk dinobatkan kononnya sebagai Menteri Besar.

Melihat ketokohan, sesungguhnya Awang Adek bukanlah sebenarnya tokoh yang sepatutnya diketengahkan untuk jawatan sebesar itu.Di peringkat Parlimen sendiri, Awang Adek bukanlah 'ayam sabung' yang mampu menaikkan imej Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun selayaknya Awang Adek diangkat menjadi calon MB yang dikriteriakan oleh PM kerana, Awang Adek memiliki gaya 'mengantuk' sama seperti PM.
Di Parlimen beliau jarang menjawab bagi pihak kementeriannya, sebaliknya Dato' Dr Hilmi Yahya (Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan) adalah orang yang paling kerap menjawab soalan bagi pihak kementeriannya.

Awang Adek adalah seorang anak Kelantan bekas Penolong Gabenor Bank Negara. Beliau memiliki kelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Tetapi sejak menyertai Umno dan duduk di bawah selimut parti itu, kelihatan tuntutan politik kadangkala mengatasi ilmu dan daya intelek beliau.

Sebelum ini ketika Kelantan melancarkan Emas Dinar nya pada bulan September 2006, Awang Adeklah antara pemimpin Umno yang terawal memperlekeh dan memandang rendah usaha kerajaan negeri PAS itu.

Rekodnya di Parlimen Bachok sendiri kurang memuaskan memandangkan ada juga rungutan kalangan rakyat di sana tentang ketidakprihatinannya terhadap masalah rakyat setempat.

Kemegahan beliau terhadap Islam Hadhari yang dicipta 'imam Umnonya' sedikitpun tidak pernah menjadikan azimat kepadanya untuk memperbetulkan kepincangan 'akhlak' di kalangan pemimpin Umno/BN yang terpalit dengan skandal peribadi.

Pernahkah rakyat Kelantan melihat Awang Adek menjadi penyampai tazkirah setiap minggu atau setidak-tidaknya memimpin solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib atau Isya' setiap hari seperti yang dilakukan 'Tok Guru'.

Rasuah yang membarah di bawah kerajaan kepimpinan 'Imam Hadharinya' tidak pernah cuba diperbetulkan Awang Adek, sebaliknya beliau bercita-cita besar untuk menawan Kelantan yang sudah dikenali sebagai 'Serambi Mekah'.
Jika suatu ketika dahulu sewaktu BN memerintah Kelantan, adakah rakyat Kelantan merasai nikmat pembangunan yang melimpah-limpah?Adakah ketika itu tiadanya orang miskin di Kelantan?

Adakah hanya dengan kehadiran Awang Adek boleh menjadikan Kelantan sebagai 'syurga' dunia kepada sang miskin untuk bertukar menjadi orang kaya?
Secara logiknya, kehadiran Awang Adek membawa idea Islam Hadhari dengan pembangunan mengkayakan kroni sebenarnya hanya akan merosakkan rakyat Kelantan.

Lihat sahaja Terengganu, selepas BN menang besar mereka membawa pembangunan ke sana.Namun siapa yang merasa nikmat pembangunan itu kalau hanya segelintir kroni Perdana Menteri sahaja yang membolot semua projek di sana.

Nama Patrick Badawi tentunya tidak asing di Terengganu kerana bukan sahaja projek biasa yang diperolehinya, pembinaan Masjid Kristal juga diberikan kepada kroni 'bukan Islam' itu.Akhirnya masjid tersebut tidakpun diimarahkan seperti masjid-masjid kecil di Kelantan, sebaliknya hanya menjadi kemegahan sahaja.

Adakah rakyat Kelantan mahukan 'masjid' yang dijanjikan BN untuk dibina di sana turut disapu oleh Patrick Lim dan akhirnya hanya menjadi 'halwa mata' tanpa boleh diguna rakyat marhaen. Justeru impian Awang Adek dan konco-konconya untuk menawan Kelantan perlu dilihat rakyat negeri itu dengan teliti.Jika pembangunan 'ala Umno' yang dibawa tidak mustahil Kelantan akan menjadi 'Serambi Maksiat' seperti negeri-negeri lain milik Umno.

Jangan terpedaya dengan gendang 'palsu' yang dipalu Awang Adek dan konconya tatkala rakyat patutnya berbangga Kelantan sudah dikenali dengan 'Serambi Mekah'.

sumber - Harakahdaily

Yaaa...memang betul. PAS berbangga kerana negeri mereka dikenali dengan 'Serambi Mekah'.

Tapi itu retorik!

Bila UMNO berusaha untuk memerintah Kelantan, PAS cuba meracuni rakyat dengan mengatakan bahawa UMNO akan menjadikan negeri Kelantan sebagai negeri 'Serambi Maksiat'.

Oiiii...PAS Kelantan, kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih !!

Cuba baca berita terbaru ini....


Kariah masjid Telipot gempar temui bayi baru lahir

KOTA BHARU 17 Okt — Penduduk kariah Masjid Telipot di sini gempar dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, yang ditinggalkan di wakaf (tempat rehat) perkarangan masjid itu pagi ini.

Bayi yang hanya berselimutkan tudung wanita itu ditemui masih bertali pusat dengan keadaan badannya menjadi biru dipercayai akibat kesejukan.

"Bayi perempuan itu ditemui sepasang suami isteri yang sedang berehat di wakaf tersebut pada kira-kira pada pukul 8 pagi,” kata seorang petugas masjid, Khadijah Yazid, 51, kepada pemberita di sini.

"Ketika itu puluhan kariah masjid yang lain sedang khusyuk mendengar kuliah agama, saya kemudiannya ambil tuala mandi saya dan selimutkan bayi itu,” tambahnya.

Katanya ketika ditemui bayi itu dalam keadaan merengek dipercayai sedang kelaparan, dan pihak masjid terus menghubungi polis yang datang setengah jam kemudiannya untuk menghantar bayi itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Jurucakap hospital itu ketika dihubungi berkata bayi berkenaan yang hanya seberat 1 kilogram dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Sementara itu seorang lagi pekerja masjid, Ali Abdullah, 65, berkata tiada siapa pun anggota kariah masjid itu yang perasan siapa yang meletakkan bayi berkenaan di situ pada kira-kira pukul 8 pagi.

Sumber - Utusan Melayu

Oiii PAS Kelantan, cermin-cerminlah diri. Apa dah jadi dengan negeri 'Serambi Mekah'. Sekali anda hipokrit, ternyata hipokrit selamanya !!!!

5 comments:

Anonymous said...

biar lah kelantan dengan cara nya...kita tak perlu iri hati.
kalaulah sesekali kes yang sebegini akan kecohlah seantero malaya..
sekali pun kelantan di perintah pas atau sesiapa saja...kemungkaran akan terus berlaku kerana iblis ada di mana mana.

Nasionalis1982 said...

Anon 1006,

Benar katamu iblis dan syaitan ada dimana-mana.

Kerana itulah artikel ini ditulis. Iaitu untuk membidas dan memulangkan paku buah keras ekoran kenyataan mereka dalam Harakahdaily.

Dituduhnya UMNO itu pembawa 'Serambi Maksiat' dan PAS itu sebagai 'Serambi Mekah'. Seolah-olah, kadar jenayah dan masalah sosial di bumi kelantan langsung tiada.

iceman said...

lain kali guna huruf yang besar2 biar senang nampak dan barulah paham.Takut jd mcm yang diatas

rizuan mh said...

hehe..hub makanan murah??

tergelak saya.


Julai lepas saya ke Kelantan kerana ada kursus, singgah di Wakaf Che Yeh untuk makan..geram saya. Memang pandai berniaga. Sangat pandai, pandai menipu, mencekik..konon murah, tp harga menu di Penang jauh lebey murah. Sepinggan nasi goreng cina RM5.00 dan segelas milo ais, RM1.50..

terkejut cipan saya..di Penang, nasi gorengnye lagi sedap tp lebih murah, cuma RM3.50.

kenapa begitu mahal ya?? sbb saya orang luar ke??

Anonymous said...

oooo.... tu petandanya orang2 kelantan ni sebenarnya adalah negeri yang paling termiskin sekali berbanding dengan sarawak dan sabah yang dituduh sebagai negeri yg miskinnya mencapai tahap kritikal..

apabila kelantan miskin maka mereka terpaksa mencekik orang luar... mahupun orang dalam.. ahh! sudahlah, orang kelantan ke .. dengan pemimpinnya ke tetap dibenci ramai.