Wednesday, February 16, 2011

Rakyat akan memerhati dan menilai gelagat mereka ini...

Keluarga, peguam Beng Hock tarik diri

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Keluarga Teoh Beng Hock dan peguam-peguam yang mewakili mereka hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.

Peguam Karpal Singh memaklumkan demikian selepas permohonannya untuk menyingkirkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan ditolak oleh panel-panel yang bersidang hari ini.

Karpal, peguam Gobind Singh Deo dan semua ahli keluarga Beng Hock dilihat terus meninggalkan bilik bicara selepas permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman berhubung penyingkiran pegawai pengendali turut ditolak. – Utusan

4 comments:

blogenstarz said...

Biarkan mereka dengan perangai sedemikian.....
Lama2 mereka akan teduduk diam mengenangkan nasib badan yang diperkudakan.... DAP dalangnya !

Anonymous said...

Ikut suka hanglah Kapal... nak buat macam mana lagi kerana dalam negara Malaysia ini seperti:

andalah PALING hebat dan berkuasa dalam hal-hal berkaitan undang-undang dan mahkamah Malaysia.

Undang-undang yang ada macam duduk bawah kasut hang je!

Anda memang peguam TERhebat dalam sejarah negara. Tahun lepas anda ada dipihak pendawa (tuduh) - Hari ini boleh tukar jadi pembelalah pulak! Apa itu tak menakjubkan? Ya memang rakyat awam tidak arif dalam hal undang-undang tapi ingat

Rakyat Memerhati dan Menilai... keputusan hukuman kami tentukan walau hanya daripada sudut moral.

Anonymous said...

TARIK DIRI? BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.... SO TARIK DIRI, ANDA TAKUT KE KARPAL?

anti bohmau said...

bila keADILan tidak memihak kepada mrk....kebenaran ditolak ke longkang