Tuesday, February 22, 2011
Air nescafe yang saya minum jadi pahit dan tawar bila baca tajuk berita Utusan Malaysia
Tersedak dibuatnya bila baca berita di akhbar pagi ni. Tengok tajuk berita pun sudah membuatkan air nescafe yang saya minum jadi pahit dan tawar.
Harga petrol mungkin naik?- Utusan Malaysia, 22.2.2011 (Klik SINI)
Itu tajuk berita yang terdapat dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ni. Ada beberapa petikan yang menarik minat saya.
1. Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
2. Rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan.
3. Beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan. Antaranya, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia.
Apa yang saya jangka hampir jadi kenyataan. Pergolakan politik di Arab jadi penyebab kenaikan harga minyak dunia.
Rakyat Mesir di sana boleh bersorak riang kerana berjaya menggulingkan pemerintahan Hosni Mubarak. Tapi rakyat di negara lain terpaksa terima akibatnya. Tak pasal-pasal harga minyak dunia melonjak naik. Bukan sikit beb tapi dah cecah hampir RM315 setong !!
Negara otai ekonomi dunia iaitu China juga sudah naikkan harga minyak sehingga 14.4 peratus dalam tempoh 3 bulan. Pergh...
Mulai saat ini, bolehlah kita semua layan lagu Kris Dayanti- Menghitung Hari. Esok lusa mungkin harga minyak RON95 akan naik. Bersediakah kita ??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
berita yang tak sanggup aku baca..tolong !!
Post a Comment