Tuesday, February 22, 2011

Pilihanraya UM : Benarkah si ibu turut 'berkempen' untuk anaknya ??


1. Calon Pilihanraya UM Hilang

Calon pilihanraya UM bernama Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini telah
berjaya ditemui dalam keadaan lemah di Bangi. Alhamdulillah. Dia selamat.

Kemudian, Masturah yang ditemani ibunya bernama Mariam Abdul Rashid telah mengadakan
sidang akhbar mengenai kes kehilangannya itu. Hadir sama dalam sidang media itu adalah bapanya iaitu Abu Bakar Din serta empat sepupu bertubuh sasa dan berkaca mata hitam, difahamkan menjadi 'pengawalnya'. Ibunya telah meminta supaya kehilangan anaknya itu tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

"Kehilangan anak saya ini, ada pihak yang bertanggungjawab melakukannya," tambah ibunya.


2. Pilihanraya Kampus : UM Kesal Campurtangan Luar


Malaysiakini hari ini telah
melaporkan dalam portalnya bahawa Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Ghauth Jasmon kesal dengan tindakan Mariam Abdul Rashid, ibu calon Pro-Mahasiswa Masturah Abu Bakar, yang bersolat hajat dan berceramah untuk membantu kempen anaknya di kampus itu Ahad lalu. Ahad lalu, Mariam dilihat menunaikan solat hajat di dalam kampus universiti itu sebelum memberi ceramah berunsur kempen.

3. Siapakah Mariam Abdul Rashid?


Malaysiakini tidak memberi detail lanjut mengenai Mariam. Siapa Mariam sebenarnya? Pelik juga, seorang ibu kepada calon pilihanraya kampus boleh turut 'berkempen' dalam universiti, malah boleh memberi ceramah pula. Hebat.


4. Ohh..ini rupanya Mariam Abdul Rashid, ibu kepada calon pilihanraya yang hilang itu.


Gambar atas : Reappointed for second term: Mazalan (fourth from left) sharing a light moment with MBSA councillors (from left) Zulkefli, Kalimuthu, Izham Hashim, Norhalim, Mohd Najmi, Tan Ah Kow @ Tan Sie Wai and Mariam Abdul Rashid after the swearing-in ceremony. (Klik SINI)

3 comments:

tyiah said...

sakan betui...

Jeffry said...

LORR SATU LAGI MAK LAMPIR PAS TERLEPAS. NAMPAK SGT MAIN 'CURANG'. BIASAK LAA PUAK SESAT MMG SUKE BUAT KEJE MCM TU..PTUIH

ajai62 said...

Assalam Bro

Kat Shah Alam ni dah banyak sampah sarap sebab yang kerja kat MBSA pun asyik nak berkempen sampai kat kampus anak dia. Kerja tak buat ikut pun parti sampah.