Friday, February 25, 2011

Semoga Malaysia akan terpelihara daripada tangan-tangan ghaib


Si tangan ghaib tentu gembira melihat rakyat di negara Timur Tengah bangkit menentang pemerintah. Lagi banyak nyawa rakyat melayang, tentu lagi seronok. Makin ramai rakyat akan keluar ke jalan raya untuk menentang kerajaan.

Senyum je si tangan ghaib. Maklumlah..negara yang jadi mangsa tu pulak adalah negara islam. Pengeluar minyak dunia pulak tu. Si tangan ghaib untung besar. Harga minyak dunia naik mendadak.


Negara lain alami kesusahan. Selain terpaksa naikkan harga minyak, kos pengangkutan juga terpaksa ditanggung untuk hantar pulang rakyat masing-masing. Si tangan ghaib mana ambil kisah semua ini..yang penting negara islam akan hancur.


Strategi si tangan ghaib senang saja. Iaitu dengan menggunakan sentimen kuasa rakyat. Mereka kerah rakyat untuk turun ke jalan raya atau dataran. Rakyat yang 'tiga suku' ni pun ikut saja. Dah tak boleh fikir secara rasional dan waras.


Saya berharap negara kita Malaysia baik-baik saja. Moga negara kita akan terpelihara, berkat doa semua rakyatnya.


1 comment:

Anonymous said...

To all readers of this article. What makes you think there is no invisible hand behind all that had happened? The economic sabotage, the financial crisis, the racial, religous and political turmoil had happened through nature course???? Not forgetting the forever effort to break the malays in whatever manner....using islam especially.