Monday, June 3, 2013

Siapa yang naikkan harga rokok? Kerajaan atau TAUKEH rokok?

Harga Rokok Naik 3 Peratus 
KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat-kuasa Isnin.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. - BERNAMA

Harga rokok dah naik. Jadi sekarang bagaimana? 
Apa susah, korang pakat-pakat berhenti merokok.
Biarkan jualan rokok jadi tak laku, kurangkan permintaan rokok, boikot rokok.
Nanti bila taukeh rokok makin rugi, pandai-pandai lah mereka turunkan harga rokok balik.

3 comments:

Anonymous said...

skarang byk rokok seludup,dan rokok elek,.bgus sgt..biar bnkrap syarikat rokok ni semua,.syarikat2 rokok ni saja nk sabotaj kerajaan..

Anonymous said...

Nampak tak..nampak tak..bila habis je pilihanraya, semua taukeh mula naikkan harga.

gasing said...

tauke yg supply rokok dari pintu depan atau belakang adalah tauke yg sama. kalau beli rokok dari depan, kerajaan dan tauke untung, kalau beli dari belakang "tauke berlipat kali ganda untung krn tak payah bayar cukai".