Monday, May 13, 2013

FILEM TANDA PUTERA : Bila nak tayang?

Filem 'Tanda Putera' Ditayang Selepas PRU-13

 
 
SHAH ALAM: Pengarah Filem Tanda Putera Datin Paduka Shuhaimi Baba pada Selasa berkata filem itu akan ditayangkan kepada orang ramai selepas pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan orang ramai menonton filem itu dalam keadaan tenang serta mengelak bantahan daripada pihak tertentu.

Shuhaimi berkata beliau memegang hak tayangan filem itu untuk ditayangkan secara tertutup dan bersedia menayangkan filem itu kepada mana-mana pihak termasuk pembangkang sekiranya dibayar.

"Saya telah membuat keputusan untuk tayang filem ini selepas pilihan raya agar penonton dapat tengok dalam keadaan tenang dan tak perlu gaduh dan buat protes," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel dalam Wacana 'Artis masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi' di Kompleks Karangkraf di sini, Selasa.

Jemaah Menteri sebelum ini membuat keputusan menangguhkan filem itu kerana terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dilaporkan berkata demi kebaikan antara kaum, Jemaah Menteri memutuskan penayangan filem itu wajar ditangguhkan sebab mengandungi babak yang mungkin menimbulkan konflik keras.

Filem sejarah itu yang diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), memaparkan kisah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969. - BERNAMA (KLIK SINI)


 Soalan kami...PRU 13 dah tamat, jadi bila lagi nak tayang filem ini?
 
 

3 comments:

Anonymous said...

Masih nak selam hati cina..masih nak gaja hati cina, masih nak jaga hati nuar juburi, masih takut dgn nuar juburi.

Anonymous said...

betul....lama lama orang naik meluat.

Anonymous said...

Caya lah ada desakan utk dia turun..semua meloyakan..KPI fan NKRA org tak heran..Yg penting pakaitan berjaya yakin cerdik pandai termasuk pelajar di U dan tenaga pendidik..Kita da bosan dgn fitnah yg lambat di nafikan melalui media utama tak ada siapa yg baca.. Blog Bn dalam bahasa Inggeris lagi hamcuss..gulongan elit tak baca tulisan melayu..