Thursday, May 9, 2013
Kekecewaan Najib berasas
Kekecewaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan masyarakat Melayu terhadap tindakan pengundi Cina yang beralih kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mempunyai asas yang sangat kukuh.
Dekan Institut Pengajian Cina Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Prof. Dr. Ho Khai Leong berkata, hal ini kerana segala usaha mengangkat kehidupan masyarakat Cina oleh Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) dipandang sepi oleh kaum tersebut.
"Perdana Menteri berhak kecewa dengan pengundi dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina setelah beliau berusaha keras memenangi hati kaum itu sekian lama menerusi pelbagai program dan bantuan.
"Ada banyak bantuan pelajaran diberikan kepada sekolah Cina termasuk menaik taraf kolej-kolej Cina menjadi kolej universiti. Mereka umpama tidak menghargai usaha ini. Mana-mana perdana menteri di dunia ini pun akan kecewa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pengundi-pengundi Cina yang seolah-olah memandang sepi segala usaha pembangunan dan transformasi dibuat kerajaan dengan mengalihkan sokongan terhadap parti cauvinis Cina, DAP dalam pilihan raya umum lalu sehingga menyebabkan BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga.
Mengulas lanjut, Khai Leong memberitahu, Najib sejak memegang tampuk pemerintahan telah melakukan yang terbaik untuk kesejahteraan semua kaum di negara ini termasuk masyarakat Cina.
Segala usaha Perdana Menteri itu jelas beliau, membawa kemakmuran kepada semua rakyat sekali gus membuktikan tiada kaum yang ketinggalan dalam pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju pada 2020.
"Walau bagaimanapun, etnik Cina mempunyai isu-isu lain yang mereka tidak puas hati di negara ini seperti kesamarataan kaum, justeru mereka menyokong pembangkang yang mereka lihat dapat menjamin perkara tersebut," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Dr. Yap Sin Tian ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan berhubung perkara tersebut dengan alasan tiada masa untuk melayan soalan tersebut.
Sian Tian sebaliknya meminta wartawan menghubungi pemimpin lain dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu meskipun beliau merupakan pemimpin tertingginya.
"Saya tak boleh jawab soalan ini, saya tiada masa, boleh hubungi orang lain di pejabat Dong Zong," ujarnya. - Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pengerusi Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Dr. Yap Sin Tian, memang paling sial dan paling celaka. Terang-terang dia dah menipu Najib. Mari kita sokong kempen "Buy Chinese Last", kasi ranap ekonomi peniaga-peniaga Cina!
Post a Comment