Sunday, October 17, 2010

Pasca Bajet 2011 : Bangunan 100 tingkat atau bonus?



Antara intipati menarik bajet 2011 adalah pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion yang akan dibina di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang dijangka siap tahun 2015.


Daripada cakap-cakap penjawat awam mengenai pembentangan bajet 2011 oleh DS Najib, mereka kebanyakannya tak peduli dengan pembinaan bangunan tersebut. Mereka bertanya, apa faedahnya kepada rakyat? Walaupun kerajaan memberi saguhati berjumlah RM1000 tahun ini (termasuk bantuan raya sebanyak RM500 yang sudah diterima), namun masih ramai antara mereka tidak berpuas hati. Terpulanglah. Yang pasti di luar sana masih ramai yang bersyukur dan ucap terima kasih pada kerajaan.


Ada antara mereka berkata, bonus adalah salah satu keistimewaan yang diterima secara langsung oleh penjawat awam. Dapat terus hingga ke tangan atau ke poket si penerima. Tak singgah dalam mana-mana poket orang atasan. Itu paling penting. Mereka menambah, penjawat awam yang bekerja di hulu atau kawasan pendalaman tidak dapat merasa faedah dan kenikmatan bangunan 100 tingkat. Kalau bonus, semua dapat merasa.

Hari ini di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia, DS Najib beri penjelasan mengapa kerajaan tidak dapat beri bonus. Ia melibatkan kos sebanyak RM3.1 bilion. Baca sini.


DS Najib dah pilih RM 5 bilion untuk bangunan dan bukannya RM 3.1 bilion untuk bonus kakitangan awam. Jangan pulak ada nanti penjawat awam yang mogok. Sekian.


6 comments:

Anonymous said...

apaka hal bodoh sangat ko nie...adakah bangunan 100 tingkat tu untuk AGAMA & BANGSA????????

Anonymous said...

sekali sekala perlu juga blogger kirik dasar kerajaan. Atas dasar keterbukaan.

-peminat blog

Anonymous said...

masa minta kerja dulu, tak cakap pasal bonus, pasal elaun pun. relax la....

Anonymous said...

x habis2 mintak bonus..tapi kerja macam sial...!!!
korang ingat..kerajaan tu utk kakitangan kerajaan ke.??
kalo camtu swasta..kena ada kerajaan swasta la..
dan orang kampong...ngan kerajaan kampong..
ha..ha..ha...cilakak..cilakak

Mazha 2010 said...

salam, tq beri komen di blog saya Mazha 2010...

tungkaran hati said...

Sultan dan rakyat Johor mahu jambatan ganti Tambak Johor....
Tak masuk dalam belanjawan ke....?
mana perginya Menteri dan kakitangannya untuk menjalankan titah Sultan? tolonglah jangan jadi PEMIMPIN yang DAYUS dan DERHAKA..!