Wednesday, October 6, 2010

Rahimi muncul membawa mesej Yang Hak Pasti Berdiri!!


Tembelang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pecah lagi apabila bekas Setiausaha Sulitnya, Rahimi Oshman Rabu membuat laporan polis membabitkan kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang masih berlansgung di mahkamah ketika ini.


Rahimi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan kira-kira pukul 2.30 petang Rabu mendakwa telah dipaksa oleh Anwar untuk memberikan dua pengakuan sumpah palsu pada Jun 2008 yang antara lain cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri sebagai mastermind konspirasi.


Rahimi yang telah berhenti menjadi pembantu Anwar pada tahun 2008 itu hadir di IPD berkenaan dengan ditemani oleh peguamnya, S. Ravi Chandran.


Dalam masa yang sama, sidang media Rahimi yang diadakan di restoran Lotus di Jalan Pesiaran Raja Muda Musa, di Klang pada pukul 4 petang ini bertukar kecoh apabila sekumpulan individu dipercayai ahli PKR Klang bertindak menganggu dan membuat kekacauan perjalanan sidang media berkenaan.


Selain membuat bising dan mengeluarkan kata-kata kesat, mereka juga turut mengancam untuk mencederakan Rahimi sekiranya tidak menghentikan sidang media itu - Agenda Daily


Tidak kira berapa lama kita perlu tunggu, namun kebenaran pasti dan tetap akan muncul. Jadi, tak perlulah nak keliling dunia pergi 'menyembah', jogathon sana sini, sibuk membuat ucapan dan forum, dan akhirnya melambatkan proses undang-undang.


Kemunculan Rahimi pasti akan menghantui Anwar. Mujurlah Anwar berada di luar negara. Jika tidak, mungkin kedutaan Turki menjadi lokasi pertama dia pergi untuk menyuruk buat kali kedua.


Wahai Anwar, rakyat akan terus memerhati anda. Rakyat tak akan lupa bahawa...

'Yang HAK pasti BERDIRI, dan yang BATHIL pasti jatuh'.





1 comment:

Anonymous said...

bilalah agaknya anwar si dajjal nih akan tersungkur?aku dah bosan melihat permainan politik si dajjal nih yang begitu kotor dan menjijikan.semuanya menjadi halal bagi si dajjal dan pengikutnya asalkan dapat terus berkuasa..tapi si dajjal terlupa yang setiap yang hidup pasti mati.tiada yang kekal abadi melainkan tuhan. si dajjal perlu ingat yang di hari pembalasn kelak dia perlu menjawab segala perbuatan keji yang telah dia lakukan di bumi tercinta ini dan aku berdoa kepada tuhan supaya si dajjal nih ditempatkan di neraka jahanam bersama pengikut-pengikutnya yang buta.