Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 : Penjawat awam perlu bersedia untuk TIDAK MENDAPAT BONUS


Petang ini, semua penjawat awam perlu bersedia. Bersedia dari aspek fizikal dan mental.

Bersedia untuk apa?


Bersedia lah jika pembentangan bajet yang akan dilakukan oleh DS Najib petang ini
tidak memenuhi kehendak hati dan perasaan penjawat awam sekalian.

Aku tahu sebelum bajet dibentang dalam Dewan Rakyat, ramai penjawat awam di luar sana berdoa penuh harap agar diberikan bonus. Jika tidak 2 bulan pun mungkin 1 bulan. Alhamdulillah...ia tetap rezeki.


Namun bagaimana jika DS Najib umumkan tiada pemberian bonus mahupun bayaran saguhati? Adakah penjawat awam akan merajuk, marah dan berdendam dengan kerajaan?


Harap-harap penjawat awam tidak terlalu berharap, kelak akan lebih kecewa...

11 comments:

JKR HQ said...

Alah..tidak menjadi masalah besar pun kalo takde bonus tahun ni..

Kerajaan lebih baik manfaatkan duit untuk pemberian bonus kepada projek pembangunan untuk rakyat..

Dlm diam2 gomen sebenarnya dah bagi bonus kpd penjawat awam tiap tahun - cuti 30hari tu kira bonus le! hehe..

Penjawat awam profesional muda macam aku dan kawan2 memang tak berharap pun bonus, cuma biarlah projek yang dilancarkan itu telus dan memang bermanfaat kepada rakyat. heh

Anonymous said...

cayalah JKR HQ..

macam tu barulah penjawat awam yang matang dan gentleman :D

-ada ramai member JKR

Pena Agenoz BERBISIK... said...

Salam Ukhwah...

Maaf PAB berkata2 :

PAB anggap kenyataan JKR HQ bersifat peribadi...

Isteri PAB pun Pegawai Profesional mcm anda. Tp PAB berpendapat apa salahnya bg bonus kpd mereka sbb usaha keras yg dilaksanakan oleh mereka utk mejayakan GTP, Misi dan Visi kerajaan. Dah 2 tahun tiada bonus...

Yg bergaji besar mcm anda pasti tak memerlukan bonus...yg bergaji kecil bagaimana...ginilah...kalau DS Najib umumkan bonus...anda dan kawan2 jgn ambil bonus tue...sedekahkan kpd org bawahan anda.

Mungkin ada Pegawai Profesional spt anda tidak mahukan bonus krn merasakan 'gagal' menunaikan amanah yg diberikan dgn sebaik mungkin. Bagi yg berusaha gigih bagaimana?

Pesanan PAB..Rezeki jgn ditolak...Musuh jgn dicari

Anonymous said...

bila staf gomen dapat bonus, ramai orang luar bising...tu yang payah tu..

apa2 pun, janganlah kita perlekehkan orang gomen. diaorg bekerja demi agama bangsa dan negara. bukannya untuk pemegang saham, lembaga pengarah atau pengarah syarikat.

Anonymous said...

gaji adalah HAK... bonus adalah KEISTIMEWAAN.... hak boleh dituntut, keistimewaan atas ihsan majikan...

syukur apa yang ada, saya yg berpangkat rendah beranak ramai pun x kesah ada bonus ke x.... dpt kerja kat gomen ni pun dah syukur, byk dah benefit yg dah dpt...

Anonymous said...

salam....

kerja tu satu amanah.kita kena buat kerja sebaik yg boleh.bonus ada ke takde tu bukan masalah.xkan le xde bonus xnak buat kerja gan baik...kite buat kerja, kerajaan dah bayar gaji.klu ada bonus.alhamdulillah.klu xde.xpe la.bukan rezeki...xkire la gaji besar or kecil....masing2 ada amanah masing2.ada tugas masing.bila kite dapat bonus.berape ramai yg ucap terima kasih pada kerajaan?tapi klu xdpt bonus, mcm2 ayat yg kluar....maaf klu ada yg terase..salam.....

Anonymous said...

bonus penjawat awam pengurusan profesional: potong loan PTPN RM 3000, sapa yang tak de hutang belajar dapat cash RM3000.

bonus penjawat awam sokongan: potong loan belajar RM 1500, sapa yang tak de hutang belajar dapat cash RM500.

Anonymous said...

hehehehe.betul ka ni?bonus kire ade PTPTN or tak?bijak btl kerajaan kalau btl. kalau xbuat camtu.org xnak byar PTPTN.

Anonymous said...

Sebenarnya belanjawan yg dibentangkan tadi byk projek negara ke projek rosmah? pasal bonus pulak.. hangpa jangan risau sebab setahun sebelum pilihanraya najib akan bagi sebab takut BN menang tipis atau kalah dalam pilihanraya akan datang. jado dun worri.. dan utk era najib ni jangn berangan nak kan kenaikan gaji atau perubahan gaji secara menyeluruh..

Anonymous said...

bersyukur apa yg kite dapat.jgn selalu berfikiran negatif..daripada xdapat terus.dapat 500 pun alhamdulillah..rezeki tu...pada yg hidup sederhana.500 tu dah besar beb....jgn le selalu nak pelekeh kerajaan..sepatutnya kite tnya diri kite.pe yg kite bg sumbangan pada agama?bangsa?negara?.kerajaan hari ini dah buat yg terbaik utk rakyat.mane ada kerajaan yg sempurna.ok bro...salam.....

Anonymous said...

sape yg takot bro? kerajaan BN or pembangkang?baru nak pbicaraan pun dah macam2 hal nak tangguh pbicaraan.ni kan pulak nak tadbir negara.alamat bercelaru le..baru 4 negeri pun dah berterabur..renung2 kan.selamat beramal......