Wednesday, October 6, 2010

12 kes budak mati di taska. Apa tindakan JKM?

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, sebanyak 2,077 pusat asuhan kanak-kanak atau taska di negara ini didapati beroperasi secara haram. Jumlah itu mewakili 80 peratus taska yang terdapat di Malaysia.Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zaitol Salleh berkata, 12 kes kematian kanak-kanak di taska haram dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan ini membuktikan kewujudan taska haram tidak boleh dibiarkan.


Beliau berkata, antara punca kematian mangsa ialah tercekik susu atau makanan, kurang pengawasan pengasuh, terjerut atau terjatuh dari buaian serta mengambil kanak-kanak dalam nisbah yang terlalu ramai.


“Kita sangat bimbang kerana pihak taska melatih pengasuh yang tidak terlatih malah rata-rata spesifikasi taska tidak menepati piawaian keselamatan JKM”.


Nasionalis1982 : Kalau JKM tak mampu nak memantau, elok tutup sajalah jabatan tu. Budak yg mati dah 12 orang. Nak tunggu bila lagi? Pusat taska mungkin tak tahu prosedur untuk berurusan dengan JKM. Apa salahnya pegawai JKM turun padang dan pergi melawat. Bagi tunjuk ajar kepada taska yang tak tepati piawaian. Kalau mereka terus degil, baru ambil tindakan.



7 comments:

Anonymous said...

salam kepada saudara..
saudara emosi tanpa usul periksa.Bukan JKM tidak memeriksa dan tidak mengambil tindakan kalau x mesti x dpt data 2077 pusat haram 2..skang ni JKM dah amik tindakan dan memberi tunjuk ajar kepada pengusah cuma pengusaha degil dan enggan mematuhi peraturan yg di tetapkan.Dengan kekangan kakitangan 1:100 taska yg nak di pantau tidak wajar membuat tuduhan melulu.Lgpun ingat senang ke nak sita2 premis perniagaan org yg menjadi periuk nasi..2077 adalah data yg di kesan oleh pegawai JKM.dan makluman pihak tuan pegawai yg sama juga lah merupakan pegawai yg melaksanakan pelbagai lg tugasan yg sentiasa pihak tuan pandang rendah dan mudah tp sebenarnya tidak..kita senang berkata dari melaksana..

Anonymous said...

Anon 10.17,

Saudara/i mungkin adalah kakitangan JKM, sebab tulah saudara/i mempertikaikan rencana diatas, Isteri saya adalah seorang pengusaha Taska yang Halal, berikut adalah masalah yang telah dibangkitkan beribu kali tetapi diambil ringan dan tidak diperdulikan oleh JKM:-

1. Taska Haram sebanyak 2077 itu mungkin lebih dan tiada tindakan tegas dari pihak JKM, mereka sering mengatakan bahawa tiada akta yang membolehkan JKM bertindak, hanya boleh beri amaran, bunyi macam pernah dengar je ....
2. Dengan berlelusanya Taska haram yang tak payah ambil lesen, bayar cukai, diawasi oleh bomba, kesihatan dan lain-lain, mereka boleh mengenakan yuran yang murah, dan pada masa yang sama membunuh Taska Halal.
3. Taska Halal perlu menghantar pekerja mereka ke Kursus Asas (yang dikendalikan oleh ahli persatuan)yang melibatkan kos RM600+- seorang, perlukan suntikan yang berharga RM60+- seorang, kos-kos perlesenan, tangga dibahagian luar dan lain-lain. Taska haram tidak memerlukan semua ini dan JKM pengecut tidak boleh membuat apa-apa. Jadi dimana akhirnya permasalahan ini.

Cukup setakat ini, masih bayak isu yang JKM sapu kebawah karpet, akan didedahkan kalau mereka masih bersikap bacul lagi.

Anonymous said...

anon 10.52,...aku tgk anon 10.17 adalah pegawai jkm...tp statement yg di keluarkan adalah general dan ada asasnya..sekiranya pihak isteri tuan merupakan pemilik taska haram dan di ambil tindakan mesti tuan marah dan katakan kerajaan tidak adil dan menabur pasir ke atas org mencari rezeki dan berlawanan bila tuan menjalankan taska halal tuan mengatakan pegawai Jkm pengecut..pengamatan saya pegawai JKM bersikap menarik rambut dalam tepung kerana mengambil peranan sebegini.tuan mempertikaikan kos tp keuntungan yg pihak tuan buat tidak pula di pertikaikan..jgn lah kita terlalu buta hati kerana mata kita terang..

Anonymous said...

Gua sokong beb...tgk ni antara cth ribuan pengusaha ego dan x ambil kisah..rsnya data 2077 tu data yg di kutip dan di ambil tindakan..mana lu bleh tuduh melulu..diorg keje teruk dh..tp x penah di pandang..rsnya di maki lg ada la..kasihan

Anonymous said...

JKM sorok masalah bw karpet..haloo..semua org sorok masalh selagi ada x kira sapa..pemimpin tertinggi,GLC,sekolah,umah..aku rs ko pun sama la beb

Hamba Allah said...

Kita sebagai rakyat juga harus prihatin dan bukan nya cuba tuduh melulu buta. Kita sebagai rakyat jika menggunakan khidmat taska yang haram ini segeralah buat tindakan dengan memberhentikan dari menghantar anak anak kita ke taska tersebut. Kita sebagai ibu bapa harus lah berhati hati demi anak anak kita sendiri. Pastikan bahawa taska itu ialah yang diiktiraf sebelum di hantarkan anak kita. Dapatkan sijil atau senarai dari JKM, taska yang manakah yang sah. Taska yang sah ini di ikhtiraf telah mengikut tahap piawaian jadi kalau apa apa pun berlaku ada pihak yang perlu bertanggung jawab.

Dan yang terakhir ialah kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dan haruslah melaporkan sekira didalam pengetahuan kita ada mana mana taska yang haram supaya tidak ada anak anak bangsa lita menjadi mangsa korban lagi.

Anak anak bangsa kita adalah kesinambungan kita di masa hadapan.

Anonymous said...

salam....bercakap ikut sedap mulut jer,pihak JKM dah buat tugas mereka....apa yg penting,kanak2 yg meninggal dunia itu adalah takdir dan hayat mereka x panjang...apa yg berlaku hanya lah ingin dijadikan PUNCA oleh Allah S.W.T....jgn menyalahkan org...ambik cermin pandang diri kita sendiri sblm bercakap....