Monday, October 11, 2010

Takziah...tak sempat mereka nak berjumpa orang tersayang.


Tarikh 10.10.10 ada peristiwa suka dan duka. Sana sini meriah dengan majlis perkahwinan. Semua orang gembira.

Namun semuanya tenggelam dek kerana berita kemalangan yang meragut 12 nyawa. Peristiwa tragis tersebut menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar hari ini. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Selepas ini kita akan dengar macam-macam idea dan cadangan nak atasi kemalangan maut melibatkan bas. Semua orang rancak bagi pendapat dan pandangan. Kotak hitam lah, penggunaan dua pemandu lah, polis menyamar jadi penumpang lah, pendek kata macam-macam lagi.

Buatlah peraturan secanggih mana pun, kemalangan tetap berlaku. Salah siapa lagi kalau bukan salah pemandu yang cuai...



2 comments:

Ms Pearl said...

speechless!
inallillah..

Anonymous said...

Al-Fatihah,

Dalam kita menyalahkan pemandu bas Delima, kita patut juga bertanya -
1. bagaimana bas boleh masuk laluan bertentangan ?
2. jika bas dihalang dari masuk laluan bertentangan tentu kemalangan tidak seburuk ini ?
3. bolehkah kita persalahkan PLUS juga ?
4. apakan sejarah pemanduan pemandu bas Delima ?

Mungkin ini boleh mengurangkan kemalangan dilebuhraya -
1. hadkan kelajuan bas 90km/jam max.
2. kenderaan berat termasuk bas express tidak dibenarkan memasuki lorong paling kanan kecuali memotong di lebuhraya 2 lorong.
3. adakan siren dalam bas yg akan berbunyi dan lampu bas berkelip-kelip bila bas melebihi had laju 90km/jam
4. penguatkuasaan oleh pihak berwajib terlalu longgar.

Tak nampak tindakan setelah banyak kemalangan yg melibatkan bas express.

Nani Cheras