Monday, October 4, 2010

Meramal taktik perang Azmin Ali


Azmin dilihat begitu terdesak merebut undi bukan melayu dalam pemilihan PKR akan datang. Azmin tahu bahawa dia tidak boleh menang hanya dengan meraih undi ahli Melayu dalam PKR. Dia harus dan wajib meraih sebanyak mungkin undi ahli bukan melayu dalam PKR bagi memastikan jawatan Timbalan Presiden PKR terus berada dalam genggaman.

Azmin sememangnya sedar keupayaan Zaid Ibrahim yang begitu friendly dengan ahli bukan Melayu dalam PKR. Zaid dilihat terus mendapat sokongan yang baik dan dijangka bakal mendapat undi besar daripada mereka dalam pemilihan PKR akan datang.

Azmin tiada pilihan lain lagi. PERKASA dipilih untuk menjadi kambing hitam. Azmin jangka dengan memalu gendang perang terhadap PERKASA, ahli bukan Melayu dalam PKR akan menyanjung serta menyokong Azmin dan seterusnya membawa beliau hingga ke kerusi Timbalan Presiden.

Hai Zaid, tak kan engkau nak tengok dan duduk diam saja. Sudah dapat cara nak mencantas langkah gelojoh Azmin?

No comments: